Monday, June 11, 2007
Selamat Bertunang-tunangan
Lagaknya terkejut sesetengah mereka yang membaca tajuk posting ini. Usah bimbang, usah perasan... nama kalian tak akan disebut. Kalau mahu rasa glamour kerana bertunang, postkan sahaja ke akhbar. Kemudian bila putus, muka berubah warna. Nasihat Allah dan Rasul tidak mau diikut! ..
"Isytiharkanlah pernikahan dan sembunyikanlah pertunangan".
Namun, percayalah post ini ditujukan dengan bersebab dan ada penerimanya. :) .. dan ini bukan artikel fiqh.. :) ..
PART ONE
Bertunang. Indahnya bahasa. Baik secara tasrih mahupun ta'rid, ia akan menjadi ;
1. 'penanda No Entry' untuk orang lain mengacau hubungan kalian. Kalau dipinang juga tunangan kita bagaimana? Haram hukumnya. hurm.. selamatlah sedikit.. Kalau dipinang dan dikahwini juga tunangan kita? sahkah perkahwinan itu? :) .. masih lagi sah.. cuma peminang kedua berdosa atas pelanggaran pinangan peminang pertama. Kalau tak mau terjebak dengan masalah ini, kahwin ajalah lepas bertunang. jangan tunggu lama-lama.. nanti diambil orang! .... Pilihlah pasangan betul-betul pada peringkat awalnya.
2. Batu loncatan untuk sahabat, adik kakak sekalian bagi memulakan perancangan seterusnya untuk berkahwin. Sekurang-kurangnya ia menunjukkan keseriusan dalam perhubungan. Bukan lagi main-main. Tanda komitmen sudah ter'cop' di dahi.
3. Pintu perkenalan. Berlandaskan syara'. Keluarga masing-masing boleh mula berkunjung-kunjung ke rumah tunang. Boleh bermesra dan mengkaji dengan lebih mendalam status masing-masing (bukan harta semata-mata ya!).. agar sebaik sahaja kahwin, sudah kenal dan erat antara dua keluarga. Antara yang bertunang juga, bolehlah lebih mengkaji. Tidak akan dikatakan gatal kali ini, kerana memang itu tunang kalian!.. Cuma.. cuma.. ingat,
KESAN PERTUNANGAN TERHADAP HUKUM ialah semata-mata suatu perjanjian untuk berkahwin. Ia bukanlah ikatan perkahwinan. Sesungguhnya perkahwinan tidak akan sempurna kecuali dengan akad yang telah diketahui umum. Dr Wahbah al-Zuhaili.
Jadi, tunang, adalah tunang. Bukan Isteri! Bukan Isteri! Hukum yang dihalalkan selepas beristeri belum lagi boleh diaplikasikan ya abang, adik dan sahabat semua..
4. Cabaran yang dicari. Ini yang menarik. Bertunang. Rasa lega. Apa yang lega? belum berkahwin, jangan lekas rileks. Mahu isteri/suami selagak bohsia/bohjan? tak perlu susah.. ambil sahaja yang ditepi jalan... Mahu isteri/suami soleh? Diri sendiri bagaimana?
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik....." - (baca hingga ke akhir ayat) - an-Nur 26..
Walaupun ayat ini diturunkan bersempena dengan peristiwa "al-ifki", iaitu ketika Sayyidatina 'Aisyah r.a. difitnah oleh puak-puak munafiq di Madinah telah melakukan perbuatan curang dengan seorang sahabat yang baik bernama Sofwan bin Mu'attol, namun pembahasannya amat luas. Antaranya :
a. Adakah anda mahu yang baik?
b. Adakah anda baik secukupnya untuk itu?
c. Dan anda cukup baik untuk mendapat 'kurniaan Allah' yang baik itu?
d. Cukupkah anda berusaha?
e. Adakah itu harapan atau angan-angan? muhasabahlah!
PART TWO
Adik kakak, sahabat sekalian, lagikan perkahwinan ada perceraiannya. Apatah lagi pertunangan. Tiada hukum jelas yang melarang putusnya pertunangan. Cuma nasihat saya, pandanglah aspek silatur-rahiim dalam Islam. aspek moral dan etika dalam kehidupan. Sebaik sahaja berjanji, janganlah hanya kerana terpandang ada yang lebih cantik selepas itu, terus mahu disambar juga. Kalau tiba-tiba terdetik di hati, yang tunangan kita tidak setanding dengan citarasa kita, fikirlah dahulu panjang-panjang, jangan ikut nafsu. Nilailah semua segi. Muhasabah diri. lihat dari perspektif agamanya dan segala ciri-ciri yang dianjurkan Rasulullah SAW. Jika ada padanya itu semua, TERUSKANLAH. Jika tiada, buatlah RISK EVALUATION. Jika belum chronic levelnya, dan boleh dibaiki, TERUSKANLAH perjanjian itu. Ingatlah, kalau kalian kahwini billionaire B**L G***S sekalipun, matinya jadi tengkorak juga.
Pertahankan syari'at. Jauhilah yang haram. Kalau bertunang sudah diheret merata-merata tanpa batasan, tanpa sebab (atau mereka-reka sebab), atau sudah lagaknya semacam suami isteri.. kalau itu yang kalian mahu, kahwin sajalah.. usah ditangguh. Hukum Islam ada sebabnya. Dan dalam pertunangan tiada aqad nikah. Mahukah kita beristerikan atau bersuamikan seseorang yang curang pada agamanya? di mana jaminan beliau tidak akan curang pada kita setelah berkahwin kelak?
Banyakkan usaha perbaiki diri. Banyakkan mendoakan kebaikan bakal isteri dan suami kita. InsyaAllah, walau bertunang sehari, walau empat tahun, walau selamanya (jika meninggal sebelum kahwin..erk).. keberkatan niat ikhlas, amal dan iltizam itulah yang menjadi pemberat 'amal. Dan keberkatan itulah, batu loncatan sebenar, kedamaian rumah tangga yang bakal dibina.
Selamat Bertunang-tunangan!! Dan jangan lupa, kalau sudah mau kahwin.. kos hantaran dan mahar usahlah keterlaluan!!... murah tidak sampai menghina, mahal jangan sampai papa!.. sekadar selayaknya okay... Wallahua'lam..
Wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment