Monday, March 16, 2009

Update tentang Tudung DIY

Ada orang tanya, lama tak cerita pasal tudung.
Bukan taknak cerita. Tapi betul-betul tak sempat.

Hujung minggu lepas saja saya berehat daripada jahit tudung - terlalu penat. (walaupun akhirnya semalam, saya menyiapkan juga 1 tudung mini untuk pakai ke pejabat hari ni).

Hujung minggu sebelumnya 7 helai tudung disiapkan di Perlis.
Minggu sebelumnya 5 helai tudung.
Yang sebelum-sebelumnya dah susah nak track down dah.
(ups...majoritinya bukan untuk saya, tapi untuk kawan-kawan yang order dengan saya).

:)

Hari Khamis lepas, sempat ke ZH setelah dapat sms mengatakan stok baru dah masuk. Cepat-cepat pergi dengan kawan yang sama-sama tengah semangat menjahit tudung. Beli kain untuk pelanggan, untuk diri sendiri...kira tumpang sekaki la. Siap jumpa tokey kain online, Yela kat sana. Semangat!

Oh, saya ada patern terbaru untuk tudung. Sekarang, untuk menjimatkan fulus dan mempelbagaikan awning etc, saya dah ada solusi baru.

Oleh sebab, body tudung saya memerlukan at least 1 meter untuk mendapatkan tudung yang besar/labuh, saya kini tak lagi jahitkan body kepada awning...sebaliknya saya buat body tudung saja (atau saya panggil, sarung tudung).

Untuk awning, saya cantumkannya kepada tudung mini dengan warna yang sesuai, tak semestinya sama kaler dengan awning/body tudung.

Jadi hasilnya, saya dapat berjimat. Saya hanya perlukan 1 meter daripada warna-warna kain jersey untuk body tudung. Oh, saya minat sangat dengan J1 - the best for me!

Dan, hari ini saya pakai sarung tudung hitam saya dengan mini tudung berawning kain kompeni yang oren bangat tu! Dah jadi awning dah kain open bersayap kompeni tu :D.

btw, saya dah beli J1 light orange untuk dijadikan body yang padan dengan awning oren.

Nantikan!

7 comments:

Anonymous said...

blh oder ka hany??
patut la bizii ja semenjak, 2 menjak ni noo.. he he he

catatan i am nieta said...

rajin nya..gambaqnya mana.. hany..kak nieta ada bg award best mum of the year kat hany..

ieka said...

aiks hany.. kata nak buatkan nanti.. dah boleh ke order ni? :P
patutlah semlm tgk awning tu mcm familiar dgn tudung yg dipakai aje.. tapi tak pakai spek kan, so tak clear sgt la. heheh bijak bijak..

Hany FF said...

huhu...adeh memang bizi. campur dgn asyik outstation last 2 weeks (minggu maulidurrasul) & this weekend...lagi penat.

anisz & ika, sapa nak order buleh. tapi hany ni masih dalam proses menyempurnakan skill. kadang2 elok jadinya, tiba2 ada problem pulak. gitula. sedaya upaya, nak perfect jugak kita pun. masih develop skill :).

sapa nak order, personally contact hany la ek. tak bukak utk umum. faktor keterbatasan masa la buat masa ni. ;) so, kawan2 sila2lah. hany tulun apa yg bleh tulun ;)

kak nita, baru baca pasal award tu, thanks! nanti hany buat eh!

Zuraimah Ismail said...

waaaa bestnye..kak ct pun baru plan nak jadikan tudung tu as awning..eheheheheh

agree with neita, mana gambarnye hany?

Hany FF said...

gambar tudung kompeni tu ek. lupa amik...nanti senin depan la hany ambik k. :P

Anonymous said...

Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!