Salamullahi'alaikum...
Semalam telah berlalu...dan hari ini bakal pergi.
Tanggal esok...hari lahir arwah abah. 25 April 1951 dia dilahirkan,
18 November 1979 dia diijabkabulkan dgn Mama.
Dan, pada 19 November 1986 dia pergi selama-lamanya...menemui Al-Khaliq, Pencipta kita.
Genap 7 tahun selepas ulangtahun perkahwinan mereka berdua...yg kukasihi.
Izinkan aku mencoret di blog personal ini...akan rasa hatiku...yang sunguh sungguh rindu...kepada seseorang yang merajai takhta hatiku...ABAH....
Abah,
selepas 53 tahun kelahiranmu, dan 18 tahun 5 bulan pemergianmu...anakmu kini telah menjadi seorang wanita. Walau dugaan utknya, dalam menjalani perjalanan hidup ke arah kedewasaan ini cukup sukar...namun, dengan bantuan drpNYA...anakmu ini kini telah menjadi isteri dan bakal ibu.
Isteri & Ibu : Satu keadaan yang pd masa dulu...amat sukar utk kubayangkan...sementelah dugaan yg tak mengizinkan aku mengimpikan apa-apa harapan yang tinggi melangit. Do'aku tatkala itu, hanyalah diizinkanNYA utk meneruskan kehidupan dalam keadaan yang sempurna...utkku berbakti kepada Mama...satu-satunya insan yang menemaniku di kala itu.
Sungguh...
Kehilanganmu sungguh kuterasa. Setiap kali aku melintas di hadapan Wad yang kauhuni setahun lamanya. Setiap kali aku menyusur di sisi taman bunga (dan tmn burung masa itu) yang menghiasi laman bawah sbl masuk ke lobi Wad itu...aku teringat episod-episod akhir kita bersama. Setiap kali aku menapak ke mini-mart yang sering kaubelikan kami aiskrim utkku dan adik-adik...
Kerana Wad yang kauhuni itu tidak jauh...sepelaung cuma drp tempat di mana aku dididik.
Dididik oleh kasih dan sayang seorang ibu, dididik oleh kesunyian dan keregangan, dididik oleh mereka yang cuba utk memahami...dididik oleh mereka yang langsung menjauhkan diri dariku (walau mereka sedarah denganku).
Kerana aku di kala itu, adalah aku yang perlu dijauhkan...yang perlu diasingkan.
Sembilan tahun di sana membuat aku mengerti karenah manusia yang pelbagai. Di sana, aku belajar utk mengenal hidup yang tak pernah sunyi daripada kekalahan manusia atas nama nafsu. Di sana, aku memahami betapa berharganya ni'mat kurniaanMU Tuhan. Di sana...cukup mengajar aku erti berdikari...pasrah...dunia yg sementara...ukhuwah. Dan di sana juga, aku cuba mengasingkan kasih sayang dan manja.
Dan sepanjang sembilan tahun itu, aku seolah terbayang dirimu yang setahun berperang dengan 'leukemia' yang bersarang. Taqdir buatmu abah. Ujian buat kita sekeluarga. Tapi, dugaan untuk Mama tak putus setakat itu...bila anakmu ini pula menemui taqdirnya yang menuntut pengorbanan dan kesabaran yang panjang...selama tempoh itu beraja. Taqdir kita tidak sama Abah, tapi bagi anakmu ini...yang paling teruji oleh ketetapan yang menimpa kita ialah seorang wanita bernama Hanisah Jusoh. Dialah sendiri menemani insan tersayang tatkala ujian-ujian itu menimpa kita. Dia sudah ditaqdirkan utk menjadi wanita yang tabah. Syukurlah...Allah masih memberi peluang utk anakmu ini mengecapi hidup bahagia berkeluarga. Syukurlah!
Maka hari ini, terbentuklah anakmu ini menjadi seorang wanita. Abah, aku tahu kau sentiasa mengikuti perkembangan diri ini. Setiap yang pergi itu bukan mati utk selama-lamanya...mereka masih hidup di alam barzakh. Lantas, tika sahabat yang pergi...mereka sering bertanyakan keadaan keluarga yang masih hidup itu.
Insya'Allah Abah, kudo'akan...kita bertemu di 'sana'...sebagai satu keluarga.
Itu do'a Yang drp dulu...Abah. Insya'Allah.
Bersama...bakal ahli keluarga kita. Do'akan Yang akan selamat mem'bawa' dan melahirkan ya Abah!
Dua hari lepas, Yang menjalani check-up utk bulan ke-empat. Alhamdulillah...semuanya dalam keadaan yang baik dan sempurna. Semua itu kurniaNYA!
Dah nampak kepala, leher, badan, tangan dan kaki baby...juga tulang belakang, jantung dan buah pinggang baby. Yang masih difikirkan hanyalah blood test yang dibuat hari itu...minggu depan baru Yang tau keputusannya. Yang do'akan semuanya baik. Tawakkalna'alaLlah! DIA yang menjadikan, DIA yang menyempurnakan, DIA juga yang mengelokkan! Sejarah Yang...Yang doakan hanya akan tinggal sejarah. "Tuhan, izinkan aku hidup bahagia dan punyai ni'mat dunia ini...agar dapat kuwarisi anak-anak yang soleh dan solehah sebagai jariahku."
Abah, dua hari slp tarikh lahir abah...adalah tarikh lahir 'dia'. 'Dia' mahkota hati anakmu ini. Yang sah memiliki anakmu ini. 27 April...dekat dengan tarikh lahir abah kan! Yang do'akan...dia menjadi suami dan ayah yang baik macam abah jugak! :)
Selamat hari lahir Abah - Fuad bin Saleh! Do'a daripada anakmu ini tak pernah putus. Semoga aku menjadi wasiatmu yang sentiasa berbakti...hingga akhir hayatku. :)
---
Hany FF
24 April 2004 M ~ 4 Rabi'ul Awal 1425 H
"Pemergian adalah fitrah hidup hakiki, tetapi Satu Perjuangan adalah wasiat semangat yang abadi"
No comments:
Post a Comment