Thursday, July 28, 2005

Berhibur tiada Salahnya...

Disclaimer : "liabiliti adalah pada penulis, bukan pemilik blog ini"

Tajuk bunyi best je kan. haa. Baca je la dulu.

"Yang Muslim taknak terperangkap dalam lagha, tak nak rugikan kredit, janganlah bukak tv tu. jangan kasi anak tengok tv tu, janganlah kasi jiran pasang Astro takut anak menumpang tengok" janganlah entah hapa jangannya lagi.

Niatnya, nak elakkan Muslim terjebak. Bagus nasihat tu.. bagussss....

Sepertimana semua orang maklum, nak suruh berbelas juta orang tutup tv, lebih mudah adakan
SATU dasar hentikan rancangan cenggitu.. dasar? berdasarkan wang? cukai? maka tenggelamlah kebenaran ke dasar!!

alasan lain : masyarakat majmu' ? eheh... majoriti mafaasid (kesan buruk) pergi ke non-muslim ke muslim? actually muslim yang berhabis duit, masa dan emosi..

so, sepatutnya majoriti maslahah (impak baik) pergi ke non muslim la yer? tak pergi ke non-muslim pun. Kecualilah non-muslim tu menang kereta Swift. Ek eh.. maslahah tu dimaksudkan untuk sorang jer ker??

so, blh pakai ke istilah meraikan masyarakat majmu'? Nilaikan dan NYATAKAN dalam percentage berapa peratus perpaduan telah dapat dibentuk melalui rancangan realiti hiburan. Bergaduh thru sms, chatting byk la. Buang duit lagi, marah takleh pun nak tumbuk muka, takat hempas hp jer. Koman.

Pertimbangan kesan baik dan kesan buruk ini perlu dibuktikan melalui statistik. Statistik yang hamba ada hanya menyebut jutaan wang dihabiskan, berhutang, curi duit mak ayah beli kredit, buang masa, jadi sahabat syaitan (membazir + undi bakal punca maksiat). Peratus perpaduan? tak dapek nak ukur, subjektif katanya, subjektif tu maksudnya banyak yer??

Pd masa yang sama, bbrp usul Perh Agung UMNO lepas (haa, kan dah masuk) dahpun cetuskan rasa kurang senang non muslim. AF, Mlysn Idol etc, etc tak berkesan pun jernihkan keadaaan.. ader ker?? Sohla Mawi ke, Felix ke apa ke pi pujuk Keng Yaik ke, Lim Kit Siang ke,

alasan lain, integrasi? penonton berintegrasi, yang berintegrasi tu more than 75% Muslim menyokong ke arah ma'siat dan lagha... halal dan haram dahpun bercampur.

Takper ke gitu? Ooo. Cubala masukkan setitis air kencing bayi ke dalam sekawah gulai.. nak ke kita makan?

kerajaan Islam Malaysia patut mendalami lebih banyak perkara berkaitan qawa'id fiqh pemerintahan, perundangan, halal haram dsbgnya. Kena wujudkan Sekolah Agama Kerajaan (vs Sekolah Agama Rakyat) untuk khususkan pentarbiyahan para mujaddid Islam dalam kerajaan ke arah corak kepimpinan Islam yang lebih senonoh. Jgn salahkan rakyat je. Sbb itu dalam Islam adalah fiqh Ibadah utk individu dan ada juga fiqh harakah utk mengajar kita erti perjuangan berlandaskan syara'.

berbalik pada Sekolah Agama Kerajaan, kalau depa tak mau or malas gi sekolah,

tukarlah dasar kerajaan terhadap hiburan .. atau :

TUKAR KERAJAAN... huhuuu...

p/s : Tunggu ajelah ultimate excitement kat Syurga. Takyah kalut-kalut. Buat dulu ibadat. Takyah fikir sangat hiburan duniawi ni.

"Berhibur tiada salahnya, kerna hiburan itu indah, hanya pabila salah memilihnya, membuat kita jadi bersalah" DAN MEMANG MANUSIA SELALU TERSALAH DAN BERSALAH. Itulah salahnya.

Friday, July 22, 2005

Hiburan : Antara Lagha, Fitnah & Fitrah

Sebentar tadi, keluar makan dengan dua-tiga orang. Bercerita tentang isu semasa. Bermula dengan kisah AFundi VS APundi yang dikirim dalam email. [Original ditulis oleh Bukunota @ Nazmi dalam blognya, tapi kiriman email ditambah perisa dengan cerita Ayah Pin]. Kemudian, masuklah isu Perhimpunan Agung Umno (eden tak gomar sangat, sbb dpt rasa pegangan yang berbeza & komentarnya berat ke belah mana). Kemudian, masuk pula cerita AF.

Senang cerita, mereka berdebat (ala kaum wanita & secara sederhana) tentang fenomena AF, hiburan yang sungguh gah dalam media kita. Mari kita telusuri bincang-bincang waktu makan tengahari ini.

Kata A, media memang memainkan peranan besar...kalau media buat sebagai besar maka besarlah jadinya.
Kata B, orang kita mudah terpengaruh, terutama anak-anak muda.
Kata saya, memanglah...dan itulah peranan kerajaan membendung budaya hedonisme ini daripada menular...media sendiri perlu dibendung untuk tidak keterlaluan dalam menketengahkan budaya hiburan hingga menjadi melampau.
Kata A pula, kita tak boleh sekat perkembangan & pembangunan (fikir : pembangunan apa yang dimaksudkannya tak tahulah.). Dunia makin berkembang sekarang. Kita tak boleh kata kerajaan tak bendung. Orang terlalu ramai untuk kerajaan bendung perkara ini. (Dalam hati saya, sebab dia itu kerajaan & sebab rakyat itu ramailah maka perlu ada pengawasan terhadap gejala ini).
Saya tambah sikit; Budak-budak remaja terlalu ghairah dengan fenomena realiti tv terutamanya hiburan ini. Sanggup mereka berhabis dengan caj sms yang tinggi untuk mengundi & chat di tv interaktif.
Kata A lagi, iya...tapi kita kena cari root causenya. Ibubapa kena kawal anak-anak daripada tengok. Tutup tv, jgn langgan astro!
Saya tambah lagi, zaman sekarang ni anak-anak boleh cari di mana saja. Sebab sudah luas terbuka capaian internet & media. (Sebabnya, saya tahu kisah seorang remaja yang ibu bapanya mengawal drp segi tidak melanggan astro, tetapi si anak tetap mengambil tahu perkembangan AF.)Sebab itu pengawalan keseluruhan terhadap program itu sendiri perlu. Buatlah garis panduan, bahawa program hiburan tidak boleh lebih drp 30% (contohnya) daripada 24 jam program tivi. Contohnyalah. Ini tidak, tiada pengawalan ketat. Kita seolah melayan arus yang dibawa oleh media yang mengaut berkantung-kantung keuntungan ini.
(Mengingatkan ini bukan perdebatan politik, tetapi berasaskan hiburan yang melampau & terlampau, saya memperlahankan rentak.)
Kata A menambah perisa, bagi saya didikan kita yang sebenarnya. Kita perlu kawal mereka untuk tidak mengikut arus tersebut.
Kata C, benar tu Puan.


Komen saya : panas. paNAS. paNAS!
Sebab apa panas. Sebab AFlah! Kerana ia satu bentuk hiburan yang meletakkan penonton sebagai pihak yang paling penting. Justeru, setiap penonton yang mengundi merasakan diri mereka penting dan sanggup menghabiskan kredit walaupun baru saja top-up dengan undian & chat.
Sebab apa mereka buat begitu. Sebab mereka rasa diri mereka penting.

Saya pernah bertanya seseorang yang mengundi. Pada musim AF yang lepas seingat saya. Katanya, saja suka-suka. Saya tersenyum sambil suami berbisik pada saya. Mengingatkan saya untuk memperingat si dia bahawa setiap sen yang disumbangkan untuk mengundi itu adalah pemangkin untuk si 'pelajar' menjadi penyanyi. Dan apakah yang akan dibuatnya setelah jadi penyanyi? Adakah dia akan mendedahkan aurat atau terlibat dalam pergaulan bebas? Adakah dia akan terlibat dengan maksiat, sementelah kita sedia tahu dan TAHU bahawa dunia hiburan itu penuh dengan kancah maksiat.
Justeru, setiap sen yang kita laburkan untuk mengundi itu adalah saham untuk kita di akhirat sana. Kerana 'berjaya'nya dia sebagai penyanyi yang membuat pelbagai perkara tanpa ada batas dosa pahala. Dan, di situ ada saham kita.

Saya tahu, di kalangan pembaca blog saya ini tak ramai yang mengikuti perkembangan AF & menjadi penonton AF ataupun pengundi (rasanya tiada yang mengundi kot! :) ). Bukan AF sahajalah, sekarang ini terlalu banyak program realiti tv : Mentor, Audition, hatta Bintang RTM pun ada SMS Undi! Cuma, berpesan-pesanlah ke arah kebaikan. Saya tahu walaupun kita tidak tergolong dalam golongan yang terpengaruh dengan hiburan melampau ini, ada saudara-mara, atau adik-beradik kita yang mungkin terikut-ikut dengan budaya ini.

Berpesan-pesanlah.

Pendapat saya, adalah fitrah manusia sukakan hiburan. Sebagai umat Islam, kita terikat dengan batas-batas syariat untuk muzik, hiburan, pergaulan. Semua ini saling berkait rapat. Oleh itu, silap caranya...seperti yang berlaku sekarang, hiburan itu jadi lagha & fitnah pula.

Bagi yang sukakan hiburan, bacalah novel Advencer Si Peniup Ney. Tepat sekali konklusi & saranannya. Sebuah novel satira yang hebat karya Faisal Tehrani. Saya amat menyukai novel ini. Saya ingin sekali hadiah novel ini buat adik-adik saya, tapi saya hampir pasti mereka tidak akan menyusahkan diri membaca kisah alam jin ini.

Bagi yang belum membaca Novel ini, belilah drp Ujana Ilmu. Sungguh bagus. Saya amat setuju, sukakan hiburan itu fitrah manusia, tapi bukan hiburan melampau. Kerana itu, Rasulullah s.a.w tidak menghalang tika wanita-wanita Arab bermain gendang semasa sambutan 'Eid. Dan, kerana itu juga kita akan Azan yang merupakan muzik panggilan Tuhan yang indah dengan dimulai paluan gebuk yang cukup menyentuh rasa kehambaan. Dan, kita juga ada bacaan Al-Quran dengan cara taranum yang cukup indah dan menyentuh qalb: lagu bayati, lagu rass, lagu mahur, lagu nikriz. Dan, kita juga ada zikir yang lagunya membuai rasa khusyuk dan tawadhuk. Semua ini lebih indah dan nyatakan dalam alam hati tika bersendiri di dinihari.

Untuk yang suka beramai-mesra, bersama-sama bernyanyikan selawat buat RasulNYA, atau bernasyid. Asal batas pergaulan dan lirik dan lagunya berunsur ketuhanan dan tidak mengetepikan nilai-nilai akhlak Islamiah.


p/s: ini bukan perbahasan halal-haram muzik. TQs


~~~
Life is too short to leave kind words unsaid,
Hany FF
15 Jamadil Akhir 1426 H
22 Julai 2005 M

DISKUSI NOVEL PENULIS ANGKATAN 90-AN

Sebentar tadi, dapat undangan daripada Kak Salina. :) Buat yang berminat, marilah penuhkan Bilik Seri Setia, UPM. Saya ada hasrat untuk ke sana. Azah tak dapat menyertai, lantaran ada janji yang perlu dipenuhi. Ika r u interested? :)

~~~~~~
Tarikh : 23 Julai 2005 (Sabtu)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Bilik Seri Setia, Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Anjuran : Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)


Novel yang akan dibicarakan:

1. Tunggu Teduh Dulu (karya Faisal Tehrani)
Panel: Hanafi Ibrahim (Pegawai Perancang Bahasa, Dewan Bahasa & Pustaka)

2. Atas Nama Kasih (karya Salina Ibrahim)
Panel: Dr. Ros Zakaria (Guru Komponen Sastera di sebuah sekolah menengah di Kajang)

3. Noktah Di Hujung Rindu (karya Hafizah Iszahanid)
Panel: Imlan Adabi (Sub-editor di sebuah akhbar nasional)

Pengerusi forum: Dr. Arbaie Sujud (Pensyarah UPM)


Masuk percuma dan terbuka pada semua peminat sastera dan penggemar novel tempatan.

****

FAISAL TEHRANI - mantan Minggu Penulis Remaja DBP. Antara penulis muda prolifik dan banyak memenangi hadiah peringkat kebangsaan. Berkarya dalam genre puisi, cerpen, novel dan drama pentas. Kini aktif sebagai seorang penulis bebas.

SALINA IBRAHIM - mantan Minggu Penulis Remaja DBP. Berkarya dalam genre cerpen dan novel. Berpengalaman sebagai wartawan akhbar dan majalah. Atas Nama Kasih novel kelima Salina.

HAFIZAH ISZAHANID - mantan Minggu Penulis Remaja DBP. Pernah menulis cerpen dan mula berjinak-jinak dalam penulisan novel. Noktah di Hujung Rindu adalah novel pertama Hafizah.

Wednesday, July 20, 2005

Menguak Taqdir

LAMAN I : Menguak Taqdir

Merengkuh langit,
sampaikah ke syurga?
Akan diri penuh salut dosa.

Nan dinanti Kauthar yang jernih,
teluskah hati menadah kasih?
Sedang andai,
Rahman dan RahimNYA bersatu,
dan kita dipinjamkan sekelumit cuma,
masih kerdil kasih kita. Nyata.

Yang besar itu DIA.
Yang kecil itu kita.

~~~~
Hany FF
13 Jamadil Akhir 1425 H
20 Julai 2005 M



p/s: LAMAN II dan seterusnya tak sempat nak habiskan tulis.

Wednesday, July 13, 2005

Tiada Lagi Tangisan

Rupanya dah lama tak kemas rumah di alam fana' nih. Sekali-sekala, balik merai tetamu saja. Patutlah Ika ingatkan minta update hari Jumaat lepas, sebab dah seminggu lebih dah tak berupdate. :D

Dua hari lepas bila belek-belek blogspot nih, baru perasan ada fungsi baru untuk letak gambar. Bagusnya! :D


Review 1 : Jalan-Jalan Cameron Highlands


Ni gambar-gambar Nufayl yang disnap dengan jayanya oleh makcik-kak-laili. :D
Sambil dibantu oleh makcik-kak-kemar yang bertugas sebagai babysitter pd masa itu melayan Nufayl bermain-main di taman permainan kanak-kanak di Hentian R&R Tapah sbl meneruskan perjalanan menaiki CH.



Review 2 : Tiada Lagi Tangisan

Just love this song.
:)

Lagu : Tiada Lagi Tangisan
Artis : Org-Kata-Misha Omar-tapi, saya dengar versi-Aisyah-. :D

Kini telah lama kita berpisah
Rintihan asmara kian berubah
Tiada lagi mengharap
Tiada lagi belaian manjamu
Semuanya telah berakhir
Kini kenangan hidup menyinariku
Keperitan cinta terlerai sudah
Tabahkanlah hati luka nan berduri
Ku mengenali siapakah diriku
Yang sebenarnya
Tiada lagi tangisan
Tiada lagi air mata
Membasahi jiwa luka
Yang tinggallah
Hanya memori duka
Semuanya diduga
Pertemuaan kali ini
Tak kan berkeklan
Berakhirlah istana bahgia
Biarkan daku hidup kesorangan
Tak perlu lagi cinta
Yang menghiris luka
Titisan air mata
Kini kau terima
Tak perlu melabur
Kasihmu...

Ketenangan hidup menyinariku
Keperitan cinta terlerai sudah
Tabahkanlah hati luka nan berduri
Ku mengenali siapakah diriku
Yang sebenarnya
Hoo...

Begini tertutup jendela harapan ini
Kau yang menanti ke pangkuan aku
Semuanya takdir yang telah kutemu
Kan ku terima segalanya tanpamu

Tiada lagi tangisan
Tiada lagi air mata
Membasahi jiwa luka
Yang tinggallah
Hanya memori duka
Pertemuan kali ini

Tak kan berkekalan
Berakhirlah istana bahgia
Biarkan daku hidup kesorangan
Tak perlu lagi cinta
Yang menghiris luka
Titisan air mata
Kini kau terima
Tak perlu melabur
Kasihmu...


~~~
Life is too short to leave kind words unsaid,
Hany FF
24 Jamadil Awal 1426 H
1 Julai 2005 M

Kepulangan yang ditunggu

Review 1 : Kepulangan yang ditunggu.
Setelah hampir setahun berpisah, akhirnya 4 Julai lalu kami semua bertemu semula. Semua ahli keluarga Paklang & Cu gembira sungguh bertemu dengan baby Nufayl yang selama ini hanya ditatapi gambarnya sahaja.

Perbualan melepas rindu di KLIA dgn mereka drp Arab Saudi.
Sesi 1
Along : Yong, Conan dah sampai nombor berapa sekarang?
Man : Yong, beli Conan lagi? Sekarang Conan dah sampai siri berapa kat sini?
Yong : heheh...Man, Yong dah tak beli. Conan dah kluar tivi. :D.

Sesi 2
Auni tengok Yong dgn konpius.
Yong : Auni kenal Yong tak. Tahun lepas kan Auni balik. Auni tanya "Yong, mana baby?" Waktu tu baby dalam perut lagi.
Auni tengok Nufayl pulak.
Yong : Ni la baby dah keluar dah. Dah besar. Auni ingat tak.
Auni angguk pelan-pelan.
Dan bermulalah episod Fatin Auni buli Aleef Nufayl. Nufayl gelak tak berenti main dengan Auni. Pandai betul layan adik ya! :)

Sesi 3
Yong : Hajah Mira, wah...sudah putih aaa (nota : adik-adiknya semua terbakar panas).
Mira : heh heh...mestilah, Mira tak terbakar panas kan. Depa semua terbakaq panas sebab swimming.
Bi : tu lah, Bi pun terbakar panas. Tapi swimming besy yong. Jomla bawak Nufayl swimming.

Sesi 4
Paklang : Nufayl ikut kami balik ek. Takdan lama la melepas rindu kat Nufayl.
Cu sokong Paklang, sambil Ummu & Abu Nufayl buat-buat sokong jugak. Nufayl pulak buat tak reti saja (ya lah, bukannya dia faham pun).
Paklang tiba-tiba menghilangkan diri sedang waktu untuk masuk ke balai berlepas makin suntuk.
Cu : mana Paklang nih?
Semua orang cari Paklang. Tiba-tiba daripada kejauhan nampak dia tersenyum-senyum.
Rupa-rupanya,
Paklang : Nih tiket Nufayl.
Yong : aaa...Paklang buat lawak! (tegezut)
Paklang : Dak aih. Lawak apa, betui nih.
Ummu Nufayl perhati nama pd tiket. Sah nama Nufayl. Adeh!
Paklang dukung Nufayl sampai pintu balai berlepas. Abu Nufayl rileks jer tengok reaksi Ummu Nufayl yang dah kalut di saat-saat akhir.
Akhirnya, selepas bergelut berebut Nufayl. Ummu Nufayl berjaya bawa balik Nufayl dengan selamat ke Seri Sentosa.

Ummu Nufayl hampir nak nangis melihatkan kesungguhan Paklang nak bawak balik Nufayl ke Perlis. Nufayl mesti tak boleh berpisah dgn Ummi dia. Ummu Nufayl tambah lagi! :)

:)

Nota kaki : Paklang Burn seorang jurutera yang berkhidmat di Dhamman, Al-Khobar, Arab Saudi. Cu (my aunt) seorang graduan yang sudi menjadi suri rumah sepenuh masa. Along a.k.a Hafiz berusia 17 tahun. Mira berusia 15 tahun. Bi a.k.a Amanina berusia 11 tahun. Man a.k.a Aiman berusia 10 tahun dan sikecil Auni sudah 4 tahun.

Friday, July 01, 2005

Simpulan

Semalam, bertemu semula dengan seorang sahabat di satu majlis. Sungguh tak tersangkakan!
Di situ kami bertemu semula. Dia sahabat yang sama-sama meneroka alam penulisan, bermula 1998 dulu. Dan, sama-sama menyepi dalam hari-hari sibuk di kampus universiti. Kini bertemu kembali. Bagai terpercik semangat untuk aktif kembali. Azah!

Menyelak hari-hari lepas, ternyata banyak persamaan. Sepatutnya kami bertemu lebih awal. Tapi, usah gusar...ada jodoh/rezeki kita akan jumpa lagi.

Yang terkejutnya, dia berkata, "Minggu lepas saya baru buka weblog Hany!"
Erkkss...baca ke? Sampai juga kpd dia ek?

Rupanya tersebar merata juga weblog ini. Teringat kisah lebih sebulan lalu, di majlis Walimah Kak Aza & Abg Amir. Bertemu Kak Marina, Kak Que...tutor MMU-FOE. Saya mengajak mereka bergambar bersama, dan Kak Marina berkata, "Tahu kamera nih hadiah apa! Lepas ini ada yang publish kat blog pulak!"
Upsss...sampai juga dia ke sini ya. :)

Dalam diam-diam, ingatkan ukhuwah itu sepi. Rupanya blog masih jadi penghubung kabar dan berita.

Moga kita mendapat kebaikan bersama.

~~~
Catatan Penulis : Blog ini bermula sebagai blog peribadi. Bermula drp 10 Januari 2004, blog ini dibuka dengan tujuan untuk menjadi pengerat ukhuwah antara sahabat/sahabiah yang semakin terkurung dalam masa dan kesibukan tugas. Lantas, bersama-sama sahabat-sahabat lain & seorang 'cikgu' terbentuklah Hany FF di arena weblog ini. Tujuannya hanya satu, berkongsi bicara dan kebaikan yang ingin dikongsi bersama.
"Ballighu 'anni wa lau aayah"

Kemudian, apabila penulis ditaqdirkan menikmati 9 bulan 10 hari sebagai wanita mengandung, pengalaman itu dikongsi bersama sahabat-sahabat yang menjadi pengunjung tetap weblog ini. Catatan demi catatan pengalaman jadi lumrah wajib setiap pagi seawal tibanya di pejabat, sebelum memulakan tugas harian.

Akhirnya, sejak akhir-akhir ini weblog ini telah tersebar luas. Penulis tetap menganggap, weblog ini sebagai medan berkongsi khair dan tetap, ia tempat menyimpul rasa. Kerana cinta ada di sini. Jadi, di sinilah tempat mencurah rasa tika gundah gulana.

Pegangan saya mudah,
berpegang kepada "ballighu 'anni wa lau aayah", dan "berdakwah bilhikmah". Dengan apa cara yang kita ada, itulah tujuan kita.


Pesanan saya buat semua sahabat bloggers,
Satu pujangga Arab mengatakan:
"Orang yang berjiwa besar ialah orang yang bercakap tentang pelbagai idea.
Orang yang biasa-biasa ialah orang yang mengulas tentang pelbagai peristiwa.
Orang yang berjiwa kecil ialah orang yang memperkatakan tentang orang lain.
Orang yang berotak kecil ialah orang yang memperkatakan diri mereka sendiri."


:)



~~~
Life is too short to leave kind words unsaid,
Hany FF
24 Jamadil Awal 1426 H
1 Julai 2005 M