Part 1 : Khas untuk komentar tulisan : Epilog Ummu Nufayl
Maaf sebab lambat respons kpd mesej drp sahabat semua. Terharu membacanya. Banyak nasihat & du'a yang saya aminkan. :)
Jazakallahulkhoir semua atas sokongan, nasihat & du'a . Itulah indahnya Islam!
Setiap keadaan menjadi nasihat...bukan saja kpd saya ttp kpd orang lain juga. Setiap keadaan, ada saja hadis & ayat drp Kalamullah al-Quranul Kariim yg dijadikan pegangan. Bukankah ad-diinunnasihah - agama itu nasihat. Indahnya Islam & kita sbg muslimin & muslimat.
Jazakallah!
Part II : Iftar di FitrahZH
Alhamdulillah, tertunai juga hajat. Sekaligus hajat untuk berkenal-kenalan dengan jiran seaqidah. Lantaran rancangan ketika kenduri kesyukuran Nufayl terpaksa diubah di saat-saat akhir kerana perancanganNYA lebih sempurna. Maka, hujung minggu lalu sebagai gantinya DIA memberikan yang lebih baik. Alhamdulillah mereka dapat dijamu dengan air tangan sendiri. Jazakallahul khoir untuk yang meringankan tulang, khusus utk Ika & Siti .
Resipi Iftar di FitrahZH simple jek :
1. Nasik Ayam resipi Umi (Kelantan) + perasa Melaka sket + perisa Perlis sket.
2. Agar-agar Pandan Santan
3. Buah Melaka
4. Air Kelapa Laut bermadu (Honey Sea Coconut)
+ Murtabak & Popia yang disedekah oleh tetamu.
Jazakallah!
p/s: Saja dlm bulan puasa nih...tamo puding-puding ni. Zuuq lebih terasa dengan agar-agar & buah melaka. Kalau ikut hati, nak ajer buat kuih Hasidah (rasanya orang Utara jek tau kuih nih). My all time favourite! Tapi, cukup la dua jenih tu. Alhamdulillah semuanya licin.
Part III : Hepi besday Ronie.
Semoga tercapai segala cita-citamu. Jumpa raya nanti!
Part IV : Kata-kata Hikmah, renungan bersama.
"Bahawa segala sesuatu itu ada penyakitnya.
Penyakit bicara adalah bohong.
Penyakit ilmu adalah lupa.
Penyakit ibadah adalah riyak.
Penyakit akhlak adalah memuji diri sendiri.
Penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberiannya.
Penyakit bangsawan adalah bangga.
Penyakit malu adalah lemah.
Penyakit mulia adalah menonjolkan diri.
Penyakit kaya adalah kikir dan boros.
Dan penyakit agama adalah nafsu."
Sempena Ramadhan ini, sucikanlah diri. Sembuhkan penyakit rohani yang bertakhta dlm diri tanpa kita sedari. Hindari sejauh mungkin. Kerana Ramadhan bulan tanpa syaitan. Didik nafsu supaya taat dan patuh dengan Islam & Iman. Ini bulan ujian.
Salam Ramadhan.
~~~
Ummu Nufayl
21 Ramadhan 1426 H
25 Oktober 2005 M
No comments:
Post a Comment