Thursday, April 30, 2009

Kaki Fibre Glass, Mufti Kabinet, Nuha ku Sayang...

Kaki Fibre-Glass


Memetik satu sirah zaman silam ketika hampir tercetusnya Perang Badar, di peringkat penyusunan strategi ;


Seorang sahabat bernama Habbab bin Munzir mendatangi Rasulullah dan berkata: "Apakah kedudukan yang engkau pilih ini menurut perintah (wahyu) dari Allah, atau pendapat peribadi Engkau ya Rasulullah? Jika ia adalah wahyu, kita tidak akan beranjak dari kedudukan ini. Tetapi kalau hanya pendapat peribadi sendiri berdasarkan strategi semata, maka lebih baik kita mengambil kedudukan ditempat yang lebih rendah, dekat sumber air yang akan dipergunakan oleh musuh-musuh itu. Kita buat tangki-tangki dan kita gali perigi, lalu kita penuhi dengan air dari sumber itu, kemudian sumber itu kita timbun dengan tanah. Biar musuh tidak dapat air minuman, agar mereka menderita dahaga, sedang kita terus bertempur dengan persediaan air yang banyak itu."


Rasulullah lantas bersetuju. Apabila dicadangkan oleh salah seorang 'pembantu' Baginda ini. Dan dalam peperangan, siapakah yang digelar pembantu, ia adalah umum. Jika disebut pembantu dalam hal itu, atau hal ini, barulah boleh dikhususkan namanya dan jawatannya. Jadi, siapa-siapa sahaja boleh jadi pembantu. Asalkan dia membantu.


Pembantu ini, iaitu Habbab bin Munzir tadi nampaknya begitu yakin diri untuk dilihat 'bertentang arus' dengan Rasulullah. Dan keyakinan ini pastilah hasil tarbiyah manusia agung yang bernama Rasulullah tadi yang sentiasa berlapang dada bermusyawarah, asalkan tidak menyalahi wahyu ALlah SWT. MasyaAllah.


Dan adapun, apabila kita memiliki pembantu yang cemerlang dan yakin diri semuanya, jika ada yang berbuat salah, perlulah disebut siapakah untuk membolehkan kita secara spesifik mengenal dan memperbetulkan kesalahannya. Jika tidak?


Jika tidak disebut pula secara spesifik, maka, adat berjemaah, dicubit paha kiri, paha kanan pasti akan berasa sakit. Dan paha kiri serta kanan dalam perjuangan bukan satu. Ada ribuan paha kanan dan ada ribuan juga paha kiri. Makhluq bernama perjuangan ini ada banyak anggotanya.


Dan apabila ada rasa sakit itu adalah tandanya jiwa kita masih bersama jemaah. Jika langsung tidak ada rasa, mungkin kaki itu kaki palsu. Ataupun jika dibuat-buat sakit, itu penipu dan pendusta dalam perjuangan. Saya tidak tahu, betul-betulkan kita tumpang sakit apabila dicubit? Ataupun hanya berpura-pura sakit kerana dengkikan orang lain berkaki tulen, dan kita hanya kaki fibre-glass. Kaki fibre glass inilah mee celup yang sebenarnya.


Kesimpulan hal satu, mana mampu kita putuskan salah satu antara dua pihak, siapa yang bersalah, sedangkan kedua-dua pihak ada thiqah tersendiri. Ada kemampuan sendiri. Kaedah yang berlainan dari yang kita jangkakan? Adakah Habbab bin Munzir tadi menegur Rasulullah secara one-to one? Setahu saya, perbincangan sebegini dibuat di depan khalayak dan para sahabat. Tidak terasa hatikah Rasulullah? Tentulah hati yang agung akan agung akhlaqnya! Dan tidak terhunuskah pedang Umar RA akibat perilaku yang 'memalukan' Rasulullah ini? Tentunya tidak, kerana beliau juga manusia agung. Yang melihat suatu isu betul pada tempatnya. Bukan untuk memenuhi nafsunya untuk memberikan komen dan cacian.


Akhir sekali, bicara ini bocor kepada pihak musuh dan dipergunakan. Hmm.. berperang, strategi masing-masing. Kita tersilap langkah, pasti akan diambil kesempatan oleh musuh durjana. Sekurang-kurangnya kita tahu, musuh tersebut bebal dan bodoh. Kerana idea mengalahkan lawan tidak lagi dapat difikirkan oleh mereka sendiri, tetapi bergantung kepada pihak lawan berbuat salah.

Cuma, kita sendiri hendaklah tidak mengabaikan tanggungjawab kita, untuk sentiasa berdoa dan berusaha agar tidak jadi nasi tambah, ataupun resipi tambahan yang tidak perlu hingga mengacau bilaukan keadaan jemaah kita sendiri.

InsyaAllah, jangan risau, "kita jangan langgar lampu MERAH. Lampu HIJAU kita jalan. Tapi ketika menunggu lampu MERAH bertukar HIJAU, enjin tetap berbunyi, PAS..PAS..PAS... (TGNA)


Wallahua'lam.



Mufti Kabinet



Nak bercakap tentang hal ini? Jika memutuskan perihal agamapun memerlukan persetujuan (ijma') jemaah mufti bukan Islam (baca Menteri Kabinet bukan Islam) . Apa yang perlu saya kata? Pergi jahanamlah dengan 1Malaysia. Kalau perkara aqidah pun hendak dikompromi dengan kuffar. Mana pergi pejuang agama? err.. PEMBANTU Agama Allah. Ini bukan tahalluf siasi, ini subahat riddah!


Nuha ku Sayang!

Okaylah, hanya isi masa lapang. Banyak lagi idea, tetapi udara hospital agak menyesakkan dada. Kerana apa? tengoklah gambar.. Memandangkan sudahpun 'terkawal', saya masukkanlah gambar ini. Usah bimbang, semuanya sudah ok.. cuma masih di sini, hadiah bithday Nuha pada abinya. percutian ditaja P*Ca*e.

Pakejnya : dua hari di ICU, nHari di Wad Paediatrik, SJMC. :). Masih bercuti..

gambar awal dan terkini.. budak comel..

8 comments:

sikulat said...

uiks.. nape ngan nuha ?

Hany FF said...

pneumonia - lung infection. ;) skrg dah ok...hari ni discharge insya'Allah. tapi lepas ni doc suruh kuarantin at least 1 week coz paru2 dia lemah lagi. :)

k3na said...

alhamdulillah dah ok...semoga nuha cepat2 fully recovered, amin..:)

Farra Da Smiley said...

moga Nuha cepat sembuh..apa punca eh Hany?

ummuizz said...

salam hany..
Syafahallah...
Semoga Nuha kembali sihat.

Hany FF said...

slm, puncanya jgkitan - selesema, batuk. open to public/dgn kwn2 dia ms kat nursery. boleh jd gak sbb asap etc.

btw, thanks semua (cat, miss u!) atas doa utk nuha.

dok jg dia kat rumah ni pun dia yg buli kita, jenuh melayan. next week dia dah bleh pi nursery dah.

skrg kami kat tganu, teman abu nufayl keja. petg balik klate ;).

jumie said...

hany,
setuju dgn artikel kaki fiber glass. Maksudnya dalam. Ada rasa khuatir dalam diri.

walaupun lambat,moga2 Nuha sihat kembali.

.anisZ. said...

moga nuha cepat sehat :D