Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Saya masih teringat posting saya yang terdahulu Kalimah Allah Milik Siapa? belum pun habis dihadam. Dan saya percaya, bila saya berbicara tentang perspektif Allah berkaitan perkara itu, ia kini berlaku lagi. Kali ini, selepas kalimah Allah, al-Quran pula jadi bola di tengah pertarungan manusia.
Itulah kuasa Allah. Macam kisah bersiri pula kejadian yang berlaku. Tetapi ikhlas, saya sebenarnya kurang faham, apa sebenarnya isu di sebalik semua ini.
1. Secara fizikalnya, mempertahankan kesucian al-Quran adalah dengan :
1. Memastikan hanya tubuh dan jiwa yang suci MENYENTUHNYA.
2. Memastikan tiada ayat diselewengkan maksudnya kerana ini menghina Allah
3. Memastikan bacaan yang betul dan sempurna dan tidak dengan sengaja dibaca salah. Baik ayatnya, mahupun maknanya.
2. Secara syariatnya, mempertahankan kesucian al-Quran adalah dengan :
1. Melaksanakan suruhan Allah yang terkandung di dalamnya
2. Menjauhi larangan Allah yang terkandung di dalamnya
3. Menyebar segala isi kandungan al-Quran, perkara nikmat Allah untuk kerahmatan alam, dan perkara azab untuk keinsafan dan kegerunan terhadap kuasa Allah
4. Tidak mentafsir ayat meingikut hawa nafsu, tetapi dengan ilmu atau sandaran ilmu ulama lain. Kerana tafsir yang berdasarkan akal, jika salah, berdosa, betul pun berdosa.
dan beberapa aspek lagi yang saya tidak ingin sentuh di sini.
3. Adakah al-Quran telah disentuh tanpa wudhu' oleh non muslim ini?
Tidak pula. Jadi manusia itu tidaklah menyentuh mushaf al-Quran dalam keadaan tidak berwudhuk membolehkan ia jadi isu perdebatan. Itupun masih berbilang pendapat hingga kini. Tetapi dalam hal ini, jelas, tidak ada isu menyentuh al-Quran dalam keadaan kotor. Penghinaan al-Quran secara fizikal tidak berlaku.
4. Adakah non muslim ini telah menghina al-Quran?
Sejak bila membaca/memetik al-Quran dikira menghina al-Quran? Melainkan ayat itu diselewengkan tafsirnya. Tetapi menterjemahkan ehsan, kepada belas kasihan, itu isu bahasa - terjemahan, bukan tafsir.
Adakah konteks yang digunakan itu salah? Sesuai dengan status bukan Islam beliau, adakah ayat itu tidak relevan dengan tajuk yang diperkatakan? Saya tidak tahu, saya hanya tanya tuan puan.
5. Berapa Besarkah Ukuran Dosa Tersalah Sebut (tanpa sengaja)
Satu contoh : Antara kita di sini, yang sudah Islam sejak lahir, berapa ramai antara kita yang betul bacaan tahiyyatnya.
1. at-tahiYYaatul mubaaraka VS at-taHHiyaatul mubaaraka
- syaddah pada 'ha' atau ya'??
2. asY-Hadu alla ilaaha illa Allah VS asSHadu alla ilaaha illa Allah
3. SaYYidina Muhammad VS SaIdina Muhammad
kalau kita boleh jawab soalan ini dengan betul, maka soalan saya tadi juga terjawab. Belum lagi kita dengar bacaan al-Quran di India, China dsbgnya. Inikan pula Cina yang belumpun Islam.
Panjang lebar, saya takut saya sendiri pening. Tetapi kalau kita ingin jadi pejuang Islam, biarlah tanpa agenda peribadi atau duniawi. Kalau masih berada dalam parti yang menteri jaga portfolio hajinya masih bodoh membezakan antara istilah menghormati budaya dengan melihat aurat perempuan bukan mahram separuh bogel atas alasan matlamat menghalalkan cara, usahlah dilihat pada isu tersilap sebut ini seolah-olah tuan dari jemaah Ikhwan. Sengkuang adalah!
Memang kadang-kala ada pihak yang sudah jauh tersasar dari al-Quran dan Islam, tetapi usahlah menjauhkan hati bukan Islam yang ada hajat merujuk Islam sebagai panduan hidup. Bersyukurlah dengan perkara ini. Buanglah 'hidden agenda'. Semua orang tahu.
Dan ingatlah, kita tidak menjadi kafir dengan merujuk pendapat Aristotle, tetapi kita boleh syirik jika menyembah KALIMAH ALLAH, ATAUPUN AL-QURAN itu sendiri. Kerana TIADA TUHAN YANG LAYAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH - bukan kalimahnya.
Kepada pak-pak Mufti, gelaran Sahibu as-Samahah (golongan/tuan yang boleh mengharuskan hukum) cukup menjadi penghormatan buat tuan-tuan sekalian. Usahlah bertindak terburu-buru, kerana yang terburu-buru itu dari syaitan. Syaitan dan Mufti tidak patut bergerak beriringan.
Wallahua'lam.
1 comment:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.” (Yusuf 12:108)”
Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya….dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq
Post a Comment