Tuesday, March 17, 2009

Kalimah Allah Milik Siapa?

Salam

Isu ini isu kontroversi. Saya tidak ingin berkontroversi. Hanya ingin mendalami setiap inci peristiwa bagi menambah ilmu di dada dan pengalaman di jiwa.

Kiamat semakin hampir. Walaupun jauh, tetapi dekat di hati. Itulah Allah Yang Maha Esa. Bukan hanya orang Islam, orang bukan Islam sudah 'berebutkan' Tuhan Maha Pencipta ini. Walaupun hanya pada kalimah.

Bukankah ini membawa kepada penafsiran yang membahagiakan para mukmin. Allah semakin lama semakin mendekat di hati para kuffar dan musyrik ini. Tetapi mereka tidak menyedarinya. Mereka hanya melihat pada aspek konsep dan hak, mereka lupa, fitrah azali penciptaan manusia sudahpun dihampiri oleh mereka sendiri. Subhanallah. Maha Pencipta. Maha Bijaksana. Maha Pengatur Hati Manusia

Perebutan ini tidak boleh dilihat pada perspektif kita yang ingin melihat. Tetapi mesti dilihat pada perspektif kekuasaan dan aturan Allah yang Maha Agung, yang mana kita sendiri tidak mampu mengetahuinya. Cuma dapat kita kecap sedikit sebanyak sahaja bahang dan nyamannya perebutan ini ; melalui akal kita yang terbatas ini.

Melihat kalimah Allah, kalimah Tauhid beserta segala zat dan kebesarannyya ; kita berhak katakan bahawa hak menikmati dan melaksanakannya, memang mutlak milik orang mu'min.


Oleh itu, membataskan kuffar dan musyrik dari mencelanya, mahupun mencampur adukkannya dengan ajaran sesat, dan ajaran benar yang disesatkan musyrik dan kuffar ini juga menjadi tanggungjawab mutlak kita.

Tiada pilihan. 2 tolak 1 jawapannya kosong. Jadi, tersimpullah bahawa Allah milik kita orang mu'min. Dan mempertahankan kesucianNya dan kesucian AgamaNya (Islam) juga milik kita (baca - kewajipan). Memiliki & mempertahankannya.

Walaupun begitu, ramai antara kita, bising untuk 'memilikinya'. mempertahankannya jauh sekali. Solat pun tidak dijaga, aurat tidak bertutup. Lelaki perempuan bersalam-salaman. rasuah.

Tetapi bising dengan hasrat 'memiliki' Allah. Shameful...

Balik kepada tajuk ;

Dalam aqidah, saya pernah nyatakan, hanya ada kalimah ya dan tidak. Jadi dalam hal ini?

Perspektif Manusia;

1. Kalimah Allah milik siapa ? Jawabnya, milik orang Islam. Dan kita berkewajipan menjaga dan mempertahankannya

2. Ajaran Allah milik siapa? Jawabnya, milik orang Islam. Dan kita berkewajipan menjaga dan mempertahankannya

3. Dikatakan ajaran kalimah dan ajaran Allah milik kuffar & musyrik? Tidak!! Mereka hanya menjahanamkan ajaran suci ini.

4. Oleh itu, bolehkan kalimah Allah digunakan musyrik dan kuffar? Jawabnya, sejak bila mereka gunakan kalimah Allah? Cuba kaji bahasa asal Taurat, bahasa asal Injil, bahasa asal Zabur. Sebutan Allah tiada dalam bahasa ini. Tetapi maksudnya menjurus kepada itu. Cuma pemahamannya diselewengkan hingga sekarang yang tinggal hanya nama kitab itu sahaja.

Jadi mereka tidak layak menggunakan kalimah Allah pada mana-mana aspek kehidupan mereka kerana faktor hujah ke-3 tadi.
Tetapi tuan puan harus ingat, perspektif seterusnya, yang kita selalu tertinggal,

Perspektif Allah?

Seperti yang saya nyatakan di awal tadi, perspektif Allah Maha Misteri untuk kita rungkaikan. Itulah sebabnya, di dalam al-Quran milik umat Islam (bukan kitab lain), kalimah Allah digunakan untuk merujuk kepada Allah yang Maha Esa, dan tergunapakai untuk semua umat, bangsa, agama, keturunan, negara dan apa sahaja.

Jadi, pada tahun-tahun kebelakangan ini, dicampakkan kepada hati musyrik dan kuffar ini untuk merebut kalimah ini, walaupun mereka tidak layak sebesar hama pun memilikinya. Kerana apa? Siapa kita yang lebih bijak dari Allah yang Maha Bijaksana, mengatur strategi mencampakkan 'rasa' ini dalam hati mereka.


Percayalah, kelak peristiwa ini akan memperlihatkan kebodohan dan kebebalan mereka sendiri. Mahu guna kalimah, tetapi tidak mahu ikut ajarannya dan mahu tafsirkan ikut agama sendiri. Malah, sudah terdedah pun 'hidden agenda' mereka untuk cuba mengindoktrinasikan minda mu'min dengan berlakunya perebutan ini. Inilah perancangan Allah yang Maha Kuasa.

Mengimbangi Perselisihan Bagi Isu Ini, perlu dilihat pada ;
Perspektif Zaman

Zaman ini adalah zaman yang kita perlu berhati-hati terhadap cubaan haiwan-haiwan kuffar dan musyrik ini mengindoktrinasi minda muda mu'min dengan selitan jarum halus ini.

Tetapi pada masa yang sama kita tidak boleh sama sekali menafikan kedua-dua perspektif awal, yang telah dibahaskan tadi. Di sinilah sebenarnya muncul khilaf di kalangan ulama' dan umara' kita sehari dua ini. Yang kemudiannya diapi-apikan oleh bangsat yang terdiri dari umat Islam itu sendiri. Sedangkan hujahnya jelas, mengikut perspektif yang amat terang dan jelas. Cuma zamannya sahaja yang menyebabkan kita perlu membuat keputusan tertentu bagi mengelakkan ia menjadi lebih buruk.

Saya percaya tuan puan akan lebih arif memahami isu ini dengan perspektif yang lebih jelas!
Maha Suci Allah, yang Maha Mengatur segala sesuatu. Allahu Akbar!

Wallahua'lam.

Abu Nufayl

No comments: