Friday, October 28, 2005

Salam EidulFitr



Selamat Hari Raya Eidul Fitri, maaf zahir & batin drp kami sekeluarga.

Babai! Nufayl nak balik kampung dah!!!

:D

Tuesday, October 25, 2005

Jazakallah!

Part 1 : Khas untuk komentar tulisan : Epilog Ummu Nufayl

Maaf sebab lambat respons kpd mesej drp sahabat semua. Terharu membacanya. Banyak nasihat & du'a yang saya aminkan. :)

Jazakallahulkhoir semua atas sokongan, nasihat & du'a . Itulah indahnya Islam!
Setiap keadaan menjadi nasihat...bukan saja kpd saya ttp kpd orang lain juga. Setiap keadaan, ada saja hadis & ayat drp Kalamullah al-Quranul Kariim yg dijadikan pegangan. Bukankah ad-diinunnasihah - agama itu nasihat. Indahnya Islam & kita sbg muslimin & muslimat.

Jazakallah!

Part II : Iftar di FitrahZH

Alhamdulillah, tertunai juga hajat. Sekaligus hajat untuk berkenal-kenalan dengan jiran seaqidah. Lantaran rancangan ketika kenduri kesyukuran Nufayl terpaksa diubah di saat-saat akhir kerana perancanganNYA lebih sempurna. Maka, hujung minggu lalu sebagai gantinya DIA memberikan yang lebih baik. Alhamdulillah mereka dapat dijamu dengan air tangan sendiri. Jazakallahul khoir untuk yang meringankan tulang, khusus utk Ika & Siti .

Resipi Iftar di FitrahZH simple jek :
1. Nasik Ayam resipi Umi (Kelantan) + perasa Melaka sket + perisa Perlis sket.
2. Agar-agar Pandan Santan
3. Buah Melaka
4. Air Kelapa Laut bermadu (Honey Sea Coconut)
+ Murtabak & Popia yang disedekah oleh tetamu.

Jazakallah!

p/s: Saja dlm bulan puasa nih...tamo puding-puding ni. Zuuq lebih terasa dengan agar-agar & buah melaka. Kalau ikut hati, nak ajer buat kuih Hasidah (rasanya orang Utara jek tau kuih nih). My all time favourite! Tapi, cukup la dua jenih tu. Alhamdulillah semuanya licin.

Part III : Hepi besday Ronie.
Semoga tercapai segala cita-citamu. Jumpa raya nanti!

Part IV : Kata-kata Hikmah, renungan bersama.

"Bahawa segala sesuatu itu ada penyakitnya.
Penyakit bicara adalah bohong.
Penyakit ilmu adalah lupa.
Penyakit ibadah adalah riyak.
Penyakit akhlak adalah memuji diri sendiri.
Penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberiannya.
Penyakit bangsawan adalah bangga.
Penyakit malu adalah lemah.
Penyakit mulia adalah menonjolkan diri.
Penyakit kaya adalah kikir dan boros.
Dan penyakit agama adalah nafsu."


Sempena Ramadhan ini, sucikanlah diri. Sembuhkan penyakit rohani yang bertakhta dlm diri tanpa kita sedari. Hindari sejauh mungkin. Kerana Ramadhan bulan tanpa syaitan. Didik nafsu supaya taat dan patuh dengan Islam & Iman. Ini bulan ujian.

Salam Ramadhan.

~~~
Ummu Nufayl
21 Ramadhan 1426 H
25 Oktober 2005 M

Thursday, October 13, 2005

Makin dekat denganNYA

Ada yang kata umur bila masuk separuh abad ni dah tua.
Tapi, mungkin juga tidak. Makin lama, makin dekat (in term of time) denganNYA. Tidak lama sudah masa bertemuNYA. Tapi, in term of akrabnya kita dengan Allah...kita sendiri yang pilih jalannya.

Dulu, Ustzh saya ada berpesan. Untuk jadi orang Islam...kita hanya perlu mengucap dua kalimah syahadah & pakej kita sebagai muslim lengkap dengan lengkapnya rukun Islam yang 5. Untuk jadi orang yang beriman...kita perlu menyempurnakan rukun Iman yang 6. Untuk jadi muqarrabin, kita perlu memperbanyak amalan sunat (make sure yg wajib semua donelah!)

Sempena Ramadhan ni, moga-moga kita semua dalam recharge energy (jasmani & rohani) untuk kembali bertenaga & bersemangat melakukan ibadah penuh taqwa kepadaNYA.

Special to my dear, Ika Heppy Birthday yg ke suku abad. heheheh...
I did reply ur visitcyber email dpt tak? Hmmm...
Moga jalan yang kita pilih menjadikan kita hambaNYA yang dicucuri rahmat.
Moga usia yang dikurniaNYA ini, mendekatkan kita denganNYA dengan amal soleh yang diterima.
Berdoalah sahabat, moga kita termasuk golongan yang dikurniakan kesejahteraaan dunia & akhirat.
Hidup dalam hati yg aman, mati dlm iman, dijauhkan siksa kubur, menerima amalan dengan tangan kanan, dipermudah mizan, diberi syafaat oleh kekasih Allah, diizinkan melihatNYA, dipermudah laluan sirat, dijauhkan api neraka, masuk dan bahagia dalam syurga.

Oh, menulis memang mudah. Berdoa sudahkah kita? Beramal apa lagi?
Ok. Jom solat zohor! :)

Sahabatku Ika, kita bersama mungkin tak lama. Tapi, ikatan yang mendekatkan hati kita.
Buat kali ini, berkat ulangtahun Ramadhan tahun ini...hanya doa yang mampu kuhadiahkan. ;)

Ameen.


~~~
Hany FF
9 Ramadhan 1426 H

Sunday, October 02, 2005

Epilog Ummu Nufayl

Epilog 1 : Lagi 3 hari Ramadhan
Apa boleh saya buat, dalam keadaan begini? Nasib baik SJMC ada wireless connection. Bolehlah Ummu Nufayl hiburkan hati dengan jalan-jalan di alam maya begini. Sempatlah Ummu Nufayl edit template blog sambil tambah link spt yg viewer boleh tengok sekarang. Ada link baru, termasuklah link siri tv yg Ummu Nufayl tengah desperate tgk : Desperate Housewives! hohohoho...walaupun moralnya teruk citer tu, tapi setting dia lawa. Suka tul dgn environment Wisteria Lane. Hajat hati nak tukar blog skin, tapi belum jumpa yang berkenan di hati. Ummu Nufayl nak yang pinkish colour. Sweet kan? Hmmm...ada cadangan?


Epilog 2 : Perlis Naib Johan TM Piala Malaysia

Gambar Pasukan Bola Sepak Perlis ketika menjuarai Liga Super 2005 tempohari.

Nak berkabung pun tak guna, walau Perlis kalah 3-0. Sebab, kalau dipkkan Perlis dah menang dengan ramai orang. Perak, Pahang gergasi bola pun kalah dengan Perlis. Sebab tu, ditaqdirkan Singa Utara bertemu gergasi Merah-Putih dlm Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia.
Orait apa tu! Walaupun, smlm serba tak menjadi. Chepita, Simukonda, Yusri Che Lah macam hilang bisa. Bambang jugak yang berkuasa. Apa lagi, sukalah mamat-mamat Indon di luar sana. Hero mereka jd juara. Ummu Nufayl jugak yang terjerit sorang-sorang dlm bilik wad nih tengokkan aksi bola sepak. Apa pun, terima kasih kpd ayah Laili (you know who u r) yang melatih pasukan Perlis. At least Juara Piala Liga Super apa. Jgn main-main dgn Singa Utara ok! hohohoho...cuma Piala semalam bukan rezeki Perlis. Orang Perlis kan bersyukur dgn apa yang ada. Kan syukur tu pintu kepada rezeki.
hehehehe...

Epilog 3 : Kisah Benar Ummu Nufayl
Mungkin ramai yang masih tak tahu, Ummu Nufayl berkampung dlm wad sejak 23 September lalu. Pada masa rancangan parti besday pertama Nufayl nak dijalankan, Ummu Nufayl terpaksa dikejarkan ke ER SJMC sebab hypocalcemia. Simptom dia memang teruk. Cramp seluruh badan & tarik, maksimum sampai sesak nafas & lidah jadi pendek (tak boleh bercakap). Malam tu, Ummu Nufayl bermalam dlm ICU semalaman (asalnya Doc minta masuk CCU tapi CCU full, therefore kena masuk ICU). Esoknya dipindahkan ke wad HDU. Slp 3 hari dibenarkan keluar wad. Tapi, nak dijadikan cerita, slp 2 hari Ummu Nufayl dikejarkan ke ER semula atas serangan yang sama. Ngeri sungguh.

Ummu Nufayl seorang yang suka menyendiri, dan suka berahsia. Mungkin selama ini, tak pernah Ummu Nufayl ceritakan pada semua ttg keadaan diri ini. Sebabnya senang saja, saya rimas dengan pandangan 'kasihan' dan 'seolah-olah faham tp tak faham' orang ramai. Sebab tu saya ambil keputusan utk menyembunyikan hakikat sebenar. Hanya suami yang saya beritahu, sbl kami ambil keputusan untuk meneruskan dengan ikatan perkahwinan. Saya bagi dia pilihan utk meneruskan atau tidak. Tiada rasa kecewa. Tapi, dia sungguh yakin dengan pilihannya.Saya kagum. Saya katakan padanya, apa saja mungkin terjadi kerana keadaan saya yang tidak sempurna.

Bermula dengan cancer thyroid yang Ummu Nufayl hadapi 14 tahun dahulu, ketika berusia 11 tahun (1991), dan rawatan nuklear, radioiodine yang Ummu Nufayl jalani selama 9 tahun lamanya, pelbagai kesan sampingan mungkin timbul. Kemungkinan tidak boleh mengandung & melahirkan, cancer reoccurance, cancer merebak ke bahagian lain tubuh dsb. Alhamdullillah, sejak tahun 2000 Ummu Nufayl disahkan bebas drp cancer thyroid termasuk yang merebak ke paru-paru. Syukur! Dengan sokongan Mama yang tak henti-henti menemani setiap kali Ummu Nufayl menjalani rawatan radioiodine, walau rawatan itu tidak membenarkan dia mendekati saya kerana pancaran sinar-x yang memudaratkan orang awam, selain pesakit. Dan, dengan sokongan Mama yang tak jemu-jemu menemani Ummu Nufayl ke KL dengan kekerapan berkunjung ke Wad Radioterapi, Onkologi & Perubatan Nuklear di HKL (dulu HBKL) sebulan/2 bulan/4 bulan/6 bulan hinggalah kini setahun sekali paling kurang perlu follow up utk memastikan tahap thyroglobulin dalam darah di tahap yang tidak membahayakan.

Saya ceritakan semua ini kepada dia sebelum kami mengambil keputusan meneruskan perhubungan. Suami saya seorang yang sungguh saya kagumi, kerana sanggup menerima saya seadanya. Saya terangkan segalanya, dan dia bersedia menerima.

Alhamdulillah, Ummu Nufayl tidak diuji dengan masalah mengandung/melahirkan. Allah bagi nikmat yang besar utk Ummu Nufayl di situ. Walaupun kerana masalah thyroid itu, Ummu Nufayl terpaksa dirujuk kepada pakar Gynae sejak mengandung 2 bulan kerana pakar perlu mengawasi tahap thyroxine dlm darah utk mengelakkan masalah. Bagi yang tidak mengetahui, jika thyroxine kurang ketika mengandung, boleh menyebabkan kecacatan mental bagi anak, atau masalah hypothyroidism/hyperthyroidism, dan masalah ketika melahirkan mengikut keadaan semasa. Syukurlah Ummu Nufayl diberi nikmat & rahmat utk tidak menghadapi masalah itu.

Tapi kini, root causenya drp masalah thyroid & para thyroid Ummu Nufayl yang dah dibuang sejak 1991...Ummu Nufayl hadapi masalah hypocalcemia. Orang mungkin boleh kata, ohhh...hany tak minum susu kot. Maaf, saya boleh kata itu bukan penyelesaiannya. I have done much to cater this problem, but yet doc still find ways to increase my calcium level. Actually, my calcium level in blood only half from what normal people have. To get it back to normal takes times...may be 2-8 weeks. Takkan nak duduk kat wad selama itu? Hmm...I took calcium lactate tablet & thyroxine for whole my life since 1991. But, after 14 years...hypocalcemia comes over me. Why? I asked doc. She said, may be before this calcium reserve in ur body is enough with calcium lactate tablet intake for this while. But, after getting pregnant, giving birth to ur baby, and breastfeed calcium reserve become very low.

Kini, Ummu Nufayl berkampung di hospital kerana hypocalcemia. Dengan pengambilan calcium lactate secara tablet, IV & recotriol, harapnya tahap calcium akan naik kembali. Tapi, duration yang diberi oleh doc antara 2-8 minggu. Habislah Ramadhan macam tu! Tapi, tak apa...dah lama Allah bagi nikmat. Dah lama tanpa thyroid & para thyroid tapi sihat Allah bagi. Kini, diuji sedikit...takkan tak bersyukur pulak kan?

Ummu Nufayl bersyukur sebab ada suami yang memahami...dan anak comel yang tak kecik hati kena sambut besday pertamanya tanpa Ummi & Abahnya.

...dan 3 hari lagi Ramadhan. Apa nasib Ummu Nufayl kali ini. Macammana nak puasa? Ada yang boleh berpuasa dengan pengambilan ubat atau IV ke? Hmmm...

:) Jgn terkejut baca kisah ini. Ini kisah benar Ummu Nufayl yang sengaja Ummu Nufayl tak cerita pd sahabat-sahabat sbl ini. Tapi, condition getting worse now & I'am tired people saying to me, "Hany tak minum susu kot". It is more than it. Di kalangan geng SMKAP, mungkin ramai dah tahu, sebab dulu berulang ke HKL waktu persekolahan. Tapi, di kalangan geng MMU...kebanyakannya memang Ummu Nufayl tak ceritakan. I want to be normal. Hmmm...pls treat me so.

& please don't look at me with pity eyes, like I am so problemetic/weak girl. Believe me, it is hard condition, but it is so much rahmat from Allah...so that, I always feel strong & enlighten with people surrounding me.

:)

~~~~
Ummu Nufayl
28 Syaaban 1426 H
2 Oktober 2005 M

Wednesday, September 21, 2005

Miss him!

I miss him.

I don't know. Just miss him. Don't care with any mess here in the office, just wanna go back. When will it be a reality...the thing me & my husband conversed last nite? Hmmm...think about SOHO. May it be true God...help me! When will the company gives exception for working mum to work at home provided there is broadband infra at home office...and it is task oriented, not strict 8-5 working hour.

...

In true conflict.

Who I missed so much? Hmmm...tomorrow will be the day after 1 year giving birth to him.





I think he missed me too.

Friday, September 16, 2005

PEMIMPIN KANAN PAS BERTELAGAH SOAL MAWI

Alahai, gitu pulak la bunyinya berita hari ni. Saya membaca juga, ikutla juga isu ni. Untuk pedoman masa depan, manalah tau terjebak dalam keadaan yang sama, boleh jadikan iktibar. Itulah, sapa suruh adakan program reality (general sangat ayatnya). Yang tak terlibat sama pun terkena tempias. Inilah rantaian mata Syaitan. (teruk benar bunyinya – dah memang teruk)

Bila qawaid digariskan Allah, Rasulnya, Kitab-kitabnya, Ijmak dan Qias para ulama, maka siapalah kita nak mengengkarinya. Terbayang di kepala kita semua, sebuah MPV mewah direkacipta oleh pereka bentuk basikal kanak-kanak. QCnya pula dibuat oleh tukang kayu. Aksesori oleh oleh tukang besi. Walhasilnya jadilah P***n J***A yang indah designnya, bertayarkan besi tanpa getah, bergegar sana-sini, lampu tak mau menyala. Begitulah jadinya bila manusia mencari alternatifnya tersendiri dengan mengabaikan segala garis panduan yang ada.

Hiburan asasi muslim adalah ibadat kepada Allah yang menimbulkan rasa khusyuk dan dzauq. Hiburan muktamadnya pula adalah taman tema keriangan di Syurga. Keduanya tiada bandingan. Namun di samping itu, adalah sedikit-sedikit kelonggaran diberikan syara' untuk mendapatkan hiburan dunia, bagi yang masih tak puas dengan kegembiraan bersama Allah, Rasul dan keluarganya sendiri. Boleh. Sapa kata tak buleh.

Dalam boleh pula, telah pun diberikan garis panduannya. Luas sangat jalan, tapi tak ada line jalan, maunya terhoyong-hayang kereta nak dipandu. Ada line, maka wujudlah lane, masing-masing dapat teruskan perjalanan dengan selamat.

Nak dibawa masuk penyanyi pujaan alam ke negeri Serambi Mekah. Pro banyak, kontra pun banyak. Macam kita orang kecil-kecil hati dan perasaan, mana mau pilih. Mau tolak, terlepas pujaan hati. Mau terima, yakin boleh tahan ke? Boleh jalan ke plan?

Kita merancang, Allah juga merancang, maka sebaik-baik perancangan adalah dari Allah swt jua. Di sebalik perancangan? Di sebalik niat? Al-Hasilnya siapa yang tau? Jadi mau ditolak atau diteruskan?

Imam al-Ghazali manusia yang warak, jangan berangan mencapai statusnya kalau kita masih buka tv waktu Maghrib. Tapi baginda, dalam kewarakannya pernah menyampaikan pesan agar manusia tidak menyusahkan diri sampai ke peringkat meneroka ke alam ghaib, meramalkan hati manusia lain, sedangkan hati sendiri belum selesai berurusan dengan Allah. Kalau mau jadi warak, jadilah warak. Kalau tak mampu, jadilah seorang awam yang taat tetapi sentiasa berikhtiar menjadi warak.

Bawa pujaan alam masuk negeri. Baikkah? Burukkah? Jelaskah pada kita beliau buruk? Pasti atau tidak beliau baik? Atau dibentuk oleh penjahat? Maka bila dibela perompak, maka adakah 100% kita yakin beliau kini perompak? Maka pandangan warak jangan dicampur adukkan walau sedikit yang haram itu dengan yang halal, kerana hukumnya berupaya berubah menjadi haram. Pandangan pendakwah yang menggunakan pendekatan awam bagi mendekati mad'unya, bawalah anak belaan perompak tadi untuk dibentukmenjadi ustaz kembali. Moga balik ke pangkal jalan. Dan penyokongnya pula akan diberi peluang melihat pujaan hati dengan cara lebih bersopan. Mematuhi hukum syara’. Tidak berpelukan ketika menonton. Lelaki dan wanita akan diasing. Maka bukankah itu satu dakwah? Membentuk keperibadian umat bukan sekadar mengomel, tetapi melakukannya dengan perbuatan. Moga bengkoknya kerajaan Islam sedia ada di peringkat nasional sekarang menyedari hakikat itu. Ameen.

Yang kita risau, pencacai-pencacai yang mengagungkan hedonisme, cuba pula mencari kesempatan melaga-lagakan antara kedua-dua pandangan yang benar. Perselisihan ini adalah rahmat. Menunjukkan kepada kita, di Negara ini, masih wujud golongan da’ie yang berpaksikan waqi' semasa, dan jelas masih wujud kelompok warak yang akan mengambil pendekatan menegur melalui kewarakkannya. Siapa yang salah? Bukan mereka… tetapi ada yang cuba menangguk di air keruh nampaknya.

Saya risau satu perkara, satu masa, anak-anak kecil diajar mengaji quran oleh para wartawan hiburan dan sukan dan ustaznya mencubit-cubit anak perempuan kita untuk membantu menghayati ayat quran. Diajar pula kaedah menutup aurat oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian, didedahkan dengan hukum jual beli Islam oleh Menteri MITI, layakkah mereka? Kalau tau tak layak, biarkanlah ulama dengan dunia mereka, menstabilkan antara yang haq dan yang bathil. Jangan dikacau sangat golongan pengimbang ini, hancur lebur masa depan negara kelak.

Abu Nufayl

Thursday, September 15, 2005

Poligami & syarat tambahan

Syarat poligami lebih ketat

Tiga negeri enggan pinda undang-undang keluarga Islam

Nak buat ke tak nak? Itu soalannya. Nak cari tambah tu, kawin ke idak? Kalau nak kawin tu nak bagitau isteri ke nak wat senyap-senyap?

Hmmm...nak cakap banyak-banyak pun tak larat dah. Asben saya suprise bila masuk dlm keluarga saya. 70% kawin lebih drp satu. Famili kami terbuka utk cakap ttg poligami. Dan, kebanyakan orang Perlis (ipar kpd ipar, besan kpd besan dsb, a.k.a kenalan kami) pun ramai yg ada kisah kawin lebih drp satu nih. Banyak kisah, tak larat nak cerita..huhuh. Sbb tu la, kerajaan Perlis tak bercadang perketat syarat poligami. Jenuh nanti! (kan dekat dengan Siam tu)

Cuma, spt komen saya di blog bukunota, saya sokong keputusan Perlis (dan juga Kelantan & Terengganu). No need additional rules for polygamy. Syarat yg Islam anjurkan cukup sempurna dah. Tinggal lagi kena implemen la..bab adil & mampu tu. Kena bagi kesedaran pd suami (dan juga isteri).

Lebih baik yg halal drp biar yg haram bercambahkan?

p/s: masih mencari model contoh keluarga yg berpoligami yg real & bahagia.
*wink*

Monday, September 12, 2005

Nufayl & SJMC


-Sekeluarga bergambar di Danga Bay pd mlm 30 Ogos dalam ziarah ke JB bersama Nenny, Nyang, PakLang & PakNgah sempena Konvo PakNgah Nufayl di UTM-

Alhamdulillah atas kurniaNYA, hari ini masih ada usia. Andai masa ini anugerah, bantulah kami menyusur masa dengan bijaksana.

Lama sungguh tidak mengemas rumah maya FZH ini (asyik-asyik merungut, bukannya ada kesan pun!). Dulu, setiap satu diceritakan di sini, tapi kini masa makin sempit. Iyalah, tragedi eksiden sehari 2 kali, jalan-jalan/konvo di JB, e680i pun tidak sempat dilayarkan di sini.

Lainlah kalau dapat berkerja dr rumah macam iklan merdeka syarikat T* tu..hohohohoh... nampaknya mcm best jer wat iklan ek. kalau bagi exec dia kerja dr rumah camtu kan best. asal submit keja je. hohohoh... mimpi bilakah akan jd realiti? :D

Kini, keluangan jadi rehat kpd Ummu Nufayl. Sedang mengah atau tidaknya menjadi hidup sebagai hamba Allah (paling besar), ibu, isteri & pekerja makin membelenggu diri. Belenggu? Hmmmm...
:) (senyum saja).

Hujung minggu lalu, kami sekeluarga berkampung di SJMC. Lantaran Nufayl yang demam sejak seminggu (on & off) dan cirit-birit setiap kali slp makan, membuatkan ummi & abahnya risau. Jika dilihatkan telatahnya yang aktif, pasti tidak menyangka dia tidak sihat sebegitu. Tapi, ummi & abah mana yang tidak risau jika malamnya dia demam hingga 40 darjah celcius?

Lantas, Jumaat petang kami mengunjungi paedriticians di SJMC. Tahan di wad! Jangan bagi dia minum susu! Only plain water!

Kesian Nufayl. Memanglah susu formula (tapi Nufayl minum ISOMIL-susu soya tanpa laktosa) susah dihadam oleh perut si manja. Dan, tika dia ada masalah penghadaman begini susu perlu dielakkan. Tapi, langsung tidak membenarkan dia minum susu sungguh menyedihkan baginya. Hanya bubur & sup. Hari kedua, kami bawa bekal glukose untuk Nufayl. Ok sikitlah memandangkan dia kurang selera makan. Agaknya campur dgn selesema & batuk.

Mujurlah, Nufayl masih menyusu badan! :)
Bekal susu tak putus utk anak Ummi ni :). Hati saya sungguh bersyukur kerana bekalan yang masih ada yang menghilangkan dahaga & kelaparannya. Tersentuh hati ini, dan terasa sangat hikmahnya kenapa Allah suruh kita menyusukan anak hingga 2 tahun.

Rujuk Surah Al-Baqarah, ayat 233 : "Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan...(hingga akhir ayat)."

Hari ini, dah mula susu baru. Doc yang prescribe khas utk dirrhea. Tapi, dr mama Nufayl khabarnya cirit lagi. Kenapa ya? :(


fakta Nufayl vs SJMC :
- slp keluar dr wad semasa berumur 5 hari, Nufayl kembali ke SJMC ketika berumur 6 bulan 5 hari. Ini bermakna genap 6 bulan slp lahir.
- Sbl 2 minggu genap 1 tahun umur Nufayl, dia kembali lg ke SJMC. Rindu agaknya...heh heh.
- untuk kali ini, dia declare war dengan semua nurse sejak slp diambil darah (sakit agaknya), dia buat muka masam & jeling maut dekat setiap nurse yg masuk jenguk dia. sampai nurse nak keluar pun, dia jenguk sampai ke pintu sambil jeling. 3rd day (smlm), dah tak jeling tapi masa nak discharge...masih buat muka masam & tak senyum langsung kat nurse. sian nurse yg cantik2 tu. dulu Nufayl taklah garang macam tu walaupun dulu kena drip & kali ni amik darah sikit jer. Ummi pun tak sangka anak ummi garang jugak. heh heh...
- slp jumpa doc hari jumaat ari tu, Nufayl antara yg aktif. tengok-tengok dia yg kena admit. lps admit pulak, dia kena virus hospital, manja yg amat kat abah & ummi. asyik merengek jer & bergayut manjang.
- slp kluar hospital semalam, nufayl keletihan yg amat agaknya. Dia tidur sepanjang malam. Ummi & Abah kagum sungguh! :)


~~~
Hany FF
8 Syaaban 1426 H
12 Sept 2005 M

Thursday, August 25, 2005

Kerana manisnya Rahim

~Monolog buat sahabat~

Kerana manisnya Rahim,
Kita bersatu dalam diam,
Atas tulus niat menyambung perjuangan,
dan silah ar-Rahim itu jadi manis, Sahabat.

Sahabat,
Kerana manisnya Rahim,
Hari ini jadi hari yang bersejarah,
Sejarah kaum wanita 25 tahun,
kerana dilahirkan 25 tahun dahulu,
dan terima kasih kepada ibumu,
perjuangannya jadi perjuangan seorang doktor wanita,
mengangkat martabat wanita yang berduka,
dalam resah gundah gelinjar nestapa,
betapa setiap wanita ada sakitnya,
dan kau bercita-cita menjadi syifa'nya.

Moga dipinjamkanNYA Syifa' yang agung.
Ameen.

Selamat Hari Lahir Nida, 25 Ogos 2005.

p/s: Selamat Hari Wanita ;)

:)

Salam dari Seri Sentosa,
-sahabat, Hany FF.
-ipar, Zainal.
-anak penakan, Nufayl.

Tuesday, August 16, 2005

Libur vs Wasiat Syuhada' II

Dah hampir sebulan saya tidak menyentuh blog ini rupanya!

1 : Libur

Semalam Allah beri saya libur. Penangan tekanan darah rendah, sampai petang saya tidak dapat bangun. Syukurnya pada DIA yang memahami. Akan rehat yang sedikit itu jadi cukup secukup-cukupnya. Sampai bilakah syukur ini akan berpanjangan. Lantaran diri yang sering menjadikan rungutan sebagai rutin sekarang. Dalam sedar, dalam redha...masih dan sentiasa dibuat perkara yang sama. Malunya pada Tuhan, malu pada suami, malu pada sahabat, malu pada semua. Tapi, kenapa masih tidak boleh berubah? Menerima seadanya dan berbuat sebaiknya.

Kerana benci yang tersirat di dada atau kerana iman belum cukup mantap? Lantas qadha' dan qadar Allah jadi persoalan?

Astaghfirullah!

Mungkin ini kafarah dosa. Tapi, saya tidak mahu keluarga terkorban dengan tuntutan dan tekanan tugas yang mengaut habis masa & tumpuan saya.

Buat yang mengenali saya ketika di kampus dulu, tentu faham. Di kalangan pelajar fakulti saya dahulu, saya sering dikata agak femenisme. Jgn salah faham, bukan perjuangan untuk menyamataraf wanita dengan lelaki yang diperjuang oleh golongan wanita yang tidak tahu arah tuju itu. Cuma saya sering mengangkat tajuk/isu berkenaan wanita untuk kajian. Antara topik yang pernah saya buat kajian ialah : Poligami & Kesan Terhadap Wanita, Wanita Berkerjaya, Wanita Sebagai Pendakwah & Keluarga Berkualiti.

Pengalaman yang paling manis ialah ketika menulis esei Poligamy & Its Consequences Towards Muslim Women. Dalam bahasa Inggeris pastinya, kerana untuk subjek English di Trimester 3, Pre-U di Melaka. Pensyarah saya ketika itu baru sahaja berkahwin dan sedang mengandung. Saya khuatir jika topik saya itu tidak diperkenankannya, kerana menuntut pemahaman yang tinggi untuk merestui usaha saya itu. Alhamdulillah, dia merestuinya. Yang pasti kesan positif yang saya tuliskan dalam esei itu banyak membantu rakan-rakan terutama wanita yang tidak pernah terfikir perkara itu untuk mula memikirkannya dari sudut positif. Dan, paling disyukuri apabila dapat markah A+ untuk subjek English dalam Trimester itu! :) Rezeki topik poligami agaknya. ;)

Berbalik kepada tajuk Wanita Berkerjaya. Tika tahun pertama, saya mengambil subjek Pengajian Islam. Dalam salah satu tugasan, saya memilih untuk melakukan kajian untuk wanita berkerjaya.

Seorang sahabat saya pernah bertanya saya tika itu,
"Kalau awak dah kahwin nanti, awak nak kerja?"
"Errmmm...mestilah, kalau suami saya izinkan."
"Kenapa?"
"Kerana untuk menunaikan cita-cita saya. Saya pursue study dalam Engineering. Saya mahu jadi Jurutera muslimah yang berjaya. Kalau tidak pun tidak berkecimpung dalam bidang Jurutera, saya mahu meneruskan dalam bidang pendidikan."


Ya, saya memilih untuk berkerja. Tapi, saya tidak memilih untuk jadi seorang wanita yang gila kerja. Saya hanya mahu bekerja membantu keluarga mengukuhkan status hidup. Jika ditaqdir saya tidak perlu bekerja, saya terima dengan senang hati. Namun, telah saya peringatkan awal-awal bahawa saya memang tidak boleh duduk diam-diam di rumah. Asalkan ada nanti aktiviti berfaedah untuk menjana minda (dan kewangan sikit-sikit), pasti itu jadi pilihan saya.

Hingga sekarang saya sedang mencari semula, siapa diri saya yang sebenar. Who I want to be?

I might have to reconsider my decision to work in this company, or to work abroads.
Pray to Allah to give hint & Hidayah to all of this.


2 : Palestin vs Israel di Gaza

Allah yassir wa la tu'assir!

Info lanjut baca di sini : Pendudukan 38 tahun Israel di Genting Gaza berakhir

Sedikit puisi nukilan peribadi untuk saudara di Palestin.

WASIAT SYUHADA' II
(Rintih Palestin yang tak henti merintih)


Jejak bumi Palestin. Bukan lagi janggal.
Mujahid, langkahmu di sini
satu semangat. Semangat yang
diwariskan wasiat.
Wasiat yang benar.
Ahya'!

"Min 'ilmulyaqeen"
Inginku mencari Ahya'. Pemuda
Palestin didikan Berlin.
Songsang di awal, sesat di pangkal.
Hijrah di Subra, hijrahnya ke syurga.
Tembus peluru, bukan tolehan.
Ahya' yang kucari.
Ahya' yang masih "hidup".

"Min 'ainulyaqeen"
Langkahnya kudengar. Ahya' masih di sini.
Nafasnya berbisik, akan pedihnya berdiam laku.
Getar marahnya terdesir, akan gelojak juang yang membara.
Berpaling.
Ahya' yang masih hidup!

"Min haqqulyaqeen"
Azamnya terpahat. Dalam, bukan changkat.
Ijtihadnya kukuh. Jelas, bukan keruh.
Kerana yaqeennya Ahya',
Dia memikul 16kg senapang itu,
Dia menggalas 20kg adik perempuannya,
Dan andainya masih punya daya,
Pasti ibu yang capek itu didukung bersama.
Tawakkal 'alaLlah!

Dia yaqeen menentang la'natullah,
Mencari nuur haq di bumi yang basah disimbah darah.
Mencari nafas muthma'innah di ruang yang jenuh disesak nafsu lawwamah.
Dengan kaki yang tinggal sebelah.

Allahu Akbar!

~~~
Hany FF

3 : INNALILLAHI WA INNA ILAHI RAAJi'UUN
Takziah untuk Syeikh Ahmad Deedat. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu, dan segala amal baikmu dihitung sebagai pahala yang berpanjangan di akhirat sana.



~~~
Life is too short to leave kind words unsaid,
Hany FF
11 Rejab 1426 H
17 Ogos 2005 M