Memang tampak emosi posting sebelum ini. Tidak emosi pun. Lama sudah dijangka ia akan berlaku. Ummu Nufayl tahu rasanya. Budget pengangkutan kami untuk Julai yang dibuat sejak April lepas sudahpun dimasukkan kos petrol yang baru. Jadi terkejut untuk perkara itu tidaklah. Sudahpun bersedia!
Cuma, bila berdepan dengan pimpinan Bencana Negara ini, tidak terkata rasa mualnya dengan gaya pemikiran kaum terencat akal ini.
Malam ini sekali lagi ditegaskan oleh orang-orang tua ISTIMEWA ini, ia untuk pastikan golongan kaya tak makan subsidi banyak berbanding golongan miskin! Memang alasan cacat mental!
Kalaulah aku kaya, aku boleh katakan, apa guna aku bayar cukai pendapatan berpuluh ribu dan beratus ribu setahun? Memang patutlah pun duit cukai itu aku nikmati dalam bentuk subsidi yang berapa sen saja! Si miskin, cukai pun terlepas. haah!
Tapi aku tidaklah kaya. Jadi aku bercakap lagak orang tidak kaya. Betulkah si kaya tidak dapat 'makan' subsidi banyak? 2000 c.c ke bawah? Heh.. kereta apa itu? Semuanya kereta murah ka jika 2000c.c atau 2500c.c ke bawah?
Honda Civic 2007 1.8l i-vtec?, Honda Hybrid? Skyline 1.8l/2.0l? Lancer 2.0? Altis 1.8? EVO 1.8? dll. Adakah itu kenderaan milik si miskin? Bagaimana pula Mercedez C180 Kompressor Avantgarde (1796 c.c), C200? Proton Perdana V6 (1999c.c) ? Volvo S40 (1798 c.c), BMW 318i? , Mazda 6 1.8. Semuanya di bawah 2000 c.c dari segi keupayaan enjin sebenar! Dan ingat, JPJ ikut keupayaan sebenar, bukan tulisan 2.0 tu. BN, BN!
Dan itukah rasionalnya ia ditentukan ikut c.c? Apa ini? Tun Mahathir rasanya lagi bijak dalam hal ni. Ups.
Bagaimana pula dengan kereta diesel seperti pick-up truck oleh usahawan-usahawan kecil Melayu dan apa bangsa sekalipun?! Digunakan untuk ke kilang dan ladang. Kapasiti enjin bagi kenderaan-kenderaan jenis ini bukannya 800 c.c atau 1300c.c! Kebanyakkannya 2500 c.c ke atas. Dan perlu diingat kenaikan diesel adalah RM1.00 daripada harga asal. Apa ini? Tak kesian ka pada golongan ini? Jangan cakap pasal jutawan, kita cakap tentang usahawan yang bawa pick-up ini untuk angkut pasir, tanah, besi pagar, getah dan sebagainya! Buta Nescafe betul.
Nak bincang semula nilai roadtax? Kalau diberi diskaun 100% sekalipun, pemilik kenderaan 1.6liter hanya jimat RM90 setahun. Haha! Pok Loh ni, betul la.. Hari tu yuran sekolah percuma RM3.5 juta. hehe..
Takpalah, kita ambillah RM625.00 setahun. Banyak tu. Kalah elaun Pak Menteri yang haram tak bayar minyak pun Semuanya ditanggung kerajaan - (terkecuali PM dan Menteri KPDNDHEP - depa memang tak claim dgn government, claim duit cukai rakyat ja!) Semuanya urusan rasmi. Tak apalah, Pak Menteri dan juak-kuaknya memang miskin, papa, fakir. Ini dinamakan SKN - Subsidi Khas ke Neraka!
Hendak diletakkan kepada subsidi makanan. Percayalah, peratusan kenaikan harga komoditi akibat kenaikan minyak ini, multipliernya jauh lebih tinggi dari peratusan peningkatan subsidi yang diwar warkan. Belum bicara lagi tentang indeks harga pengguna keseluruhan, unjuran pertumbuhan yang merudum, dan kadar inflasi yang mencanak-canak.
Cuba fikirkan, satu tangki kereta, 50 liter minyak. Dengan kenaikan ini, maka RM39.00 pertambahan, darab dengan 5 kali isi sebulan, = RM195.00 pertambahannya! Setahun RM2340.00 Kalaulah harga petrol tidak naik, rasanya, perbezaan harga beras dan beberapa keperluan lain tiap-tiap bulan, tak adalah sampai RM100 pun! Itu belum masuk kos balik kampung, bercuti bersama keluarga bagi mereka yang tak ada jet dan helikopter PERIBADI KERAJAAN!
Tetapi kali ini, bila petrol naik, nak dikata beras dan makanan, kos pengangkutan lain dll tidak naik, usahlah Bohongi Negara!. Ia akan tetap naik. Nak kawal? Pergi matilah dengan sistem kawalan di Malaysia. Bila ia berjaya? Yang paling berkesan dikawal sebenarnya adalah petrol. Kerana harganya memang selaras pada mesin pam dan tiada pengusaha yang berani ubahsuai! Harga barangan lain? Percayalah, ia tidak akan dapat dikawal. Nyahlah segala macam janji kerajaan!
Aku bukanlah orang orang cerdik. Dan bukan pun orang baik sangat sekalipun.Tapi, rasanya, jika inilah cara berfikir mereka, usah buang masa untuk demonstrasi. Iblis dan syaitan serta BN BN ini suka sangat bila kita demonstrasi, sebab mereka ada peluang untuk demonstrasikan kedayusan mereka dan kebapukkan mereka menggunakan FRU.
Apa kata kita pakat solat hajat, doa apa yang patut, dan buat secara bersepadu. Lafazkan bahawa setiap yang berlaku, jika ia adalah kezaliman pemerintah kepada kita, biarlah mereka dapat habuan lumayannya di akhirat kelak. Sudah puas disuruh insaf, Bodoh Nian gitu jugak!
Pada penyokong yang masih lagi menyokong pimpinan -pimpinan kurang sihat ini, apa kita bila bersua, kita lafazkan, Aúdzubillahi Mina as-Syaitani ar-Rajeem. Tiup pada pada batu, baling kat kepala! Takyahla demonstrasi! JANGAN CABAR POK LOH! POK LOH PANTANG DICABAR! DICABAI BOLEH!
Maafla ya, hikmah banyak peringkatnya! Ada lagi yang pantau blog ini? Hehe, takyah la hipokrit, tuan sendiri tak mampu nak bayar harga minyak dan kos lain yang bakal naik ni! Jangan tunjuk baik sangat! Cuma untuk makluman, saya ni, masuk bilik soal siasat pun pernah zaman muda dulu, berjam-jam, hanya kerana ideologi yang sedikit lain dengan angkatan munafik ini! Dan bila berada di sana, bila minta untuk solat pun kena tengking! So, dari situ kita tahu, golongan ini memanglah layak menyokong BN BN BN. Bakar dalam Neraka.. (haa.. dah tak semayang!) Hehe.. Jangan marree..
Salam Hormat Sekali Lagi
Wassalam
No comments:
Post a Comment