Friday, August 22, 2008

Ada Apa Pada **.08.08?

Kisah lama tak mengasah gunting yang diceritakan TokMudin, memang saya setuju. Itu juga terjadi kepada saya. Tapi bezanya, ideanya bercambah-cambah hingga kadangkala menyesakkan kepala yang sedia sesak dengan pelbagai perkara. Namun, kemahiran mengeluarkannya menjadi karat, lama kelamaan semakin berkarat dan sukar dikeluarkan.

Barangkali itu lebih bahaya ya! :)

Apa pun, trimas kepada Kak Nita atas penganugerahan ini. Layakkah blog ini? Apa pun, trimas! :) (Sorry Kak Nita lambat ambil award ;))


Brilliant Weblog is a prize given to sites and blogs that are smart and brilliant both in their content and their design. The purpose of the prize is to promote as many blogs as possible in the blogsphere.Here are the rules to follow:

1) Put the logo on your blog.
2) Add a link to the person who awarded you.
3) Nominate other blog (optional).
4) Add links to those blogs on yours.
5) Leave a message for your nominees on their blogs.

Dan seterusnya blogger yang dapat blog ni diberikan kepada...erks..semua my links yang belum dapat award nih lagi. Aci dok? ;)

Ok, kita teruskan dengan cerita : Ada Apa Pada Bulan Ogos 2008?

#Ada apa pada 05.08.08?
Nufayl dan 2nd round dirheaa. Muntah-muntah waktu makan malam. Dan bermulalah kisah demam panas Nufayl.

#Ada apa pada 08.08.08?
Nuha mengabadikannya dengan permulaan demam panas!
Pastinya, kami terpaksa melepaskan peluang keemasan berkumpul ramai -ramai di Pengkalan Balak, walau dah daftar awal-awal. Tak sampai hati nak berjalan jauh dengan anak yang tak sihat begitu! :( Orang ke Pengkalan Balak, tak de cerita pun? Tunggu-tunggu juga gambar daripada jurugambar rasmi?

#Ada apa pada 12.08.08?
Berkejar ke ER SJMC berikutan demam yang berlarutan melebihi 4 hari (Nufayl & Nuha). Yang kritikalnya Nuha lah sebab Nufayl dah beransur ok. :) Akhirnya berakhir dengan EL sebab pukul 2 petang baru setel semua sejak awal pagi.
Kelakar tengok wajah Nufayl control macho & menahan sakit ketika diambil darah (dia jenis yang suka exaggerate sakit terutama bila nampak darah) sebab nurse dah puji Nuha yang sedikit pun tak menangis sebaliknya menahan kesakitan dengan wajah kewanitaan yang tabah menghadapi ujian (seriyes!).

#Ada apa pada 16.08.08?
Hari bersejarah yang mengumpulkan keluarga dari Perlis, Kelantan & Pahang.
(i) Mama, Abah, Tok dari Perlis
(ii) Abah, Umi, Ida & Akir dari Kelantan
(iii) Cu, Paklang & anak-anak (Along, Mira, Bi, Man, Auni) bersama pembantu rumah mereka Unish (Hasanah) yang sedang bercuti al-Khobar, Arab Saudi
(iv) Pengantin paling baru in the house, Dik Mimi (sepupuku) dari Perlis & suaminya Azrin, dari Klang
(v) Dik Id (adikku) & Suzy, orang Perlis yang dah beli rumah di Bangi
(vi) Mak Su Ani, Pok Su Lan, Along, Angah & Jiha! Dari Pekan, Pahang
(vii) Cik Zu, orang Klate yang bermastautin kat KL dah.
(viii) Along & Angah yang datang lewat sket, tapi masih sempat bermesra.
Famili sahaja dekat mencecah 30 orang semuanya!

Gotong-royong masak. Bermula dengan gotong-royong menyediakan bahan untuk masak makan malam (a.k.a. kenduri kesyukuran), diselang-seli dengan masak untuk makan tengahari Menu : Asam Pedas Ikan Gerong, Ayam Masak Merah, Daging Rebus, Air Asam, Terung Sambal, Sayur Bayam.
Pukul 4 petang...baru sambung masak untuk makan malam.
Menu : Singgang Tulang, Ayam Masak Merah (permintaan ramai, tukar menu last minute jadi Ayam Masak Merah yang macam tengahari tadi), Daging Rebus, Ikan Bakar, Air Asam, Budu, ulam-ulaman, buah-buahan dan agar-agar.

Alhamdulillah, dengan kehadiran jemaah surau Nurul Jannah, Meru & Surau Aman Perdana...dalam 48 orang semuanya, campur lagi dengan ahli qariah muslimah yang datang dan famili -- dalam 80 lebih jugak lah.

Jadi, makan-makan kampung style la malam tu ya! :)

#Ada apa pada 18.08.2008?
Abu Nufayl cuti, Ummu Nufayl MC. Sebab kaki krem. Agaknya banyak sangat berjalan dan berdiri. Adeh! ;) Apa yang menarik hari ini?
Apabila tengah bersiap menemani Ummi ke klinik, Nuha nak pakai baju baru yang dibeli Nanny.
Nufayl kata, "Cantiknya Nuha! Nufayl nak kawen dengan Nuha la. Nufayl nak dapat adik. Kan Nufayl cakap dengan Ummi, Nufayl nak adik lelaki"
Upss! Memang dia selalu bertanya tentang kahwin dan anak. Tapi, dah menunjukkan minat untuk berkahwin? (erk...belum pun 4 tahun!). Jenuhla Ummi terangkan pada dia, tentang dia, tentang Nuha...tentang 2 beradik, tentang belum boleh kawen.

#Ada apa pada 20.08.2008?
Satu lagi nombor cantik yang hanya saya perasan apabila saya kemaskini laporan (saya gemar meletakkan tarikh kemaskini) : 20082008 ~ 20 Ogos 2008
Apa yang menarik? Tiada apa yang menarik berlaku hari ini. Kecuali makan-makan menemani Mama di Uptown selepas mereka sesat 2 jam di Damansara - mencari medan makan. ;)

#Ada apa pada 21.08.2008?
Semalam!
Nuha cukup 2 tahun!
Semalam dia sungguh ceria. Senyum. Senyum!
Sangat cantik dengan senyumannya yang ala-ala manja tapi matang tu (dia sangat suka dipuji cantik, dan Ummi dah perasan si Abang agak cemburu apabila Nuha dipuji cantik, kenalah sambung Abang encem! ;) ).
Sayangnya sekeping gambar pun Ummi tak sempat snap sebab si Lumix buat hal pada 16.08.2008 dan dah dimasukkan ke dalam wad kembali (Abang, claim gantian saja lah! Boleh tak?)

Tentang rumah dan komuniti di Aman Perdana? Ada yang menarik untuk dikongsikan. Tapi seperti yang saya katakan awal tadi...ceritanya banyak, masa terhad, kemahiran mengeluarkan idea menjadi bentuk tulisan/catatan perlu dipertajam ;)

Ni pun dah panjang. Mesti dah tak terbaca kan?
Sekadar catatan ;)

Wednesday, August 13, 2008

Komunikasi Pra Muktamar : Tahalluf Siasi : Q&A Ringkas

Salam

Ada 'dua sahabats' meng-email dan bicara online dengan saya seminggu dua ini, tanya beliau dengan mengungkit posting sebelum-sebelum ini, khususnya ruangan komen yang bertanyakan tentang apa logiknya PAS berpakat dengan DAP. Saya katakan, untuk situasi sekarang, tiada apa yang berubah dari segi pendirian kita. Antara yang sempat dipetik dan dikongsi bersama ;

1. Bolehkah bekerjasama dengan bukan Islam.
JAWAB SAYA Jika kerjasama itu ke arah menjatuhkan penguasa yang zalim, kenapa dikatakan tidak. Malah lebih baik dari bersekongkol dengan golongan munafik yang akan memusnahkan Islam dari dalam.

2. TETAPI TAHALLUF INI ADA BATASNYA yakni aqidah dan perkara-perkara usul dalam syariat Islam. Ia tidak boleh dikompromi.

3. Lantas pertanyaan seterusnya adakah saya / sahabat lain ingin menarik balik persetujuan berpakat dengan DAP.
Jawapan saya, mengapa tidak -jika batasan dan garis pemisah yang jelas oleh Allah dan Rasulnya dilanggar. Bukan hanya DAP, apa parti sekalipun, bukan tandingan kepada garis panduan Islam. Baik mereka Melayu, muslim atau kuffar.

4. Pertanyaan seterusnya, lantas, ini sebenarnya akan menggagalkan atau menipiskan peluang mendapatkan pemerintahan negara.
Jawab saya, apa salahnya kita gagal mendapatkan pemerintahan. Selama mana kuasa dan kekayaan akan kekal. Dan bila pula kita meletakkan pemerintahan sebagai matlamat? Dan sejak bila pula Islam menjadi alat untuk menuju pemerintahan?

Sebenarnya, pemerintahan itulah jenama suatu alat, dan Islam itu matlamat. Dan jika ALAT BERJENAMA PEMERINTAHAN INI gagal dicapai, pasti banyak lagi alat lain yang boleh digunakan ; dakwah fardhiyah, dakwah umumiyyah, tarbiyyah akar umbi, tarbiyah ammiyah, gerak kerja check and balance, doa yang maqbul, kekayaan pendokong gerakan yang menginfaqkan hartanya, kewarakan muslimin yang bakal menyebabkan perjuangan lebih diberkati dan diredhai Allah dan segala macam alat lagi.

Apa masalahnya dengan alat lain? Kurang berkesan? Besi bulat lama-lama diasah, jadi parang juga akhirnya. Begitu juga sebaliknya, pedang samurai/katana, dibiar berkarat, patah juga akhirnya.


5. Jadi apa pendirian kita untuk suasana yang sedang berlaku kini?
Jawab saya, menetapkan pendirian dalam perjuangan harakah Islamiyah, bukan milik ahli sesuatu jamaah. Kita ada syura yang diberikan wala dan thiqah kita kepada mereka. Dan melalui musyawarah, muzakarah mahupun muktamar, kita ada ahli yang boleh menjadi check and balance dan sebagai inspirasi kepada penggubal dasar gerakan.

Kenapa ingin menyatakan pendapat peribadi tentang pendirian kita 'secara peribadi. Kita ahli jamaah, bergeraklah dalam jamaah dan secara berjemaah. Namun bila berlaku perselisihan, baliklah kepada al-Quran dan Sunnah, itu panduan mutlaq kita. Cuma kaedahnya bila kita ingin perbetulkan sesuatu, masih perlu menghormati prinsip asas serta adab antara ahli dan penguasa sesuatu jamaah.

6. Bagaimana tentang ramalan masalah peminggiran Islam yang mungkin berlaku selepas 16 September nanti?

Selalulah berawas-awasan. Tetapi tidak perlu menujum. Bukan sekali Islam terpinggir. Malah Rasulullah sendiri jelas menampakkan isu ini sejak dari awal :


بداء الإسلام غريبا فسيعود غريبا كما بداء فطوبى للغرباء

Maksudnya : Islam mula tersebar dalam keadaan dagang ( asing) , dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing. ( H.R. Muslim).

Dan saya tegaskan, BIARLAH PERISTIWA 16 SEPTEMBER itu berlaku dahulu. :) Kalaulah ia berlaku...

7. Merujuk hadis di atas, kenapa pula untung orang asing?
Panjang mahu diterang, inilah orang asing tersebut ;

Firman Allah :

( طوبى لهم و حسن مآب ) Ar Ra`d-29

“ Orang yang beriman dan beramal soleh bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik"


8. Bila kita perlu mufaraqah?
Soalan akhir ini saya tersenyum, jawab saya, mungkin uzlah lebih bermanfaat dari mufaraqah.. :), tetapi jika ingin juga, tengoklah apa asbabnya, dan apa pula kaedahnya ; dan apa pula kehalusan akhlaq yang perlu digunakan kalau tuan ingin mufaraqah dari solat!

Wallahua'lam.

Sunday, August 10, 2008

Tukar Gambar Lencana : Teguran Buat Bloggers

Salam,

Sekadar singgah. Saya tertarik dengan kes penangkapan seorang blogger. Katanya kesalahannya adalah meletakkan gambar lencana pasukan keselamatan kita yang cekap, anggun dan jelita itu yang pada lencana itu tertera gambar anjing, bukan seperti asalnya yakni harimau liar yang suka menggigit (walaupun rasanya dah banyak laman yang letak gambar tu)


Saya rasa perkara sebegini tidak perlu dibuat oleh blogger. Kesian. Kita ada adat kesopanan. Ada kaedah dalam berdakwah. Dan apa yang membuatkan hati kecil ini tersentuh, BETAPA SUKARNYA, PAYAHNYA, JERIHNYA, PENATNYA, ANJING-ANJING YANG ADA DI DUNIA INI MEMBUKTIKAN KEKUATAN DAN KEGAGAHAN DAN KESETIAAN MEREKA. DAN APALAH DOSA UNTUK GAMBAR ANJING-ANJING INI DILETAKKAN PADA LENCANA PASUKAN 'ITU'.

Walaupun tidaklah semua anggota pasukan 'itu' patut dipersalahkan, pada saya, sungguh, tindakan itu masih lagi boleh dikatakan merendahkan martabat binatang berkenaan.

hiks..

Abu Nufayl : Teringat satu papan tanda di sebuah tempat, ejaannya

KAF LAM BA -- ALIF MIM NUN WAU (Kelab UMNO)
Pak Arab baca - KILAABUN AAMANU.. (anjing yang beriman) haa.. kan baik anjing tu!!