Monday, July 26, 2004

Syafakallah...



Berita tentang keuzuran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memenuhi ruang dada akhbar sejak Jumaat lalu. Beliau yang uzur sejak Khamis mendapat perhatian media dan pemimpin negara, tak kurang rakyat yang mendoakan kesihatan dan ke'afiatan beliau.

Semalam, ketika Buletin Utama kutontoni di TV3...terharu sungguh mendengarkan Tok Guru diterbangkan ke KL untuk menjalani pembedahan di IJN (Taqiyuddin berterima kasih kepada PM & TPM atas bantuan dan ihsan mereka untuk penerbangan khas Tok Guru ke KL).

Menitis airmataku melihatkan keuzurannya, yang sangat-sangat dihormati. Terasa betapa mulianya seorang Tok Guru hingga keadaan kesihatannya amat diambil perhatian oleh pemimpin-pemimpin hatta PM Negara!

"Ya Allah, kudoakan kesihatan dan ke'afiatannya...hingga akhir hayah. Syafakallah...Ameen."

p/s: Hari ini suamiku bertolak ke Pahang atas urusan kerja selamat 2 hari.
Entah mengapa, berat rasa hati nak melepaskannya pergi. Mungkin keadaan aku sekarang menyebabkan perasaanku jadi begitu...selalunya dia pergi outstation pun, isterinya ini tidaklah berat sebegitu melepaskannya.

"Tuhan...selamatkanlah dia, dan kuatkanlah aku dalam keadaan ini..."

~Tunggu Laili untuk temankan aku malam nih sesorang kat umah :(~

~~~
"Syafakallah"
Hany FF
8 Jamadil Akhir 1425 H
26 Julai 2004 M

No comments: