Thursday, March 29, 2007

I miss him.

(Senyuman Abah yang kuingat selalu, 2 bulan sebelum kembalinya dia kepada al-Khaliq. Dia kelihatan begitu kurus slp siri rawatan kemoterapi, tapi rambut dah tumbuh balik masa ni).



My beloved Abah,

Allahyarham Fuad bin Saleh (25 April 1951-19 Nov 1986).


Rindu.

Rindu.



Entah mengapa, rasa rindu menerpa.

Walaupun hanya 6 tahun sempat bersamanya. Tapi, terlalu banyak kenangan dan tentang dirinya yang berada dalam memoriku.


Rindu. Moga rahmat di sekelilingnya di sana.

Doa daripada puterimu yang ingat selalu.

Friday, March 23, 2007

Ada apa pada . . .(Entri dengan gambar)

1. SPM : Ada Apa Pada A?

Sekadar sedutan :
Pakar motivasi, Puan Ainon Mohamad, dalam ceramah-ceramahnya sering menyebut bahawa mereka yang cemerlang dalam akademik, paling tinggi menjadi pentadbir yang hebat. Mereka sekadar mentadbir tetapi tidak sampai ke tahap pembuat dasar atau yang boleh mempengaruhi pembuat dasar.
...yang lain...baca kat Agendadaily.


2. Ada Apa Di Kajang Perdana?

Bukan sekadar bihun sup. Bukan sekadar dadih yang sedap.
Memang dadih tu sedap. ;) Ummi Nufayl & Nuha pun suka.
Bukan sekadar 2 bukan tak reti nak berkawan. Hanya reti posing sama-sama sambil jeling bapa-bapa masing-masing je (gambar tepi).
Errr...mungkin tak reti nak kawan tu Nufayl kot. Fahim nak main sama-sama tapi Nufayl pulak nak makan (gambar bawah). Waktu Fahim nak naik kereta, Nufayl nak naik kereta yang sama. Pujuk punya pujuk...masing-masing naik 1 kereta, 1 basikal.

Tanda nak berkawan & main bersama-sama,
kereta & basikal berdetum. Langgar! Terkejut Ummi Fahim & Ummi Nufayl.
Nasib baik bihun sup & dadih tu sedap.
Nasib baik tak tercekik.
heheh!





Ups...ni ramai-ramai berebut nak bergambar dgn Ziyad.
(realize Nuha wihout baju? heh...dia panas :D)
Oklah, tu antara sinopsis saja. Sabtu, 17 Mac lepas...ziarah si Ahmad Ziyad Nuwairi, baby Jie yang baru. Baru 2 bulan dah hensem! Ish! Ish! Tengok la si hensem ni di bawah.

p/s : Sebelum ke rumah Jie, sempat juga ziarah Mizie-Azlida & baby Najmi. Tapi terlupa ambil gambar. Maklumlah baby, kesian lg nak snap gambar pun. :)

Wednesday, March 21, 2007

Umurnya dah 7 bulan!

Masya'allah! Sebentarnya masa berlalu.
Hari ini, genap 7 bulan usia Nuha.

Dia dah mula nak merangkak. Sejak 6 bulan setengah hari tu, dah pandai angkat punggung. Drp tinggi dia tongkat kaki, kepada tongkat atas lutut. Cuma bergerak belum lagi.

Bila nak bergerak, dia turun balik...menyusur. :)

Imbas kembali, masa dia mula-mula meniarap...ada Ummu Nufayl cerita di sini.
Dalam posting tu, Ummu Nufayla da cerita Nuha tak berapa suka meniarap. Tapi, 2-3 hari lepas tu, dia mula meniarap dgn aktifnya.

Tak lama lepas tu, dia mula bergerak. Mula-mula, dia masuk gear reverse dulu (gostan kata orang Perelih). Lama jugaklah. Kalau nak pi depan, dia akan pusing 360 darjah sebelum sampai ke tempat tujuannya.

Pusing-reserve-pusing balik. Jauhnyer jalan Nuha! :)

Tapi, tak lama lepas tu Nuha dah pandai gerak ke depan dah.
Jadi, alamatnya ke dapur pun Nuha sampai. Cari Ummi lah! Aduh, sejak yang saya demam tu
dia dah jadi sangat manja dengan Umminya. Kalau nampak Ummi, alamatnya susah la nak pi kat orang lain. Kalau Abah pegang masa Ummi masak pun, kena tak boleh bagi Nuha nampak. Kalau tidak dia bukak radio high volume. Aduh!!! Manja sungguh anak Ummi ni.

Tentang makan, Nuha ni pantang disuap. Tak pilih makanan. Senang betul.
Makan sehari 3-4 kali. Itu yang formal la...hehehe..
Tapi, dia tak berat sangat. Baru dlm 6.2 kg..masa timbang last month. Cuma dua tiga hari ni, nampak Nuha berisi skit. Perut makin buncit. Alahai anak dara! :)

Buat masa ni, dia suka bila suapkan dia bubur nasi & puri sayuran + ikan sikit.
Tapi, Ummi belum bagi ayam/telur/susu lembu lagi. Tunggulah dulu. Takut Nuha allergi/alah pulak. Risiko Nuha ada alahan kpd benda2 tu tinggi sikit sebab Nufayl ada alahan telur/susu lembu. So, jalan selamat...Ummi tak bagi lagi lah yer. Makan bubur nasi, buah-buahan, sayur-sayuran pun dah cukup kan?! :)

Ummi harap Nuha makin selera makan dan membesar dgn sihat & kuat.

Oklah, Ummi tunggu Nuha merangkak pula ek.

p/s: Uppsss..gambar kurang jelas - capture drp video.

Friday, March 16, 2007

3 VERSI : PENAT, YANG CEKAL & MINAT NUFAYL

1. PENAT

Semalam, saya sangat penat. Bukan malam. Pagi.
Mengantuk. Letih. Macam tak larat ke pejabat. Tapi, tak mungkin saya cuti.

Sebabnya,

1. 2 hari sbl itu ada kursus OrenBijak (rujuk istilah Semah). Aini? Nggak ada. Ada training GEMS katanya.

2. Ada mesyuarat dgn Supplier/Vendor. 3 mesyuarat saya susun utk sesi pagi. 1 hr each vendor...cukupla kan. Meeting panjang2 tak efisien! Errm...dah saya yg handle benda tu...mana boleh suka2 tak ada kan.

Dah tu, kena la jugak gi opis...walau sampai sedikit lambat. Sikit saja. :D

Kata baru lepas Kursus OrenBijak...kenapa penat pulak ek.

Sebab Rabu malam Khamis tu, kami ke Shah Alam melawat seorang sahabat/saudara...biarlah saya namakan dia sebagai Yang Cekal (baca sambungannya di bawah).


2. YANG CEKAL

Rabu malam Khamis, saya, Abu Nufayl, Nufayl & Nuha dan Makcik Siti mereka ke Shah Alam, ziarah Kak Fari & Abg Roslan sekeluarga. Kak Fari call, katanya Abg Roslan teringat-ingat nak jumpa kami. Sementelah dia akan pulang ke Arab Saudi Khamis mlm (semalam la). Jadi, kami pun ke sana...faham-fahamlah mereka ni sibuk.

Agenda utama;makan malam. Nufayl pun suka makan Masak Lemak Cili Padi yang Kak Fari buat tu. Agaknya warna kuning tu memikat dia kot. Nasib baik tak terlalu pedas...boleh la Nufayl makan.

Lagi apa? Of course bersembang. Kami sembang panjang. Tentang diri, tentang keluarga, tentang kesihatan diri, tentang sahabat-sahabat, tentang projek-projek terbaru, tentang kerja, tentang Little Caliphs, tentang sekolah yang baru Kak Fari bangunkan - Integrated Islamic School di Shah Alam, tentang ESQ training.

Macam-macamlah.

Tapi salutelah Kak Fari, Little Caliphs dah glamer sekarang. Dah ada 26 cawangan.
Dalam ummikusayang pun tembus dah. Bermula daripada nursing baby di rumah hingga develop modul utk pembelajaran kanak-kanak. Dan sekarang pulak dah bukak sekolah. Dah hingga darjah 3 dah. Bagi yang nak cari solution - nak hantar sekolah ke sekolah agama yang guna English sbg medium, inilah pilihannya!

Alhamdulillah! Moga terus berjaya, Kak Fari !


3. MINAT NUFAYL

Sambungan cerita minat Nufayl pada kereta (ref : posting dulu)
Ini manifestasi kegilaannya pada kereta.

Ummu Nufayl tau...dia nak tukar rim keter dia kepada sport rim.
Sebab tu lah kereta dia jadi macam ni.























Pastu, ada satu lagi minat Nufayl. Pantang nampak kamera, dia yang nak pegang. Sambil tala (baca : dihalakan) ke sana ke mari (fokus-cari objek sasaran)...
Banyak gambar dia ambil. Gambar Ummi, gambar adik, gambar tivi, gambar rumah, gambar kereta & banyaklah! Ni antara gambar yang dia ambil.


p/s : Dia snap rancangan Raja Lawak Astro (RLA). Nampak sangat suka tengok. Bila Ummi ajak Abah balik drp OUG utk tengok Final Raja Lawak Astro, Nufayl kata, "Jommm...Awak Athro" (baca : Jomm...Lawak Astro.


Nufayl sokong sapa? Tak tahulah. Dia tengok semua.
Ummi dia suker si Panglima yang suka kata "kan..kan..kan", dan suka pada 'batu'...dan jadi mangsa bakal bapa mertua yang jadi "batu api".

Juga sokong Juara RLA yang juga orang senegeri. Orang Perelih!
Baru tau, penjual pisang goreng sedap di simpang empat Abi (dkt kampung saya) tu akak & abang ipar si Yus ni. For me, dia layak jadi Juara...prestasi membanggakan jika dinilai setiap minggu. Cuma malam pertandingan akhir tu ada slack...dan teruk kena kritik oleh Aziz M. Osman.

Tapi dia memang versatile. Sekali imbas, Ummu Nufayl dah agak...mesti orang teater nih. :)

Okehla...Abu Nufayl dah sampai.

gtg...nak balik!!!

byessssss

Hutang?

Hutang?

Baca Utusan hari ini?
Khususnya laporan ini?

Syukurlah, kami tak tergolong dalam golongan itu.

Hutang baik, hutang jahat? Sesetengah pengamal Kewangan menamakan hutang kepada 2 kategori. Hutang baik dan hutang jahat.

Nak maksudnya, bukaklah buku dan baca. Bukankah Iqra' itu, yang pertama diseruNYA?

Oklah, hutang baik ada lah...ehehhe...
Kad kredit? Itu hutang sangat jahat!
Ah Long? Itu sangat sangat jahat!!!

Friday, March 09, 2007

Obses...Abah vs Anak

Versi Abah

Abah ada isteri. Dia sayang sangat kat isteri dia tu. Ummu Nufayl dah lama tahu. Jadi taklah heran sangat...taklah cemburu. Tapi semenjak dua menjak, makin menjadi-jadi sayangnya kat isterinya tu. Dibelikannya lipstik baru. Siap test lagi suara isteri baru sedap ke tak. Bagi mikrofon suruh nyanyi kuat-kuat. Spent masa lagi lama dengan isteri dia drp kita.

Jeles jugakla Ummu Nufayl. :((
Eh! Jangan silap paham! Bukan Ummu Nufayl isteri yang disayangi Abu Nufayl tu. Ummu Nufayl pun isteri Abu Nufayl. Dia sayang jugak. Tapi, yang ni yang lain. Bukan Ummu Nufayl.
Nama isteri Abu Nufayl yang Ummu Nufayl maksudnya...K I A h.
[versi new Alpine radio-cd player unit and sound-system (tweeter etc)]
heheh..kenal? Ada ke orang lain yang bermadu macam Ummu Nufayl jugak?

:D


Versi Anak

Sebab anak Abu Nufayl yang lelaki baru satu, jadi yang satu itulah yang bagai merintik abahnya yang borek (betulkan? :D)

Taknak cakap panjang-panjang. Tengoklah sendiri. Inilah kerja Nufayl hari-hari. Meninggalkan lantai yang berdebu untuk Ummi lap.

Mula-mula basuh keter. [Barang yang diperlukan benda yang nak bubuh bedak kat adik tu, bedak].



Pastu, basuh tayar keter pulak. Sekali dengan polish. Barang yang diperlukan sama seperti di atas.


Part last. Lap & Polish! [Waktu ini lotion baby J&J sangat diperlukannya].




Antara Performance wise, Cosmetic wise or Entertainment wise...still 'gila kereta' kan?!

Oh, anakku! Oh, suamiku! Pulanglah! :D

~~~
Hany FF
20 Muharam 1428h

Thursday, March 08, 2007

Gaduh?

fuh...terujanya tengok 100 books listing kat blog aida.
Ramai jugak buat listing tu...kat blog elisataufik, pb pun ada.
hehehe...bila Ummu Nufayl nak buat ek? ehehhe...kalau rajin weekend ni kiter buat la kot.

Semalam, Ummu Nufayl UL lagi. Babysitter cuti 2 hari. Balik Klate, sedara dia meninggal. So, semalam Ummu Nufayl jaga anak-anak, hari ini Abu Nufayl pulak ambil giliran. Malam ni, dia nak bertolak ke Penang pulak-outstation.

Hari Selasa, kami kena ambil anak-anak awal. Babysitter call sbb dia nak balik Klate deh.
Dia bagitau, Nufayl gaduh dgn kawan baik dia. Dgn Zaki. Depa dua nih kalau tidak macam kembar. Tapi, hari ni 1st time gaduh. Kenapa ek?
hehehe...
kata Abu Nufayl sebab 'perempuan'...ekekekek
sapa?
Nuha la.
Zaki pun sayang Nuha cam adik juga. Kalau Nuha datang/nak balik, dia mesti excited sama-nak pegang la, nak sayang la.
Tapi kata penjaga mereka, depa gaduh sebab Zaki nak ayun buai Nuha. Nufayl tak bagi (takut kaco adik dia kots). Nufayl gigit tangan Zaki. Zaki pulak gigit bahu Nufayl. Lebam dua-dua.

heheheh...cemacam bebudak nih!

~~~
Another thing, can't wait to attend OrenBijak course with Aini. Dah lama dah lepak/semban
g-sembang dgn dia.

Friday, March 02, 2007

Aku Mahu Kaya!! Saaangat Kaya...

“Setiap orang dapat diterima atau ditolak perkataannya, kecuali penghuni kubur ini (yaitu Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wa sallam).” Imam Malik RA.

Maka tidak layak seorang muslim memaksakan pendapatnya kepada saudaranya yang lain dalam hal-hal fiqhiyyah yang berada dalam ruang lingkup ijtihadiyah.

Saya cukup suka mendengar kedua-dua dua ayat di atas. Yang pertama, memang jelas dan tidak dipertikaikan. Yang kedua, juga tepat.

Bezanya, ayat yang kedua kerap disalahguna oleh mereka yang ketegar dalam isu hukum dan perundangan Islam. Malah, jadinya semua perkara dalam kehidupan diletakkan di bawah bab ijtihadiyah. Semua perkara, saya ulang, semua perkara. Masalahnya, bolehkah begitu? dan jika boleh, adakah yang boleh berijtihad itu kita? Hurmm..

Teman hidup bersuara semalam, bagi idea untuk saya menulis. Ada orang mahu baca katanya. Masalahnya, saya tak akan menulis bila ingin ia dibaca. Kalau saya mahu tulis, saya tulislah. Kalau tak mahu, tak mahulah. Itu ijtihad saya. Betul begitu? Boleh begitu? Jangan risau, bukan bercerita pasal hukum hari ini. Ramai lebih mahir dari saya. Mari kita baca ;

Perbualan 1 : Bang, banyak duit ni, gerenti lagi boleh dapat. Tak rugi punya
Perbualan 2 : Dik, mari join, boleh dapat ramai kawan. Orang bawah pun gerenti kita boleh atur.
Perbualan 3 : Encik, apasal barang ni mahal sangat. Secara saintifiknya, kualitinya lebih kurang dengan barang jenama lain berharga separuh dari ini. Kenapa untung banyak sangat? Nak salur ke mana duit tu? Sedekah anak yatim ka?
Perbualan 4 : Saya join ni bukan nak beli atau guna barang, tapi nak cari untung komisyen. 40% harga barang akan jadi komisyen saya tau. Kalau orang lain tolong, lagilah banyak. Tak akan rugi punya.
Perbualan 5 : Pernah dengar tak, bila letak aja duit, confirm tak rugi. Akhir tahun akan dapat sejumlah sekian dan sekian bang. Confirm, tak kurang sikit pun.
Perbualan 6 : Encik akan dapat pulangan dalam bentuk MUDHARABAH ni. Mudharabah tu la... yang Islamik tu la. Yang untung banyak tu. Bila, ermm.. tak sure.. Tapi fix ni. Betul ni.

Percayalah, isi bicara di atas adalah antara yang akan membuatkan saya angkat kaki sebelum sempat memakai sepatu. Perkataan 'gerenti', 'confirm', 'banyak' sebenarnya lebih merisaukan saya berbanding perkataan 'tak pasti', 'kita cuba' atau 'kita pasrah sajalah'. Lebih-lebih lagi ia berada dalam ruang lingkup khilafiyah, yang mungkin menjunamkan kita ke dalam lubuk kesamaran, wal'iyazubillah.

Aduh.. bila terfikir mahu upgrade kehidupan. Isteri mahu saya pakaikan emas bersalut berlian, madunya pula ingin saya upgradekan sound system dan performance enjinnya, anak mahu saya borong Toys'rUs di Subang Parade, rumah, mahu aja dipasang lantai kaca kalis peluru. Diri sendiri, pasti mahu senang setara dengan pendapatan sedia ada. Sekurangnya ala Donald Trump.

Semuanya saya ingin kejar. Tapi sedari kecil, saya meletakkan garisan kesederhanaan dalam kehidupan, dengan sub-clausenya, bawah sedikit dari garis itu. Bukan atas sedikit, tetapi biar susah sikiiiit dari yang sederhana.

Dengan corak itu, saya dapat rasakan ketenangan yang amat, khususnya dalam perancangan keseluruhan kehidupan. Tidaklah miskin atau papa, tetapi sekurang-kurangnya tidak trigger nafsu yang bukan bukan. Tidak pernah terlintas dalam fikiran ini perkara-perkara seperti :

Satu : Alamak, performance dapat level 2, habis la bonus tahun ni.

Dua : Aiseeh, bonus 2.5 bulan aja ka?

Tiga : Ermm, kenapa dia boleh dapat 4, mesti banyak bonusnya.

Empat : Alahai, dapat ESOS, bila jual semuanya baru dapat seribu aja!

Lima : Kenaikan gaji aja? Penyelarasan kata nak bagi.. Ampehh.. mintak la dapat semua tu.


Inilah lima daripada puluhan kenyataan yang insyaAllah TIDAK akan terkeluar dari hati kecil ini. Ayatnya senang, walau sepuluh sen, itulah rezeki. Walaupun setapak langkah sahaja ke depan, itulah kemajuan namanya. Malahan sepuluh sen bagi kanak-kanak di Palestin, dan setapak bagi seorang yang kudung kakinya, lebih berharga dari emas. Kita suka abaikan semua ini. Tangisilah ketamakan kita di dunia ini.

Kontroversi bakal berlaku dengan kenyataan ini, tetapi saya teringat pesanan yang diberikan pada isteri satu masa dahulu ; kita akan jadi kaya sekaya mungkin, tetapi selagi mana kekayaan itu tidak menjadi sesuatu yang dharurat, layanilah ia seperti yang sepatutnya. Klasifikasikan dahulu yang mana satu, ini untuk saya, dan kami yang berpendapatan sederhana ini.

Dharurat -
tiada ia, matilah kita. Baik fizikal mati, atau akal mati. Contohnya makanan ketika lapar, minuman ketika dahaga, agama untuk menyempurnakan Rukun Islam dan Iman, akal fikiran, keluarga, maruah, harta membiayai kehidupan seharian agar tidak mati kebulur, pakaian untuk menutup aurat, wang untuk menyempurnakan rukun Islam kelima dan seumpamanya

Keperluan -
keperluan kita selanjutnya yang perlu dipenuhi. Fizikal yang sihat. Ilmu agama yang mantap untuk di bawa ke kubur dan diajar kepada ahli keluarga. Amal ibadat yang istiqamah. Pakaian yang manis dipandang mata untuk keperluan pergi ke pelbagai majlis berlainan. Tayar yang mahal sedikit untuk keselamatan dan ketenangan pemanduan. Sistem audio yang boleh mengelakkan mengantuk. Barang kemas anak isteri agar tidaklah nampak fakir mereka ini dan seumpamanya. Wang simpanan perlu ada untuk kecemasan dan pendidikan. Dan makanan untuk memastikan tubuh badan nampak seksi dipandang pasangan masing-masing. :)

Penyempurnaan -
kesenangan yang atas sedikit dari kebiasaan, berbentuk penyempurnaan,
biasanya kehendak. Keretanya mewah 6 pintu, rumahnya agam 5 tingkat duduk 2 orang, barang kemasnya banyak sampai takut nak kira zakat. Wang simpanan yang lebih banyak dari yang sudah banyak dan lebih banyak daripada itu (bila kesudahannya?), dan senarai ini berterusan.

Jika kita melihat keseluruhan hidup kita sebagai hamba Allah, rasa bersyukur perlu sentiasa ada atas apa yang kita miliki. Setelah bersyukur dan redha, bukan maknanya kita tidak perlu lagi mencari harta dan kemewahan, tetapi jangan jadikan ia sebagai 'pemandu' kita. Kehidupan cukup singkat. Kita perlu lebih risaukan aqidah anak-anak kita, dari merisaukan duitnya setelah kita meninggal.

Saya pernah 'ter'tegur (secara baik) seorang yang di ambang maut, bila beliau mengucapkan, "aku takut anak bini aku tak makan lepas aku tak ada". Secara sopan, saya maklumkan kepadanya, kerisauan itu hanya valid ketika beliau masih segar, sekarang, bertaubatlah secukupnya dan doakanlah segala amalan ketika hidup segar itu akan bertukar menjadi syafa'at (bantuan) ketika berhadapan dengan munkar nakir, siksa kubur, siksaan padang mahsyar, titian sirat dan segala macam lagi kelak. Itulah kerisauan sebenar kita selaku manusia di hujung kehidupan.
Ingatlah alam cipataan Tuhan terlalu kaya buat manusia. Pastinya mereka yang masih hidup akan dapat meneruskan kehidupan walau dengan memakan daun kayu dan air sungai sekalipun. Asalkan mereka ingin berikhtiar. Tetapi ketetapan selepas mati, tiada lagi tolak ansurnya.

Kan dah kata, bukan niat saya ingin berhujah mengenai segala macam hukum hari ini, tetapi di akhir cerita, pejamkan mata kita, cuba bilang, berapa peratuskah perbuatan kita akan menjadi pembantu selepas matinya kita, dan berapa peratuskah pula akan menjadi pemberat amalan buruk kita yang natijahnya hanya satu, dan semua sudahpun sedia maklum.


Haram itu bukan hanya judi, arak dan khinzir semata-mata. Khayalan kita juga boleh jadi haram jika silap caranya. Apa lagi perbuatan yang menyimpang dari ketetapan syari'at.

Moga diampunkan dosa insan lemah ini. Allah Maha Mengetahui segalanya.
Wassalam