Monday, March 23, 2009

Mum of the year award from Puteri Kiut

Thanks Kak Nita . Susah-susah saja bagi award ni :)
It seems that the award comes with a set of rules which are:

1. Admit one thing you feel awful about (involving being a mom). Once you have written it down, you are no longer allowed to feel bad. Remember you are a good mom!

- Paling terasa bersalah, kalau 'terrrrr'marah anak-anak ketika mereka terrrrbuat salah/silap ketika niat mereka ingin menolong Ummi/Abah. Contohnya, mereka nak tolong Ummi ambikkan aiskrim dalam peti ais tapi caranya salah menyebabkan habis barang atas rak dalam peti ais tumpah + raknya patah. Waktu mula2 nampak tu, menjerit la jugak sebelum Ummi boleh cool down. ;) (err..cerita sebenar ke? :P)

2. List 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or that your kids love about you.

- Nufayl kadang2 sangat berhikmah dalam tuturkatanya. Baru-baru ini, dia ingin mengajak kami menonton Teater Sirah Junjungan sekali lagi (minggu lepas, kami ke IB - 11/3). Dengan berlapik dia bertanya, tempat teater Nabi Muhammad bukak bila. Apabila Ummi jawab, dia tengah dibuka sekarang, Nufayl kata, "Takdelah, Nufayl dengar hari tu dia kata nanti datang lagi." So sweet kan!

- Nuha penuh ekspressi. Sekarang suka sangat menyanyi-nyanyi. Kalau bercerita, mulut, mata-kening, hidung...penuh mimik muka. Jenuh Ummi dan Abah nak faham ceritanya, yang baru pandai berkata-kata...penuh pelat. Belum pandai menyebut perkataan dengan jelas, tapi berminat bercakap. ;) Mujur ada Nufayl yang selalu berperanan sebagai tukang translate. ;)

- Nufayl suka sangat minta Ummi kisahkan cerita Nabi Muhammad. Selalunya, dalam kereta...jenuhla Ummi recall sirah, bercerita dalam bentuk yang kanak-kanak sukai. Selalunya, petang dari opis ke rumah juga dalam perjalanan jauh, contohnya baru-baru ini dari Perlis ke KL (adeh! Semoga anak-anakku mencintai kekasihNYA). Abu Nufayl tak kena sebab dia drive. Tapi last week, Ummi yang drive dr ofis ke rumah...menyaksikan Abu Nufayl pula memainkan peranan sebagai tukang cerita. Gelak ajer Ummi sebab lepas habis satu cerita, Nufayl dan Nuha asyik minta lagi. ;)

- Sekarang, dengan hobi baru menjahit (especially tudung), anak-anak pun join Ummi beraktiviti. Ummi selalunya buat kerja dalam bilik sebelah ruang menonton di atas. Mereka samada ambil buku dan ajak Ummi baca dalam bilik kerja Ummi, atau ajak Ummi bersembang sambil Ummi menjahit. Seronok juga melayan depa yang sentiasa mahukan perhatian tapi quite sporting ;). Tapi Nuhalah yang paling comel, kalau nak tidur pun...dia akan ambil bantal dan ketika sedang sembang, dia diam saja...baru Ummi perasan dia dah tertidur. So sweet!

- Nuha sekarang, mentang-mentang dah dapat mulut. Makin petah dengan pelatnya tu. Abang Nufayl pun selalu 'terkena' dengan dia. Kadang-kadang dia usik "ada hantu" dan Abangnya ketakutan. Semalam di Dungun (kami otw T'ganu-KL), ketika kami di kedai servis aircond..Ummi ke kedai sebelah, belek-belek majalah. Nufayl panik & tanya, "Mana Ummi?". Nuha dengan serba tahunya berkata, "Ummi akde, aik bashh (Ummi takde, dah naik bas)." Kalut Nufayl. Bila Ummi kembali ke kedai servis aircond tu, Abu Nufayl cerita. Nuha senyum-senyum nakal sahaja.

Ummi perhatikan, mulutnya cepat saja dengan jawapan. Bila abang yang suka bertanya, "Ummi, dalam air ada apa?". Laju Nuha jawab "Itan!" (Ikan!)
Oh ya! Dia juga selalu mengambil t'jawab bila Ummi marahkan mereka berdua. "Siapa buat camni bla bla bla?" Nuha laju je jawab, "Adik!". Si Abang masih terkebil-kebil (takut kena marah).

- Of course, hati Ummi dan Abah paling bahagia apabila melihatkan kemesraan dan harmoni hubungan abang dan adik. Nuha suap Nufayl, Nufayl suap Nuha. Nufayl ajarkan adik mewarna (padahal dia pun bukanlah pandai sangat kan, kalo tak dah dapat no.1 masa pertandingan ari tu :P). Nuha yang mengambil hati dengan kiss Nufayl kat pipi kalau nak mintak tolong. Dan juga, waktu mereka bergelak ketawa seolah lucu tak terkata dan kita tidak faham bahasa mereka pun, tumpang ketawa! ;)

- Yang ni Ummi paling suka tentang Nufayl sejak dia kecil. Kalau nak tidur, mesti nak peluk sambil sembang pelan-pelan atas katil. Bisikkan nasihat-nasihat dan dia selalunya berkongsi cita yang sama. Oh, he makes me feel sooooooooooo special!
*p/s: tengok gaya tidur pun sepesen budak berdua ni...ish ish! ;)

3. Send this to 5 other moms of the year that deserve a reminder that they too are the best moms that they can be. Remember to send them a note letting them know you have selected them, and also add a link to your post that directs people back to the person who nominated you.

- Kak Zaza

-Nida Cord
-UmmuAdam

yg lain...rasa cam dah ditag ;)

Tuesday, March 17, 2009

Kalimah Allah Milik Siapa?

Salam

Isu ini isu kontroversi. Saya tidak ingin berkontroversi. Hanya ingin mendalami setiap inci peristiwa bagi menambah ilmu di dada dan pengalaman di jiwa.

Kiamat semakin hampir. Walaupun jauh, tetapi dekat di hati. Itulah Allah Yang Maha Esa. Bukan hanya orang Islam, orang bukan Islam sudah 'berebutkan' Tuhan Maha Pencipta ini. Walaupun hanya pada kalimah.

Bukankah ini membawa kepada penafsiran yang membahagiakan para mukmin. Allah semakin lama semakin mendekat di hati para kuffar dan musyrik ini. Tetapi mereka tidak menyedarinya. Mereka hanya melihat pada aspek konsep dan hak, mereka lupa, fitrah azali penciptaan manusia sudahpun dihampiri oleh mereka sendiri. Subhanallah. Maha Pencipta. Maha Bijaksana. Maha Pengatur Hati Manusia

Perebutan ini tidak boleh dilihat pada perspektif kita yang ingin melihat. Tetapi mesti dilihat pada perspektif kekuasaan dan aturan Allah yang Maha Agung, yang mana kita sendiri tidak mampu mengetahuinya. Cuma dapat kita kecap sedikit sebanyak sahaja bahang dan nyamannya perebutan ini ; melalui akal kita yang terbatas ini.

Melihat kalimah Allah, kalimah Tauhid beserta segala zat dan kebesarannyya ; kita berhak katakan bahawa hak menikmati dan melaksanakannya, memang mutlak milik orang mu'min.


Oleh itu, membataskan kuffar dan musyrik dari mencelanya, mahupun mencampur adukkannya dengan ajaran sesat, dan ajaran benar yang disesatkan musyrik dan kuffar ini juga menjadi tanggungjawab mutlak kita.

Tiada pilihan. 2 tolak 1 jawapannya kosong. Jadi, tersimpullah bahawa Allah milik kita orang mu'min. Dan mempertahankan kesucianNya dan kesucian AgamaNya (Islam) juga milik kita (baca - kewajipan). Memiliki & mempertahankannya.

Walaupun begitu, ramai antara kita, bising untuk 'memilikinya'. mempertahankannya jauh sekali. Solat pun tidak dijaga, aurat tidak bertutup. Lelaki perempuan bersalam-salaman. rasuah.

Tetapi bising dengan hasrat 'memiliki' Allah. Shameful...

Balik kepada tajuk ;

Dalam aqidah, saya pernah nyatakan, hanya ada kalimah ya dan tidak. Jadi dalam hal ini?

Perspektif Manusia;

1. Kalimah Allah milik siapa ? Jawabnya, milik orang Islam. Dan kita berkewajipan menjaga dan mempertahankannya

2. Ajaran Allah milik siapa? Jawabnya, milik orang Islam. Dan kita berkewajipan menjaga dan mempertahankannya

3. Dikatakan ajaran kalimah dan ajaran Allah milik kuffar & musyrik? Tidak!! Mereka hanya menjahanamkan ajaran suci ini.

4. Oleh itu, bolehkan kalimah Allah digunakan musyrik dan kuffar? Jawabnya, sejak bila mereka gunakan kalimah Allah? Cuba kaji bahasa asal Taurat, bahasa asal Injil, bahasa asal Zabur. Sebutan Allah tiada dalam bahasa ini. Tetapi maksudnya menjurus kepada itu. Cuma pemahamannya diselewengkan hingga sekarang yang tinggal hanya nama kitab itu sahaja.

Jadi mereka tidak layak menggunakan kalimah Allah pada mana-mana aspek kehidupan mereka kerana faktor hujah ke-3 tadi.
Tetapi tuan puan harus ingat, perspektif seterusnya, yang kita selalu tertinggal,

Perspektif Allah?

Seperti yang saya nyatakan di awal tadi, perspektif Allah Maha Misteri untuk kita rungkaikan. Itulah sebabnya, di dalam al-Quran milik umat Islam (bukan kitab lain), kalimah Allah digunakan untuk merujuk kepada Allah yang Maha Esa, dan tergunapakai untuk semua umat, bangsa, agama, keturunan, negara dan apa sahaja.

Jadi, pada tahun-tahun kebelakangan ini, dicampakkan kepada hati musyrik dan kuffar ini untuk merebut kalimah ini, walaupun mereka tidak layak sebesar hama pun memilikinya. Kerana apa? Siapa kita yang lebih bijak dari Allah yang Maha Bijaksana, mengatur strategi mencampakkan 'rasa' ini dalam hati mereka.


Percayalah, kelak peristiwa ini akan memperlihatkan kebodohan dan kebebalan mereka sendiri. Mahu guna kalimah, tetapi tidak mahu ikut ajarannya dan mahu tafsirkan ikut agama sendiri. Malah, sudah terdedah pun 'hidden agenda' mereka untuk cuba mengindoktrinasikan minda mu'min dengan berlakunya perebutan ini. Inilah perancangan Allah yang Maha Kuasa.

Mengimbangi Perselisihan Bagi Isu Ini, perlu dilihat pada ;
Perspektif Zaman

Zaman ini adalah zaman yang kita perlu berhati-hati terhadap cubaan haiwan-haiwan kuffar dan musyrik ini mengindoktrinasi minda muda mu'min dengan selitan jarum halus ini.

Tetapi pada masa yang sama kita tidak boleh sama sekali menafikan kedua-dua perspektif awal, yang telah dibahaskan tadi. Di sinilah sebenarnya muncul khilaf di kalangan ulama' dan umara' kita sehari dua ini. Yang kemudiannya diapi-apikan oleh bangsat yang terdiri dari umat Islam itu sendiri. Sedangkan hujahnya jelas, mengikut perspektif yang amat terang dan jelas. Cuma zamannya sahaja yang menyebabkan kita perlu membuat keputusan tertentu bagi mengelakkan ia menjadi lebih buruk.

Saya percaya tuan puan akan lebih arif memahami isu ini dengan perspektif yang lebih jelas!
Maha Suci Allah, yang Maha Mengatur segala sesuatu. Allahu Akbar!

Wallahua'lam.

Abu Nufayl

Monday, March 16, 2009

Update tentang Tudung DIY

Ada orang tanya, lama tak cerita pasal tudung.
Bukan taknak cerita. Tapi betul-betul tak sempat.

Hujung minggu lepas saja saya berehat daripada jahit tudung - terlalu penat. (walaupun akhirnya semalam, saya menyiapkan juga 1 tudung mini untuk pakai ke pejabat hari ni).

Hujung minggu sebelumnya 7 helai tudung disiapkan di Perlis.
Minggu sebelumnya 5 helai tudung.
Yang sebelum-sebelumnya dah susah nak track down dah.
(ups...majoritinya bukan untuk saya, tapi untuk kawan-kawan yang order dengan saya).

:)

Hari Khamis lepas, sempat ke ZH setelah dapat sms mengatakan stok baru dah masuk. Cepat-cepat pergi dengan kawan yang sama-sama tengah semangat menjahit tudung. Beli kain untuk pelanggan, untuk diri sendiri...kira tumpang sekaki la. Siap jumpa tokey kain online, Yela kat sana. Semangat!

Oh, saya ada patern terbaru untuk tudung. Sekarang, untuk menjimatkan fulus dan mempelbagaikan awning etc, saya dah ada solusi baru.

Oleh sebab, body tudung saya memerlukan at least 1 meter untuk mendapatkan tudung yang besar/labuh, saya kini tak lagi jahitkan body kepada awning...sebaliknya saya buat body tudung saja (atau saya panggil, sarung tudung).

Untuk awning, saya cantumkannya kepada tudung mini dengan warna yang sesuai, tak semestinya sama kaler dengan awning/body tudung.

Jadi hasilnya, saya dapat berjimat. Saya hanya perlukan 1 meter daripada warna-warna kain jersey untuk body tudung. Oh, saya minat sangat dengan J1 - the best for me!

Dan, hari ini saya pakai sarung tudung hitam saya dengan mini tudung berawning kain kompeni yang oren bangat tu! Dah jadi awning dah kain open bersayap kompeni tu :D.

btw, saya dah beli J1 light orange untuk dijadikan body yang padan dengan awning oren.

Nantikan!

Tuesday, March 03, 2009

Membina Syurga dalam Rumahtangga? (Bahagian I)

Amat jarang sekali saya berkongsi inspirasi dalam wadah ini, kini.
Dulu ya, sering. Kini? Inspirasi saya terbiar kering tanpa sempat saya kongsi dengan sesiapa.
Kalau ada, mungkin dengan Abu Nufayl saja. Mujurlah dia yang banyak meniupkan semangat ketika saya berkongsi cita dengannya.

Benarkah sukar membina syurga dalam rumahtangga?


Ini bukan tentang Syurga Allah yang dijanjikanNYA di akhirat sana. Namun, pengertian syurga sedikit sebanyak didorong oleh kewujudannya. Syurga bagi saya, satu tempat yang damai, bersih, harum, menyenangkan, meginspirasikan, tenang. Itu pengertian saya tentang syurga. Mewujudkan syurga di rumah, memang satu cabaran yang amat sukar buat saya. Sukar, maknawiahnya bukan saja sukar fizikal, malah sukar dalam membentuk rohani & emosi, menyemai jiwa, membangun cita dan memupuk roh yang cintakanNYA.

Setiap tunggak keluarga (baca : ayah & ibu) masing-masing punya peranan yang besar di sini. Saya tidak bercadang membahaskan tentang peranan orang yang lebih tua, contohnya nenek atau datuk yang tinggal sekali dalam keluarga induk, kerana itu sudah diertikan sebagai keluarga besar (extended family).

Biarpun saya contohnya, tidak membesar dalam keluarga induk, malah membina jiwa dalam keluarga besar bersama nenek, sepupu dan bapa saudara...saya malah amat menghargai pengalaman ketika itu, dan kini, bersama keluarga sendiri; suami dan anak-anak, menyemai cintaNYA dalam setiap hati anggota keluarga. Pengalaman kini sangat mengujakan saya, yang seolah baru merasakan lengkapnya sebuah keluarga dengan adanya anggota yang dikatakan tunggak keluarga dan juga anak-anak sebagai pelengkapnya.

Biarlah saja topik kecil ini membawakan perspektif keluarga induk - ayah, ibu dan anak-anak, untuk lebih mudah dihadami dan dihayati. Tulisan ini adalah sedikit persepsi daripada saya, tentang membina syurga daripada perspektif keluarga induk yang sedang membesar dan membina jiwa.

Sekadar lontaran persoalan :

Kenapa ya, seorang ibu berpayah lelah mengemas rumah juga menghidang juadah, selepas pulang daripada bekerja di luar?

Kenapa agaknya, seorang bapa sanggup tidak melelapkan mata, atau mengorbankan siri tivinya untuk membaca sehelai dua buku, menyahut seruan Iqra' dariNYA?

Kenapa juga ya, si ibu dan bapa tadi kadang-kadang merasa stress (tekanan) jika keadaan di rumah tidak seperti yang diimpikannya? Contohnya, keadaan fizikal rumah yang tahap kekemasannya di bawah standard yang ditetapkan keluarga? Atau, karenah anak-anak yang makin menjadi-jadi walau perhatian & kasih-sayang telah diberi?

...

(bersambung)