Sunday, December 28, 2008

Tema 1430 Hijrah?

Tiba-tiba jam 6.30 petang tadi aku terasa hiba. Entah kenapa hati terasa sayu. Aroma padang pasir yang kami nikmati tepat setahun yang lalu - kalendar hijrah - menerjah ke hidung. Pada hari yang sama, 1428H, kami berangkat dengan hati yang berat meninggalkan Tanah Suci Makkah al-Mukarramah. Menuju ke Madinah al-Munawwarah. Namun ada rasa girang terselit di dalam hati kerana akan menjejakkan kaki ke bumi yang mengandungkan jasad Rasulullah SAW. Kisah lanjutnya tentang ini akan direkodkan pada edisi lain, insyaAllah.

Apa yang lebih menghunjam otak dan fikirku kali ini adalah 'tema' sambutan tahun baru hijrah kali ini. Jauh di sudut aqal cuba menafsirkan rahsia di sebalik rahsia akan tema yang Allah swt gariskan menjelang 1 Muharram 1430H kali ini.

1. Kedahsyatan dan kelaknatan Yahudi terpapar jelas melangkaui mana-mana rekod sejarah ketamadunan. Fe'il Yahudi yang berlebihan ini Allah perlihatkan untuk apa? Dan kita di sini masih mewarisi dan mengagungkan hasil mahsul strategi Yahudi untuk apa? Masih bergayut berpengecutan dengan konco-konco syaitan ini untuk apa? Dan masih mengeluarkan kenyataan 'perdamaian' untuk apa? Meredhaikah? Atau dayuskah pemegang-pemegang amanah ini. Malah lebih hina mewarisi modus operandi Yahudi ini dalam berniaga & berpolitik.

2. Munculnya hasil nukilan musyrik yang menghina Allah dan Rasulnya di bumi negara Islam ini sendiri. Tidak kiralah muslim murtad, mahupun kuffar la'natullah yang mencoretkannya, mentadbir kita kepada satu suasana yang menunjukkan tipisnya rasa takut mahupun hormat 'rakyat' negara ini terhadap 'kekuasaan' pemerintah di bumi 'aman damai' ini. Satu kecelakaanlah buat pimpinan jika thiqah rakyat tidak lagi wujud terhadap kuasa umara' ini. Jauh sekali menghormati hikmah bicara ulama. Siapakah yang mengepalai semua ini. Yang menjadi teladan kebebalan ini jika bukan manusia Islam yang saling bercakaran di khalayak. Dan kini ia sedikit demi sedikit memamah keseimbangan sunnatullah, dan bakal membawa kegawatan ke seluruh ummah tidak kira bangsa dan agama. Wal'iyazubillah.



3. Sorotan 2008 yang ditonton sebentar tadi di TV3 yang tidak kurang hebatnya dalam persaingan menjulang anugerah munafiq terulung dengan rakan RTMnya. Memaparkan segala keaiban negeri diperintah PR!. Semenjak dahulu dan beberapa hari ini memang itulah modus operandinya. Namun persoalannya, apakah keuntungannya pada hari akhirat? Menyemai rasa benci rakyat pada pentadbir yang dipilih secara adil? Melahirkan golongan bughah? Menyemai rasa benci terhadap imej Islami dan pakatan majmu'? Memecahbelahkan keharmonian yang sedang disemai dengan berpeluh jerih dengan tidak sampai setahun memerintah tanpa dokongan pelbagai jentera tunggangan?. Israelkah ini? Yahudikah ini?


Modus operandinya sama. Berlebih-lebihan dalam bertindakbalas. Pilihlah, Munafiq, atau Yahudi. Saya tidak peduli dengan apa yang Barisan Nasional dapat. Bayarlah harganya di akhirat kelak. Namun, simpati masih mendalam terhadap manusia Islam, pengamal media mahupun penontonnya yang menerajui , menggerakkannya, menyebarkannya, mempercayainya dan mendokongnya. Ingatlah,bukan hanya arak dan babi yang haram dalam Islam. Amal sebegini juga haram, berdosa, dan al-fasiquun ini harus cepat memilih persimpangan sebenar mereka kini. Dunia tidak lagi tertanggung kedajalan yang makin meluas.

4. Polemik hudud. Dengan 'kegawatan' suasana hari ini, ketentuan Allah menjadi subjek perdebatan. Saya sendiri belajar tentang pendetailan syari'ah ini, baik hudud, qisas, ta'zir. Cuma yang saya tidak diajar; memperdebatkannya, mempertaruhkannya, dan memanipulasinya untuk apa-apa tujuan sekalipun. Kaedahnya jelas, HANYA LAKSANAKANNYA. Bincang pada pendekatan. Pujuk pada hikmahnya. Bukan menjadi pak nujum meramalkan kesannya pada manusia & tumbuhan. Atau meletakkanya pada bahu Islam yang lain. Apakah kita ini bukan Islam? Sehingga perlu orang lain yang lebih Islam (?) untuk melaksanakannya? Yakinlah, bahawa hukum Allah tidak memerlukan kompromi dan angguk sesumpah golongan kuffar, mahupun munafiq. Samalah statusnya Yahudi, dan Nasara yang sekali-kali tidak akan redha pada kita, melainkah kita mengikut jejak langkah mereka! Dan adakah itu yang sedang kita tunjangi?. Sudahlah, cukuplah gula dan manisannya. Tumpukanlah pada juadah utama. Jika tak mampu menyuap dan mengunyah, usahlah salahkan resipi, terima sahajalah diri sudah tidak mampu dan tidak layak!

Sahabat sekalian, tak mahu terlajak panjang, tetapi bila Allah sudah 'ke hadapankan' kepada kita TEMA TAHUN 1430H ini, sewajarnya bukan harta dan pangkat yang membuai kita, tetapi amal tajdid yang mampu mengubah NASIB 'KAUM' ini.

Apa yang pasti,aku rindukan 'kekalutan' dan kehangatan Tanah Suci Makkah. Namun di sebalik semua itu terkandung kedamaian haqiqi penghambaan terhadap Allah swt. Berbanding 'keamanan kosmetik' berteras sempadan geografi yang terlalu banyak menagih titisan keringat dan darah hamba-hamba Allah, tanpa sedar..

Wallahua'lam.

Monday, December 22, 2008

MACAM-MACAM CERITA

Yes, I don't feel like blogging nowadays. Kalau tak kerana Ronie & Anis yang rindukan Nuha (uhuk anak daraku tu ada yang rindu ya!)...saya mungkin tak ada rasa untuk kemaskini blog ini.

Hanyut dalam kehidupan harian?

Mungkin!
Catatan Eidul Adha belum pun saya lunasi. Target selepas ini, saya akan update cerita Eidul Adha sebagai rekod dan koleksi FZH.


#TUDUNG DIY

Kalau bulan Ramadhan hari tu, dengan kegilaan jahit baju kurung untuk Nuha. Kali ini, teruja menjahit tudung berawning sendiri pulak. Tudung DIY ni, tok gurunya Mektwain, dan minatnya dikongsi bersama Aini & Farrah. Tudungnya dah siap - gambar di sebelah. Semalam saya lunasi target untuk buat tudung DIY tu. Dah lebih sebulan saya tangguh kerana faktor kesihatan. :) Awningnya ikut Step By Step yang ditunjukkan oleh Mektwain. Tapi untuk badan tudungnya, saya ikut tudung yang saya rasa selesa daripada segi keluasan dan kelabuhannya.

Ada sedikit perubahan yang mungkin saya akan buat...template awning tu besar untuk saya. Kena kecilkan sikit. Kemudian, saya tersilap guna kertas kolar bergam yang lembut. Sepatutnya guna yang keras sikit kan? Dua-dua pun saya beli...so tak de masalah nak buat pembetulan. Lagipun, yang pertama ni kain murah je (kain Jersey drp Kamdar Klang, RM18.90 per mtr). Kain awning pula saya guna lebihan kain baju raya Nuha. Ini hasilnya tudung yang saya buat semalam.

InsyaÁllah...dah rasa confident sket untuk beli kain mahal untuk buat tudung nih. Tapi jarang pegi la Petaling St tu. Aida, leh kirim tak? :D


#NUFAYL & NUHA


Nuha dah besar, tengoklah gambar-gambar ini. Dah pandai bergaya untuk kamera. Senyumnya sampai terpejam mata! Kalau dengan abangnya, dia tak kisah apa pun. Selalu jugak kena gusti dengan Nufayl...dia tak menangis. Kalau dibuat sampai jatuh, dia cuma bangun dan sambung main dengan si abang. Yang Ummi geram sikit sekarang ni, dia tak lut dengan marah. Masa dalam perjalanan ke Taiping minggu lepas...Ummi bagi amaran kat dia...tapi dia makin sengih dan jeling-jeling manja. Adeh budak ni! Galok! Sabar saja lah.
p.s: Kebetulan banyak pulak gambar Nuha berbaju kurung. Semuanya hasil tangan Umminya - untuk Raya Ummi buat 3 pasang (kurung - cotton bunga biru, kurung Pahang - bunga merah & kurung - Thai cotton purple). Puas hati sebab dia pun suka pakai baju kurung. ;)

Nufayl pula makin matang. Suka dengan gelagat dia layan Nuha. Macam-macam ajaran. Apa pun dia masih Abang yang penyayang kepada adiknya. Tahu Nuha suka makan, selalunya disuapnya makan. Nufayl mudah betul dibentuk. Memang ada jugak part degil tu...tapi masih boleh dibentuk jika kena caranya.

Kata Nufayl, "Nufayl penyabar, Nuha penyayang. Nufayl baik budi, Nuha baik hati."
Itu Ummi yang ajar. Supaya Nufayl jadi insan yang tinggi budi bahasa dan berakhlaq mulia. Reverse psycho kat dia supaya kurangkan marah-marah. ;)
gambar juga ada diupload di : Fotopages Intel97

#MY NEW NIECE

Bagi kawan-kawan Intel yang mengenali Dik Mimi (sepupu Hany), dia selamat melahirkan anak sulungnya, seorang Puteri pada 16 Disember 2008 di Damansara Damai Specialist Centre. Kecil sangat bayinya 2.25 kg. Kandungan ketika lahir, lebih daripada 36 minggu, tapi belum cukup 40 minggu. Dia kena induced sebab air ketuban kurang (hampir kering katanya?) dan ada show - blood. Tapi dioperasi kerana mamanya tak rasa sakit - tiada kontraksi.


Ini gambar pertama si kecil yang ketika Mak Longnya melawat pada 18 Disember hari tu, belum ada namanya lagi.



Sunday, December 14, 2008

Ceritera Eidul Adha 1429h FZH

Salam Eidul Adha!

Raya kami di Perlis Darul Sunnah kali ini! Ummi, Nuha & Nufayl pulang ke 'kayangan' awal sehari daripada Abu Nufayl. Petang Khamis, 4 Disember kami pulang bersama Nanny. Abu Nufayl pula pulang esoknya dengan Pak Ngah Farid & Mak Ngah Suzy. :)

Di kampung, aktiviti biasa...kami bergotong-royong menganyam ketupat daun ibus, masak rendang ayam pedas, nasi impit, kuah kacang. Tok yang dah hampir 80 tahun tu pun masih memainkan peranannya! :)

Usai Solat Sunat Hari Raya Eidul Adha, kami makan jamaíe. Kemudian, ada sesi gambar-gambar dengan Jurugambar keluarga (amatur lagi katanya), Abang Fendi sepupuku yang baru berjinak-jinak as Photographer di Perlis. Tapi sayang, tak sempat nak ambil gambar berempat sekeluarga...Abu Nufayl dah kalut tukar baju sebab penyembelih korban dah sampai.

Kita tengok gambar-gambar ni...biarkan gambar berbicara.

Seterusnya, biarkan gambar berbicara :
(i) penyembelihan
(ii) pelapahan
(iii) penyiangan, penimbangan dan pengasingan
Kemudian, ada dua tugas utama...
1. Aktiviti masak-memasak...kenduri untuk jiran-tetangga dan saudara-mara.
2. Aktiviti menghantar daging korban yang telah dibungkus kepada yang berhak.

Seterusnya, mestilah aktiviti makan :)

Malam, pun masih belum selesai berjamu-jamuan kepada tetamu yang datang.

Esoknya, pagi : kami ke kenduri di rumah Cik Nah (jiran depan saja).
Tengahhari, kami ke rumah Tok Minah (mak arwah abah), Tok Wan Leh (ayah arwah abah) dan Tok Su (adik Tok). Juga rumah Mak Cik Not (adik arwah abah). Semuanya di Kodiang. Tak larat dijamu daging korban...di rumah Makcik Not...sempat juga cicah jambu air dengan garam belacan. Rasanya garam belacan lagi dapat sambutan daripada bihun sup Mak Cik Not yang sedap sangat tu.

Hari raya ke tiga...hari kepulangan ke KL dah. Kami bertolak tengahari...selepas makan tengah hari di rumah. Alhamdulillah! Selesailah beraya di kampung halaman.

Perjalanan pulang ke KL dihiasi dengan acara singgah di Pulau Pinang - masuk P.P lalu Jambatan Pulau Pinang(6.30pm) dan keluar - naik feri (11.30pm). Nufayl dan Nuha punyalah teruja. Dalam perjalanan, singgah lagi di MMC Taiping, Abu Nufayl ada tugasan. Hampir jam 3.00am baru teruskan perjalanan ke KL.

Esoknya, cuti Keputeraan Sultan Selangor. Ummu Nufayl rehat-serehatnya sebelum memulakan tugas semula pada 12 Disember 2008, setelah bercuti hampir 3 minggu. :)