Sunday, April 04, 2010

Baca @ Mac 2010

Salam,

Tahun ini terasa mahu menyusun-atur semula diri. Banyak perkara perlu di'organize' semula dengan iltizam baru. Antaranya termasuk perkara ini...my all-time-hobby; reading. Sebelum ini, tak pernah saya rekodkan. Kali ini, biar saya mulakan, walaupun perlahan-lahan.

Januari-Februari 2010 :
Entah buku apa yang saya khatamkan. Waktu ini, saya sibuk memulihkan diri dengan bayi di sisi.
- Cinta di Rumah Hassan Al-Banna (motivasi rumahtangga)
- Saat Cinta Bertasbih - Tribute untuk Tuan Guru NAANM

Mac 2010 :
- Murabbi Cinta oleh Ust. Hasrizal Abd Jamil (motivasi rumahtangga).
- Jaja dan Din oleh Noor Suraya (novel yang dikhatam sementara menunggu Abu Nufayl di'scan', 'ultrasound', 'NSA', etc etc)


Nota kaki : err...Tok Mudin, pinjam tajuk ek! Bukan apa, menyahut seruan membaca. heh!

1 comment:

mudin001 said...

Uik.. nasib baik tajuk tak dikira gheta intelek. Kalau tak kena bayar royalti.

1. Buku kedua tu turut saya habiskan awal tahun ini.

2. Abu Nufayl kenapa?