Hidup bersama pasangan yang dicintai tidak sama dengan dengan hidup bersama pasangan yang dicintai dan dikahwini. Ijab dan qabul ketika bernikah itu sendiri akan meleraikan hasutan 'syaitan sayang' dan akan menghadirkan 'syaitan benci' dalam kehidupan pasangan berkenaan.
Yang putih nampak kelabu. Yang comel nampak comot. Yang mesra nampak merimaskan. Inilah simptom 'syaitan benci' yang melanda satu-satu rumahtangga? Tetapi adakah adil mempersalahkan syaitan dalam segala hal? Tidak ada ruangkah untuk syaitan tidak dimangsai untuk semua perkara?
Saya bukan pro syaitan. Jauh sekali, wal'iyazubillah. Tetapi adakah kita terlupa hendak bertanya, apakah pula peranan kita yang ada Iman, ada Aqal dan ada Ilmu ini dalam menyemai cinta, kasih dan sayang berterusan dalam rumah tangga? Syaitan benci itu cukup senang dinyahkan jika kekuatan yang ada pada diri kita sebagai Muslim dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Kita tarik nafas dalam-dalam, pernahkah kita rasa 'bahagia' apabila memejamkan mata dan teringat kepada keletah pasangan kita? Dan pernahkah kita buat 'rehearsal' (raptai) pemergian pasangan kita? Maksud saya bukanlah raptai kafankan dan mandikan jenazah beliau. Tetapi cukuplah sekadar membayangkan (bukan doakan) beliau tiada lagi di dunia ini dan terbujur kaku tidak lagi dapat tersenyum kepada kita. Apakah perasaan kita? Hanya ambil 30 saat ke 1 minit sahaja untuk itu, ia berupaya 'mendedahkan' diri kita yang sebenar!
Dua kaedah ini menghadirkan satu petanda kepada kita akan ukuran kebahagiaan dalam rumah tangga. Saya sendiri selalu melakukan raptai ini tatkala sendirian, dan bila dapat tersenyum, malahan tergelak sendirian membayangkan kebahagiaan, saya sudah rasa cukup bersyukur, kerana masih ada rasa cinta di dalam diri ini.
Raptai sedih? Dengan personaliti saya yang suka baca Novel Bab 1, Bab Tengah dan terus ke Penutup, saya kurang gemar melakukannya, tetapi sudahpun 'dipaksa; menjalaninya satu ketika dahulu sekitar tahun 2009-2010. Dan cukuplah dengan episod itu, saya tetap bersyukur, kerana masih ada rasa kasih dalam diri ini.
Digabungkan kedua-duanya, maka saya menjadi penganut fahaman karat bahawa cinta dan kasih itu perlu sentiasa ada di dalam diri pasangan berumahtangga. Mahupun terhadap anak-anak penyeri syurga dunia ini.Saya tekankan di sini, DI DALAM DIRI. Embedded into your mind and soul. Bukan sekadar senyum, sengih dan kenyit mata!
Bab menzahirkan rasa cinta dan rasa kasih, sangat subjektif. Ada yang dermawan. Tetapi tidak kurang ada yang bakhil. Mungkin saya tergolong dalam kelompok pertengahan menuju bakhil (senyum). Lebih banyak bermisteri, tetapi ia tetap ada di dalam hati. Dan bertemu dengan pasangan yang 'bakhil' ekspresi, yang satu lagi mestilah berjiwa cukup besar mentafsirkan sebarang gerak laku ke arah haluan rasa cinta dan kasih ini. Saling faham memahami. Dengan kekuatan jiwa yang mantap amatlah perlu. Diperkukuhkan pula dengan pengabdian diri terhadap Allah SWT. Maka, aspek positif akan terpancar dari situ. Adakah kita 'melihat' Allah sayangkan kita? Tetapi yang pasti, kita boleh menterjemahkan segala nikmat yang Allah berikan kepada kita sebagai tanda kasih dan sayang-Nya kepada kita sebagai hamba.
Saya secara peribadi tahu setakat mana di dalam diri ini wujud rasa kasih, cinta dan sayang. Dengan kesedaran ini, sentiasa berusaha untuk membelainya sedaya upaya. Menyingkirkan yang remeh, mensyukuri nikmat yang lebih besar menjadi pedoman untuk ia berkekalan.
Maka amatlah rugi bagi mereka yang di dalam dirinya tidak dapat dihayati rasa cinta dan kasih. Malah tidak merasakan 'apa-apa' dengan perasaan itu. Kerana jika sebagai hamba Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, kegagalan kita menghayati nikmat Allah sebagai tanda kasih sayang-Nya, maka ia menampakkan kelemahan kita sebagai Muslim dan Mukmin.
Dan kegagalan kita sebagai suami mahupun isteri dan sebagai ibu bapa 'merasai dan menghayati' cinta dan kasih jauh di lubuk hati kita terhadap pasangan atau anak-anak, ia hanya akan mendaftarkan kita menjadi ahli parti komponen kepada Pertubuhan Syaitan Benci. Ingatlah, rumah tidak bertangga sukar dinaiki. Rumahtangga tanpa cinta dan kasih serta rasa tanggung jawab, hanyalah bahtera seterusnya bawa kita ke neraka Allah SWT.
Ya Allah, semaikan cinta dan kasih dalam hati kami. Dan kekalkan ia sehingga ke syurga-Mu ya Allah.
Wallahua'lam.
Abu Nufayl

2 comments:
waahhh.. bergegar pagi ini membaca tulisan abu nufayl.. hehe suka suka suka.. :p nanti boleh share dgn cik abg, tgk dia ada sengih tak bila part ingat2 tu.. ahahha
:)
pagi semalam dah baca, tapi bila tengok ika komen, baru perasan belum hantar komen lagi.
thanks for the tazkirah dear.
pasangan kepada yang 'bakhil' tu kena cukup berjiwa besar dan banyak bersyukur dengan kasih sayang yang didapati. dengan itu, insya'Allah akan bertambah2 kasih sayang tu.
kan kan kan?
-yang suka baca novel dari kulit ke kulit dan menghayati setiap tindakan, fikiran dan emosi watak-watak yang diceritakan. ;)
Post a Comment