Alahai, gitu pulak la bunyinya berita hari ni. Saya membaca juga, ikutla juga isu ni. Untuk pedoman masa depan, manalah tau terjebak dalam keadaan yang sama, boleh jadikan iktibar. Itulah, sapa suruh adakan program reality (general sangat ayatnya). Yang tak terlibat sama pun terkena tempias. Inilah rantaian mata Syaitan. (teruk benar bunyinya – dah memang teruk)
Bila qawaid digariskan Allah, Rasulnya, Kitab-kitabnya, Ijmak dan Qias para ulama, maka siapalah kita nak mengengkarinya. Terbayang di kepala kita semua, sebuah MPV mewah direkacipta oleh pereka bentuk basikal kanak-kanak. QCnya pula dibuat oleh tukang kayu. Aksesori oleh oleh tukang besi. Walhasilnya jadilah P***n J***A yang indah designnya, bertayarkan besi tanpa getah, bergegar sana-sini, lampu tak mau menyala. Begitulah jadinya bila manusia mencari alternatifnya tersendiri dengan mengabaikan segala garis panduan yang ada.
Hiburan asasi muslim adalah ibadat kepada Allah yang menimbulkan rasa khusyuk dan dzauq. Hiburan muktamadnya pula adalah taman tema keriangan di Syurga. Keduanya tiada bandingan. Namun di samping itu, adalah sedikit-sedikit kelonggaran diberikan syara' untuk mendapatkan hiburan dunia, bagi yang masih tak puas dengan kegembiraan bersama Allah, Rasul dan keluarganya sendiri. Boleh. Sapa kata tak buleh.
Dalam boleh pula, telah pun diberikan garis panduannya. Luas sangat jalan, tapi tak ada line jalan, maunya terhoyong-hayang kereta nak dipandu. Ada line, maka wujudlah lane, masing-masing dapat teruskan perjalanan dengan selamat.
Nak dibawa masuk penyanyi pujaan alam ke negeri Serambi Mekah. Pro banyak, kontra pun banyak. Macam kita orang kecil-kecil hati dan perasaan, mana mau pilih. Mau tolak, terlepas pujaan hati. Mau terima, yakin boleh tahan ke? Boleh jalan ke plan?
Kita merancang, Allah juga merancang, maka sebaik-baik perancangan adalah dari Allah swt jua. Di sebalik perancangan? Di sebalik niat? Al-Hasilnya siapa yang tau? Jadi mau ditolak atau diteruskan?
Imam al-Ghazali manusia yang warak, jangan berangan mencapai statusnya kalau kita masih buka tv waktu Maghrib. Tapi baginda, dalam kewarakannya pernah menyampaikan pesan agar manusia tidak menyusahkan diri sampai ke peringkat meneroka ke alam ghaib, meramalkan hati manusia lain, sedangkan hati sendiri belum selesai berurusan dengan Allah. Kalau mau jadi warak, jadilah warak. Kalau tak mampu, jadilah seorang awam yang taat tetapi sentiasa berikhtiar menjadi warak.
Bawa pujaan alam masuk negeri. Baikkah? Burukkah? Jelaskah pada kita beliau buruk? Pasti atau tidak beliau baik? Atau dibentuk oleh penjahat? Maka bila dibela perompak, maka adakah 100% kita yakin beliau kini perompak? Maka pandangan warak jangan dicampur adukkan walau sedikit yang haram itu dengan yang halal, kerana hukumnya berupaya berubah menjadi haram. Pandangan pendakwah yang menggunakan pendekatan awam bagi mendekati mad'unya, bawalah anak belaan perompak tadi untuk dibentukmenjadi ustaz kembali. Moga balik ke pangkal jalan. Dan penyokongnya pula akan diberi peluang melihat pujaan hati dengan cara lebih bersopan. Mematuhi hukum syara’. Tidak berpelukan ketika menonton. Lelaki dan wanita akan diasing. Maka bukankah itu satu dakwah? Membentuk keperibadian umat bukan sekadar mengomel, tetapi melakukannya dengan perbuatan. Moga bengkoknya kerajaan Islam sedia ada di peringkat nasional sekarang menyedari hakikat itu. Ameen.
Yang kita risau, pencacai-pencacai yang mengagungkan hedonisme, cuba pula mencari kesempatan melaga-lagakan antara kedua-dua pandangan yang benar. Perselisihan ini adalah rahmat. Menunjukkan kepada kita, di Negara ini, masih wujud golongan da’ie yang berpaksikan waqi' semasa, dan jelas masih wujud kelompok warak yang akan mengambil pendekatan menegur melalui kewarakkannya. Siapa yang salah? Bukan mereka… tetapi ada yang cuba menangguk di air keruh nampaknya.
Saya risau satu perkara, satu masa, anak-anak kecil diajar mengaji quran oleh para wartawan hiburan dan sukan dan ustaznya mencubit-cubit anak perempuan kita untuk membantu menghayati ayat quran. Diajar pula kaedah menutup aurat oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian, didedahkan dengan hukum jual beli Islam oleh Menteri MITI, layakkah mereka? Kalau tau tak layak, biarkanlah ulama dengan dunia mereka, menstabilkan antara yang haq dan yang bathil. Jangan dikacau sangat golongan pengimbang ini, hancur lebur masa depan negara kelak.
Abu Nufayl
No comments:
Post a Comment