Yang berminat, sila baca :
A. Air Susu Ibu vs Susu Botol (bahasa Indonesia)
B. ASI vs Susu Botol - KOMPASS vs (bahasa Indonesia)
Fakta Penting :
1. ANTIBODI dan MENGURANGI RISIKO ALERGI kepada bayi.
2. MENGURANGKAN RISIKO KANSER OVARI dan KANSER PAYUDARA kepada ibu.
3. KESELESAAN TIDUR
Ibu yang memberikan susu ibu lebih memberikan keselesaan semasa tidur kepada bayi berbanding ibu yang memberikan susu botol. Contoh keselesaan ; meletakkan kepala bayi di dada, kemudian "mengunci" si bayi dengan lutut yang diletakkan di bawah kaki bayi.
Ibu yang memberikan susu botol cenderung meletakkan diri sejajar dengan si bayi (kepala si ibu berada tepat satu level dengan kepala si bayi). Ibu juga sering mengambil posisi berbalik dan memunggungi si bayi.
4. KOMUNIKASI
Komunikasi anak & ibu yang lebih baik melalui belaian mesra ketika disusui.
5. MENGURANGKAN OBESITI di kalangan bayi
10-15% masalah obesiti bayi dikurangi.
4.5% kanak-kanak yang diberi susu botol akan mengalami obesiti ketika berumur 5-6 tahun.
2.8% kanak-kanak yang diberi susu ibu mengalami obesiti sekitar umur tersebut.
6. % dan Wanita yang Menyusui
69% wanita bersedia untuk menyusui bayi mereka.
21% wanita berhenti menyusui pada malam ke-4, 36% berhenti pada minggu ke-6.
67% wanita kulit putih bersedia menyusui bayi.
87% wanita Asia, 95% wanita kulit hitam bersedia menyusui bayi mereka.
7. SUSU IBU & SUSU FORMULA
Memberikan anak susu ibu dan susu formula perlu dilakukan secara berhati-hati. Air susu ibu dihasilkan berdasarkan keperluan bayi (dijadikan oleh Allah). Lebih baik memberikan air susu ibu hingga benar-benar stabil, supaya air susu ibu tidak terkesan dengan pemberian susu formula di antaranya. Masa terbaik (yang paling awal) untuk dicampurkan susu ialah minggu ke-5 atau minggu ke-6.
p/s: Semalam, Isnin 12 Februari 2007, Nuha dah nak minum susu supplement - Isomil Stage 1. Jadi, dalam umur Nuha 5 bulan 3 minggu, Nuha mula minum susu formula (supplement). Terpaksalah supplement di rumah pengasuh bila susu Ummi habis stok (semalam bekal 6 oz saja). Susu Ummi kurang skrg. Tiap-tiap hari Ummi masih bekalkan (Nuha is still most feeded with breastmilk). Semalam dpt 8 oz utk bekal Nuha hari ni..ok jugaklah.
Hari ni Alhamdulillah(!), pagi saja dah dpt 7 oz. Campur petang, dpt la macam dulu balik kot! Ameen! Harap-harap Ummi dapat tambah produksi lagi dgn konsistennya (dgn usaha Jantung Pisang...buat kerabu pun sodap!).
Errmmm...Nuha ni nampaknya suka mula banyak benda hari Isnin la.
Nuha kan lahir hari Isnin. Eh, ada kaitan ke?!
~~~
Ummu Nuha
No comments:
Post a Comment