Salam 'alaikum ya sahaabaati...
Kembali jua daku ke persada kerja ini. Sekembalinya di sini, dapatlah sedikit sebanyak mengemaskinikan diri dengan info semasa & kerja-kerja tentunya.
Apa khabar sahabat semua? Maaflah, sepi sejak lama. Post terakhir pd 6 Julai lalu menandakan itulah my last attend to my office...dan hari ini, 19 Julai baru khidmatku bermula kembali. Lama bercuti, cuti sakit...cuti rehat serehat-rehatnya...daripada segenap tugas yang membelenggu diri. :)
Alhamdulillah...
Selepas keluar drp wad @ SJMC, ingatkan dah recover drp food poisoning & gastric...tapi rupa-rupanya ditaqdirkan untuk demam selesema & batuk pula. Mencabar sungguh!
:)
Sementelah, meniti usia kandungan bulan ke-7 ini, kusangka taklah begini payah. Makan tak lalu, muntah-muntah...semuanya kena berjaga.
Alhamdulillah...kini aku sudah cergas. Cuma suara yang agak 'kureng'...hehehe. Batuklah katakan.
Doakan semoga aku sembuh sepenuhnya. Kesian baby...seminggu lepas apalah agaknya zat yang diperolehi drp makanan ibunya ini. Syukurlah penjagaan Allah sentiasa bersamanya. Walaupun ibunya ini susut 1 kg dalam masa 5 hari menanggung sakit, dia masih naik 0.2 kg. Semoga dia sentiasa terpelihara! Ameen. :)
Catatan minggu ke-31;
~Tak sabar menunggu saat menatap wajahmu...
Hany FF
1 Jamadil Akhir 1425 H
19 Julai 2004 M
No comments:
Post a Comment