Monday, November 24, 2008

Ok...now I just have few minutes gap, to update (and try to write again!).

Actually, me quite reluctant to write these days in this blog since Abu Nufayl's posting (Tazkirah/Fikrah) always catched by external rss feeder. I appreciate his beautiful thoughtful sharing through this blog, but meanwhile I missed the kids story to share with. Who else to share about them besides me. Abu Nufayl - heh so straight forwardlah!

Nufayl - Now 4 years & 2 months
*I just realised (since 2 weeks ago) that he can hafaz Surah Yasiin, ayah 1-7 already. Furthermore, he imitates Syeikh Masyari Rasyid al-Faasi ok. ;) So sweet!

After raya days, we understood that he can recite a complete duá - from Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas, some duás (Doa Selamat, Doa Ibu Bapa, Doa Kebaikan Dunia Akhirat).
During Raya Celebration of TM Dinamic Kids - Dzul Iman, the boys and the girls from 4yo class reciting the duás before makan-makan. heh! Obviously, the boys looked unfocus. Nufayl and the geng siap berkumpul buat geng sembang kat belakang barisan - kena tegur dengan cikgu dia. Pastu, dia boleh angkat-angkat tangan - peace masa Ummi dia nak ambil gambar tu. Unlikely the boys, the girls were very focus and seemed better in hafazan. Kak Ina (teacher of 4yo class said - memang semua boys macam tu).


Now, after solat jemaah sometimes Maghrib or Isyak at home - he will volunteerly recite duá for us. Of course, some phrases are not mentioned clearly but as an encouragement for him, why not!

:)


Nuha - Now 2 years & 3 months
Galok! Nakal!
Geram sangat dengan dia.
Suka betul gigit dia.
Err..tatau nak cerita apa lagi pasal dia. Nanti kita share gambar ek.


Interesting story : Home Sweet Home
Yang paling menggembirakan hatiku sekarang, laman kami dalam proses pembikinan Taman.
Setelah 4 bulan menghuni as-SaakinatusSakiinah, kami hanya membuang rumput asal dan meratakan tanah dengan pasir pada peringkat awal. Kini, rumput telah ditanah. Pokok-pokok mengambil tempat. Taman Herba di belakang dapur sudah ramai penghuninya.

Tak sabar nak menghidu udara segar di Taman as-SaakinatusSakiinah.

Itulah yang paling menggembirakan hatiku kini.

Ada juga perkara yang sebelum ini menggembirakan hati, tapi kini hati ini bertukar menjadi beku. Hanya redha yang melimpah. Apa pun, semoga hati ini terus bersyukur.


- Yang berjuang melimpahkan redha, Hany FF

Saturday, November 15, 2008

Mesej Keinsafan Bukan Lesen Imuniti

Manusia secara fitrahnya telah melazimi janji dengan Allah SWT untuk 'mengikat roh' mereka dengan asas-asas iman dan tauhid sejak sebelum lahir lagi. Dan semua ini terkandung di dalam ikatan kita terhadap perkara-perkara berkaitan KeTuhanan, KeNabian dan perkara-perkara ghaib.

Walaubagaimanapun, keterbatasan kemampuan fisik manusia tidak membolehkan kita melihat semua yang kita yakini itu hanya dengan menggunakan mata kasar. Ini kerana ada di antaranya dibatasi dengan batasan masa (kita tidak boleh bersama dengan para Nabi, walaupun mereka wujud secara fizikal), dan sebahagian lain lagi terpisah oleh batasan hijab ghaib Allah SWT (kita tidak boleh melihat Allah, Malaikat, Jin & Syaitan, Syurga & Neraka dll).

Perkara-perkara sebegini hanya boleh diimani melalui ilmu dan keyakinan penuh terhadap ilmu dan kepercayaan tersebut. Tidak ada gambar, teks, skrin layar mahupun pembesar suara yang boleh menzahirkannya. Malah hendak membicarakannya juga perlu disandarkan kepada ilmu Allah, dan perkhabaran yang di bawa oleh Nabi SAW. Jelas.

Jika tidak, masakan kita tidak dibenarkan menggambarkan potret Rasul dan Sahabat, sedangkan mereka wujud secara fizikal?!. Batasan masa memungkinkan kita berbuat silap dan menggambarkan insan-insan mulia ini secara silap.

Apatah lagi menggambarkan isi aqidah yang dibatasi hijab Allah SWT. Merentasi dua alam berlainan dimensi. Maka mustahil kita mampu melakukannya dengan betul, malah boleh membawa kepada kekhurafatan yang nyata di dalam diri dan ahli masyarakat.

Antaranya memikirkan secara mendalam tentang zat Allah, yang secara mutlaknya tidak mampu dipikul oleh mana-mana manusia. Selainnya, seperti alam barzakh, padang mahsyar, malaikat, jin dan syaitan, syurga, akhirat, dan sebagainya. Tidak ada daya upaya bagi kita melihat dan menikmatinya secara zahir, melainkan adanya izin Allah SWT seperti yang pernah dikurniakan kepada insan pilihanNya.

Oleh yang demikianlah, bila ditanya pada keharusan menuturkan atau menggambarkan perkara berkaitan dengan salah satu perkara ghaib tersebut, iaitu kematian contohnya, kita hanya dapat membicarakannya melalui pendekatan ilmiah yang bersandarkan Firman Allah dan Sabda Rasulnya, dan tidak boleh secara fizikal. Itu bukan kerja pendakwah.

Ini kerana mengiktiqadkan sesuatu perkara ghaib yang dilihat dengan mata kasar kita sebagai 'perkara atau peristiwa sebenar' hanya kerana kita telah melihatnya melalui pementasan atau penulisan mana-mana pihak yang berlaku boleh membawa kepada kecelaruan aqidah kita sendiri dalam bab iman terhadap perkara ghaib.

Tanpa berniat mencari siapa yang betul ataupun salah, peristiwa yang diheboh-hebohkan baru-baru ini menimbulkan polemik banyak pihak. Selain perdebatan, pada masa yang lain, ia juga turut menjadi hikmah dalam menyerlahkan kemunafikan paradigma dan fikir-risau sesetengah pihak yang lain. Allah Maha Bijaksana dalam mengatur sesuatu.

Apa komen saya? Mengamati subjeknya secara realitas (menontonnya sendiri), memperlihatkan banyak persoalan boleh ditimbulkan. Walaupun kemudiannya saya mengambil keputusan untuk hanya menghadam pengajarannya, tanpa mencampurbaurkannya dengan isu kepercayaan dan keyakinan.

Dan saya membuat kesimpulan, kita melakukan kesilapan sekiranya mendedahkan tayangan tersebut khususnya kepada minda yang masih muda mentah TANPA DIIRINGI dengan bimbingan, penjelasan mantap susulan daripada sesi tersebut. Jika ianya dapat ditangani (damage control), maka apa yang akan ditelan minda anak-anak adalah keinsafan, dan tekad untuk berbuat baik, tanpa ada sebarang kecelaruan dalam telahan mereka terhadap alam ghaib.

Samalah dengan kuliyah alam barzakh oleh Ustaz-Ustaz, yang memangpun tidak akan berupaya memberikan fakta yang tepat dan gambaran sebenar, tetapi konteks moral dan pengajarannya dapat dihadam minda pendengar.

Namun saya yakin, kekalutan, kekeliruan dan kekhurafatan yang timbul pada khalayak lebih membahayakan dari maslahahnya menyajikan kebaikan. Wal'iyazubillah.

Harap penjelasan awal ini boleh membantu proses minda tuan puan berfikir di sebalik teks yang ditaip.

Namun, seperkara di sampingnya, yang lebih mudah bagi orang awam memahaminya, tanpa sebarang sikap hipokrit, saya juga ingin melihat 'qias' kepada kekalutan ini.

Cuba kita lihat suara-suara besar yang timbul sejak isu ini berlegar. Segalanya timbul, segalanya dipersalahkan, hingga lupa pada titik kebaikan yang boleh dipancing daripada kejadian ini.

Banyak pihak yang lupa, peristiwa ghaib lain yang turut menghantui minda anak-anak ini, malahan terhadap ibu bapa dan datuk nenek anak itu seringkali dipandang secara terpencil. Sewajarnya, kegilaan sesetengah pihak mendedahkan para penonton kepada hantu, polong, pelesit dan segala macam ketakutan alam ghaib ini juga harus dilihat pada perspektif yang sama adil dengan isu ini.

Namun, ia tidak pula menjadi isu. Mungkin kerana manusia sekarang takutkan nilai iman meresap dalam diri anak-anak? Atau takut keinsafan anak-anak akan memalukan mereka? Atau takut anak-anak jadi gila dengan memikirkan apa yang ada di bawah bidang kekuasaan Yang Maha Esa? Tetapi tidak pula kita risau mereka membayangkan perkara yang entah apa-apa corak tafsirannya oleh minda buta para pengarah dan penerbit ini. Ia masih lagi di bawah juzuk aqidah!

Saya yakin, ulasan lebih panjang telah dibuat oleh rantaian penulis. Ingin saya akhiri dengan seruan, Mesej Keinsafan Bukan Lesen Imuniti. Dan pad masa yang sama, kemunafikan paradigma warga layar, tanpa tarbiyah bijak pandai pendokong amanah rakyat, tetap tidak dapat dimaafkan syariat.

Pening? Nasi tidak boleh dinikmati sebelum penutup periuknya dibuka!

Wallahua'lam.

Monday, November 10, 2008

Syahid & Taqdir

Syahid?

Trio pengebom Bali kembali ke Rahmatullah dengan izin Allah, melalui asbabnya peluru yang ditembakkan ke jantung mereka. Rasanya ini lebih molek dijadikan maudu' perbincangan. Kerana bukan tembakan atau hukuman itu yang mematikan mereka. Allah yang Maha Berkuasa. Dan waktu kematian itu telah ditentukan sejak azali lagi.

Dan cara hidup mereka, sebagai ikhtiar yang diusahakan sendiri telah membolehkan peluru menjadi asbab kematian mereka apabila menembusi jantung, menggagalkan darah dipam ke otak, dan tamatlah riwayat hamba-hamba Allah ini.

Yakinlah, jika mereka seperti rakyat Malaysia yang suka bawa kenderaan secara melulu, mereka tetap akan meninggal pada waktu yang sama, tetapi asbabnya adalah kemalangan jalan raya. Masuk gaung dan sebagainya. Waktunya tiada siapa yang mampu mengubahnya.

Adakah mereka syahid? Ia diperdebatkan. Seluruh alam memuji dan ada yang mencela trio ini. Secara peribadi, saya kesal dengan perdebatan seumpama ini. Bukanlah perkataan syahid itu, tetapi tentang isu syurga neraka. Siapa kita untuk 'menempatkan' mereka di syurga atau neraka? Serahkanlah kepada Allah swt.

Apa jenisnya syahid itu,

“Menceritakan kepada kami Abdullah bin Yusuf, menceritakan kepada kami Malik dari Sumyyin dari Abu Shalih dari Abu Hurairah r.a : bahwa Rasulullah s.a.w bersabda: Syuhada itu ada lima,yaitu orang yang mati terkena cacar, orang yang mati karena sakit perut/taun, orang yang mati tenggelam, orang yang mati tertimpa runtuhan, dan orang yang syahid di jalan Allah”

(Al-Bukhari, Kitab As-Sayru Wal-Maghazi: 2617)

Dan ada beberapa tambahan lagi oleh para ulama' seperti meninggal ketika melahirkan anak dan semupamanya yang melibatkan penderitaan dan penyiksaan tertentu dalam tempoh kematiannya.

Pembahagian kategori syahid pula adalah syahid dunia & akhirat, syahid dunia dan dan syahid akhirat.

Syahid dunia akhirat, pastilah pejuang Islam di jalan Allah yang ikhlas perjuangannnya menegakkan agama Allah. Pastinya pejuang berpaksikan nasionalisme tidak termasuk dalam kategori ini. Pengurusan jenazahnya adalah dikebumikan dalam keadaan beliau terkorban. Subhanallah. MasyaAllah. Syahid ini syurgalah habuannya.

Syahid dunia, adalah sepertimana pejuang Islam yang terkorban dalam peperangan menentang kuffar, sedangkan niatnya (yang kita tidak tahu) adalah mungkin untuk mengejar harta rampasan (ghanimah) atau mendapatkan nama dan gelaran. Penyelenggaraannya adalah seperti mereka yang terbunuh fi sabilillah jua. Kerana niat tidak dapat ditentukan oleh kita manusia biasa. Namun di akhirat, hanya Allah yang menentukan nasibnya melalui hisabNya yang Maha Adil.

Syahid akhirat ini ada beberapa keadaannya seperti di sebutkan sebelum ini. Namun jenazah mereka ini diuruskan seperti jenazah dalam kematian biasa. Wallahua'lam.

Bagi menyebut si fulan itu dan si fulan ini sebagai syuhada', dalam Islam, menyebut sesiapa yang meninggal sebagai syahid menurut pandangan di kalangan para penulis kitab dan ilmu rijal (salah satu cabang dalam ilmu hadits), jika saat-saat dan tanda kematiannya memenuhi sebab-sebab dan keadaaan syahid, maka dia harus disebut sebagai Syahid.

(Ats-Tsamratul Jiyaad Fii Masaa-ili Fiqhil Jihaad)


Walaubagaimanapun, ini bukanlah menyatakan dia akan masuk syurga atau tidak, itu hak mutlak Allah SWT, tetapi lebih kepada membantu dalam kaedah pengurusan jenazah tersebut.

Perjuangan yang dilalui oleh para syuhada' bukan dapat diukur dengan jumlah tetakan dan tikaman yang diterima. Ia merentas jauh dari itu. Lebih jauh dari apa yang kita dapat fahami. Hanya Allah yang Maha Adil dan Maha Layak Menghukum.

Perang jihad, sebagai perumpamaannya, mestilah bersyarat kepada hukmah ihsaniah Islamiah. Oleh sebab itulah, segala tindakan kekerasan terhadap rakyat yang tidak berdosa dilarang atau tidak diiktiraf amalan JIHAD.

Undang-undang peperangan seperti tidak memerangi warga awam, berbuat baik kepada tawanan perang, wanita dan kanak-kanak, tidak merosakkan harta benda dan sebagainya telah termaktub dalam al-Qur’an dan al-Sunnah sejak beribu tahun yang lalu sebelum wujudnya Konvensyen Geneva dan lain-lain yang seumpamanya lagi.

Walaubagaimanapun, pihak pemerintah juga diingatkan agar jangan membuat kemaksiatan, kemungkaran dan kesyirikan sehinggakan syarat-syarat JIHAD itu sendiri tercapai untuk para pencinta syahid ini menjadi begitu teruja dengan detik syahid ini hinggakan timbullah kejadian yang tidak diingini hinggalah kepada keganasan.

Kerjasama dan tunduk melampau kepada telunjuk kuffar, maksiat yang melampau, hedonisme hinggakan boleh menggugat amal ibadah khusus sekaligus mencalar aqidah penduduk setempat, tekanan kepada jati diri penganut agama Islam, sokongan kepada pemusnah kesejahteraan dan nyawa umat Islam, semua ini boleh menjadi 'trigger' atau 'burning platform' untuk darah panas ini menggelegak dan menembus perisai fizikal keselamatan negara.

Jika Indonesia dengan Balinya, Malaysia mungkin ada Bangsarnya, ada segitiga emasnya di ibu kota dan beberapa tempat maksiat laknat yang berupaya menghidupkan api yang membara. Dan ini harus dikawal, disekat, agar status negara Islam ini dapat benar-benar memperolehi rahmat dan berkat dari Allah swt.

Cuma satu perkara sahaja yang perlu ditanam di dalam hati, bagi pelaku maksiat dan pengunjung kuffar yang terkorban, sebabnya sudah jelas diberikan oleh Allah swt lagi, usahlah pertikaikan hukuman Allah ini atas kekufuran dan kederhakaan pada Yang Maha Pencipta. Waktunya pada ketika itu, dan sebabnya mereka sendiri yang cari.

Manakala yang tidak termasuk dalam golongan kuffar dan derhaka ini, percayalah, memang 12 Oktober 2003 itulah tarikh kematian mereka. Cuma asbabnya dan tempatnya berkebetulan di sana. Jika bukan di Bali, di England pun meninggal juga.

Dan kepada para mangsa yang TIDAK SEPATUTNYA dijadikan mangsa kepada trio pengebom Bali ini, takziah diucapkan dan mohon agar Allah mencucuri rahmat atas kalian. Kalian mungkin syahid akhirat akibat mati terbakar dan melecur. Masing-masing ada bahagiannya tersendiri.

Apa yang penting, janganlah salahkan orang lain secara total atas ketentuan yang telahpun dijanjikan Allah swt sejak dari kita tiada di atas muka bumi ini lagi!

Wallahua'lam

nota : walau apapun semangat dan tekad trio ini sehingga ke detik akhir hukuman, jika ianya benar-benar kerana Allah, boleh dikagumi, dengan senyuman dan keyakinan penuh benarnya tindakan mereka. Jarang manusia sanggup melihat senapang dihalakan ke dada tanpa menutup matanya sedangkan tubuh sudah terikat pasrah. Mereka meminta agar mata tidak diikat. Tetapi jika jalan mereka ini salah, biarlah Allah swt yang memberikan hukuman akhirNya. Kita hanya boleh melihat, tafsiran hanya Allah Maha Mengetahui.

al-Fatihah buat semua Muslimin dan Muslimat yang telah pergi meninggalkan kita.

Tuesday, November 04, 2008

Saya rasa saya dah kena sindrom karat nak menulis kot!
Sejak guna Google Reader dan mengikut perkembangan update daripada kawan-kawan dan pelbagai skop yang ditambah dalam list pembacaan peribadi saya. Saya lebih rajin membaca daripada menulis. Sebelum ini, bila Abu Nufayl sibuk upload catatannya tentang Hajj, adalah blog ni dikemaskini. Tapi, apabila Abu Nufayl tamat kisah Hajjnya (kisah seterusnya adalah di bumi Makkah & Madinah, kisah Haji dah selesai), lama pulak rasa blog ni tak dikemaskini.

Bukan tak ada yang boleh dikongsi, tapi Ummu Nufayl sangat malas nak menulis.
Di pejabat sibuknya tak sempat nak bukak blogger pun.
Kat rumah, bizi cara di rumah. Almaklum, part-time Engineer dan part-time housewife.
;)

Sekadar catatan ringkas dan santai untuk menaikkan kembali mood untuk menulis kembali.



~Menunggu Abu Nufayl sampai, nak solat Maghrib di ofis.~