Tuesday, March 30, 2004

Bila Tercuit...

Hidup penuh rentetan cabaran.
Dalam tenang, kita diuji...andai benar tenang itu hakiki.
Dalam sunyi, kita bingit dipanah wahana dunia.
Bisu dalam jerih...bisakah langkah taqwa diatur?

Semalam, tersedar akan 'satu' perkara...
Bila diri di'cuit' dalam satu tempoh yg sama.
Pedih yang menikam adalah 'pedih' bila kita fikirkannya.
Namun, ia bisa menjadi yg 'manis', bila kita ubah persepsinya.
"Nyut-nyut di keduanya...sakit bagiku..."
Ya Tuhan...betapa ni'matnya tika KAU kurniakan kesihatan.
Kini, tika KAU 'cubit' sedikit pun...aku gelisah tak berpadanan.

Ujian! (Ujian kesakitan & cabaran kehidupan)
Tika KAU datang...
aku kini punya teman...
Untuk sering berhadapan...pasti.
Namun, kuatku bukan kerana teman.
Kuatku kerana redhaMU masih di samping kami.
Biar apa pun yang berlaku.
Insya'Allah...iimanku takkan berpaling.
Syukurku takkan berkongsi dengan kufur.
Terima kasih kerana
...sejuknya 'air' yg KAU curahkan...
membuat aku mengerti
betapa berharganya hidup ini!



Hany FF~9 Safar 1425 H~30 Mac 2004 M
"Aku kini mengerti...dia yg bernama pengorbanan"

No comments: