Dah 2 minggu tangan saya seperti diikat, tak mampu menaip walau sepatah untuk tatapan pengunjung. Kerja-kerja-kerja dan kerja yang membuatkan tekanan darah rendah kembali menghantui saya. Nasib baiklah suami saya mengisi kekosongan itu dengan tulisannya. Apa lagi, isu terhangat di Malaya lah...harga minyak. Bagi yang keliru, jangan lupa melihat nama penulis di bawah setiap tulisan...kerana tulisan Ummu Nufayl & Abu Nufayl banyak bezanya. ;) (bagi yang kenal, baca ayat pertama pun dah tau kan!)
Saya malas nak komen banyak.
Nak lontarkan apa yang bermain di fikiran saya saja.
Okay lah kalau nak naik sangat harga minyak.
Harga barang pun naik. Inflasi pun tinggi.
Apa kata naikkan gaji semua yang bekerja. Paling kurang, dalam nisbah yang sama dengan gaji vs RM 1.92/liter minyak. Naiklah nak naik jadi RM 3.30 atau RM4.00 (atau lebih tinggi? Ikut harga pasaran minyak? Apa guna ada kerajaan?).
Bank Negara kena buat sesuatu lah!
Kesannya, kejatuhan nilai mata wang RM akan jadi satu yang pasti. Harga barang mahal, gaji mahal...baru boleh survive. Tapi ekonomi? Tak merudum...menjunam la kot. hehe!
Itu pandangan cetek saya, yang malas nak gaduh-gaduh dengan isu ini...tapi terpaksa gaduh jugak memandangkan survival yang rendah di kalangan eksekutif muda akan menyekat peluang pertumbuhan ekonomi yang besar. Gitu yer? :)
~~~~
Saya selalunya tak suka fikir pasal wang. Wang buat saya pening kepala. Wang buat saya sesak nafas. Saya memang tak suka fikir pasal wang. Bagi saya RM10...jangan risau, saya boleh habiskannya. :) (hehe!)
Hanya ketika yang kritikal saya saya akan memerah otak untuk memikirkan tentang perancangan kewangan...contohnya, ketika kami dalam fasa membuat keputusan samada untuk membeli rumah baru atau tidak. Waktu itu, bersengkang mata pun saya sanggup untuk menyediakan pelan perancangan kewangan jangka-masa panjang untuk didebatkan dengan incik suami (macam kat kabinet tak? heh...kabinet FitrahZH! :) ).
Prinsip saya mudah, apabila dah establish satu plan untuk kewangan. Just follow! Kuncinya disiplin. Kalau dah kata nak menyimpan RM200...ikut saja. Kalau kata kita ada bajet untuk beli meja makan RM2000 - insyaĆllah saya boleh habiskan! eheheh...contoh saja ya, bukan betul pun! Kalau kata tak nak berhutang, jangan buat hutang atau berbelanja melebihi kemampuan. Kalau ada bajet RM100 untuk beli buku setiap bulan, bayarlah dengan kad kredit pun...asalkan setiap kali sebaik sahaja selepas berbelanja, kita boleh bayar semua hutang kad kredit itu dengan amaun penuh perbelanjaan (bukan bayaran minimum!!!).
Kalau dah target nak ada RM 200K untuk perbelanjaan pendidikan anak dan sudah kenalpasti tindakan yang perlu diambil. Jalankan plan anda dan lapangkan fikiran setelah menetapkan aim & target serta tempoh masanya.
Itulah saya.
Dalam banyak hal, saya simple. Tapi dalam lebih banyak hal, saya tak begitu simple. Seringkali merumitkan keadaan yang mudah. Atau kadangkala, memudahkan keadaan yang rumit. Bergantung situasi, dan peranan apa saya harus mainkan ketika itu.
Kesimpulannya, saya suka buat perancangan.
Dan saya bersyukur, kerana saya ada pasangan hidup yang gemar menjalankan monitoring dan review (one of critical part of financial planning). Jadi saya tak perlu sesak-sesakkan kepala, kerana saya ada dia. :)
No comments:
Post a Comment