Friday, March 19, 2004
Mujuk Diri!
Comelnya tengok gambar baby yang 'reti' memujuk sahabatnya tika saat sedih itu tiba.
Tapi aku...memujuk diri sendiri pun tak tahu!
Kenapa? Entah...
Bukan sedih...bukan berduka!
Tapi ada sesuatu dlm jiwa. Fikiranku yang sering menjadi mangsa.
Di saat begini, ceriaku berlanjutan. Celotehku berpanjangan. Sampai bila?
Sampai saatnya bila ceria itu sudah lelah dan celotehku pun tiba di garis akhir.
Aku pun menyendiri...tak perlu dipujuk-pujuk. Ku kanreda sendiri...
bersama tenang yang di'pinjam'kan olehNYA.
Kerana apa kita diuji sebegitu? Untuk menceritakan serba halusnya ciptaan DIA. Daripada sebesar-besar makhluk hingga sehalus-halus rasa.
Semoga aku tidak diganggu syaitan durjana.
"Na'uuzubillahi samii'iel 'aaliim minassyaitanirrajiim"
"Na'uuzubi 'izzatillahi wa qudratihi min syarrima ujidu wa uhaadzir!"
"Yang sepi, kuseru sering
Yang diam, kupanggil menyeri
Aku yang masih!
Belum menyerlah!"
HANY FF ~ 19032004 M ~ 27011425 H
Labels:
bisik rasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment