Monday, September 12, 2005
Nufayl & SJMC
-Sekeluarga bergambar di Danga Bay pd mlm 30 Ogos dalam ziarah ke JB bersama Nenny, Nyang, PakLang & PakNgah sempena Konvo PakNgah Nufayl di UTM-
Alhamdulillah atas kurniaNYA, hari ini masih ada usia. Andai masa ini anugerah, bantulah kami menyusur masa dengan bijaksana.
Lama sungguh tidak mengemas rumah maya FZH ini (asyik-asyik merungut, bukannya ada kesan pun!). Dulu, setiap satu diceritakan di sini, tapi kini masa makin sempit. Iyalah, tragedi eksiden sehari 2 kali, jalan-jalan/konvo di JB, e680i pun tidak sempat dilayarkan di sini.
Lainlah kalau dapat berkerja dr rumah macam iklan merdeka syarikat T* tu..hohohohoh... nampaknya mcm best jer wat iklan ek. kalau bagi exec dia kerja dr rumah camtu kan best. asal submit keja je. hohohoh... mimpi bilakah akan jd realiti? :D
Kini, keluangan jadi rehat kpd Ummu Nufayl. Sedang mengah atau tidaknya menjadi hidup sebagai hamba Allah (paling besar), ibu, isteri & pekerja makin membelenggu diri. Belenggu? Hmmmm...
:) (senyum saja).
Hujung minggu lalu, kami sekeluarga berkampung di SJMC. Lantaran Nufayl yang demam sejak seminggu (on & off) dan cirit-birit setiap kali slp makan, membuatkan ummi & abahnya risau. Jika dilihatkan telatahnya yang aktif, pasti tidak menyangka dia tidak sihat sebegitu. Tapi, ummi & abah mana yang tidak risau jika malamnya dia demam hingga 40 darjah celcius?
Lantas, Jumaat petang kami mengunjungi paedriticians di SJMC. Tahan di wad! Jangan bagi dia minum susu! Only plain water!
Kesian Nufayl. Memanglah susu formula (tapi Nufayl minum ISOMIL-susu soya tanpa laktosa) susah dihadam oleh perut si manja. Dan, tika dia ada masalah penghadaman begini susu perlu dielakkan. Tapi, langsung tidak membenarkan dia minum susu sungguh menyedihkan baginya. Hanya bubur & sup. Hari kedua, kami bawa bekal glukose untuk Nufayl. Ok sikitlah memandangkan dia kurang selera makan. Agaknya campur dgn selesema & batuk.
Mujurlah, Nufayl masih menyusu badan! :)
Bekal susu tak putus utk anak Ummi ni :). Hati saya sungguh bersyukur kerana bekalan yang masih ada yang menghilangkan dahaga & kelaparannya. Tersentuh hati ini, dan terasa sangat hikmahnya kenapa Allah suruh kita menyusukan anak hingga 2 tahun.
Rujuk Surah Al-Baqarah, ayat 233 : "Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan...(hingga akhir ayat)."
Hari ini, dah mula susu baru. Doc yang prescribe khas utk dirrhea. Tapi, dr mama Nufayl khabarnya cirit lagi. Kenapa ya? :(
fakta Nufayl vs SJMC :
- slp keluar dr wad semasa berumur 5 hari, Nufayl kembali ke SJMC ketika berumur 6 bulan 5 hari. Ini bermakna genap 6 bulan slp lahir.
- Sbl 2 minggu genap 1 tahun umur Nufayl, dia kembali lg ke SJMC. Rindu agaknya...heh heh.
- untuk kali ini, dia declare war dengan semua nurse sejak slp diambil darah (sakit agaknya), dia buat muka masam & jeling maut dekat setiap nurse yg masuk jenguk dia. sampai nurse nak keluar pun, dia jenguk sampai ke pintu sambil jeling. 3rd day (smlm), dah tak jeling tapi masa nak discharge...masih buat muka masam & tak senyum langsung kat nurse. sian nurse yg cantik2 tu. dulu Nufayl taklah garang macam tu walaupun dulu kena drip & kali ni amik darah sikit jer. Ummi pun tak sangka anak ummi garang jugak. heh heh...
- slp jumpa doc hari jumaat ari tu, Nufayl antara yg aktif. tengok-tengok dia yg kena admit. lps admit pulak, dia kena virus hospital, manja yg amat kat abah & ummi. asyik merengek jer & bergayut manjang.
- slp kluar hospital semalam, nufayl keletihan yg amat agaknya. Dia tidur sepanjang malam. Ummi & Abah kagum sungguh! :)
~~~
Hany FF
8 Syaaban 1426 H
12 Sept 2005 M
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment