Friday, July 01, 2005

Simpulan

Semalam, bertemu semula dengan seorang sahabat di satu majlis. Sungguh tak tersangkakan!
Di situ kami bertemu semula. Dia sahabat yang sama-sama meneroka alam penulisan, bermula 1998 dulu. Dan, sama-sama menyepi dalam hari-hari sibuk di kampus universiti. Kini bertemu kembali. Bagai terpercik semangat untuk aktif kembali. Azah!

Menyelak hari-hari lepas, ternyata banyak persamaan. Sepatutnya kami bertemu lebih awal. Tapi, usah gusar...ada jodoh/rezeki kita akan jumpa lagi.

Yang terkejutnya, dia berkata, "Minggu lepas saya baru buka weblog Hany!"
Erkkss...baca ke? Sampai juga kpd dia ek?

Rupanya tersebar merata juga weblog ini. Teringat kisah lebih sebulan lalu, di majlis Walimah Kak Aza & Abg Amir. Bertemu Kak Marina, Kak Que...tutor MMU-FOE. Saya mengajak mereka bergambar bersama, dan Kak Marina berkata, "Tahu kamera nih hadiah apa! Lepas ini ada yang publish kat blog pulak!"
Upsss...sampai juga dia ke sini ya. :)

Dalam diam-diam, ingatkan ukhuwah itu sepi. Rupanya blog masih jadi penghubung kabar dan berita.

Moga kita mendapat kebaikan bersama.

~~~
Catatan Penulis : Blog ini bermula sebagai blog peribadi. Bermula drp 10 Januari 2004, blog ini dibuka dengan tujuan untuk menjadi pengerat ukhuwah antara sahabat/sahabiah yang semakin terkurung dalam masa dan kesibukan tugas. Lantas, bersama-sama sahabat-sahabat lain & seorang 'cikgu' terbentuklah Hany FF di arena weblog ini. Tujuannya hanya satu, berkongsi bicara dan kebaikan yang ingin dikongsi bersama.
"Ballighu 'anni wa lau aayah"

Kemudian, apabila penulis ditaqdirkan menikmati 9 bulan 10 hari sebagai wanita mengandung, pengalaman itu dikongsi bersama sahabat-sahabat yang menjadi pengunjung tetap weblog ini. Catatan demi catatan pengalaman jadi lumrah wajib setiap pagi seawal tibanya di pejabat, sebelum memulakan tugas harian.

Akhirnya, sejak akhir-akhir ini weblog ini telah tersebar luas. Penulis tetap menganggap, weblog ini sebagai medan berkongsi khair dan tetap, ia tempat menyimpul rasa. Kerana cinta ada di sini. Jadi, di sinilah tempat mencurah rasa tika gundah gulana.

Pegangan saya mudah,
berpegang kepada "ballighu 'anni wa lau aayah", dan "berdakwah bilhikmah". Dengan apa cara yang kita ada, itulah tujuan kita.


Pesanan saya buat semua sahabat bloggers,
Satu pujangga Arab mengatakan:
"Orang yang berjiwa besar ialah orang yang bercakap tentang pelbagai idea.
Orang yang biasa-biasa ialah orang yang mengulas tentang pelbagai peristiwa.
Orang yang berjiwa kecil ialah orang yang memperkatakan tentang orang lain.
Orang yang berotak kecil ialah orang yang memperkatakan diri mereka sendiri."


:)



~~~
Life is too short to leave kind words unsaid,
Hany FF
24 Jamadil Awal 1426 H
1 Julai 2005 M

No comments: