Hari ini 30 Julai 2004 M.
Hari ini 12 Jamadil Akhir 1425 H.
Bermakna, semalamlah harinya.
Semalamlah 11 Jamadil Akhir 1425 H.
Semalam...hari lahir Abang yang ke-25, mengikut kalendar Hijriah.
Semalam...kita sambut dengan kegemaranku...pulut durian. Cukupkah Abang?
:)
Aku tahu, Abang...insan yang paling bersyukur yang pernah kutemui. :)
Pasti abang tak gundah-gulana dengan sambutan yang kecil sebegitukan?
Cukuplah doa untuk kesejahteraan...itu yang utama.
Buat Abang,
Selamat hari lahir...
~~~
Hany FF
"Menyahut seruan yang kian ditinggalkan"
Friday, July 30, 2004
Monday, July 26, 2004
Syafakallah...
Berita tentang keuzuran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memenuhi ruang dada akhbar sejak Jumaat lalu. Beliau yang uzur sejak Khamis mendapat perhatian media dan pemimpin negara, tak kurang rakyat yang mendoakan kesihatan dan ke'afiatan beliau.
Semalam, ketika Buletin Utama kutontoni di TV3...terharu sungguh mendengarkan Tok Guru diterbangkan ke KL untuk menjalani pembedahan di IJN (Taqiyuddin berterima kasih kepada PM & TPM atas bantuan dan ihsan mereka untuk penerbangan khas Tok Guru ke KL).
Menitis airmataku melihatkan keuzurannya, yang sangat-sangat dihormati. Terasa betapa mulianya seorang Tok Guru hingga keadaan kesihatannya amat diambil perhatian oleh pemimpin-pemimpin hatta PM Negara!
"Ya Allah, kudoakan kesihatan dan ke'afiatannya...hingga akhir hayah. Syafakallah...Ameen."
p/s: Hari ini suamiku bertolak ke Pahang atas urusan kerja selamat 2 hari.
Entah mengapa, berat rasa hati nak melepaskannya pergi. Mungkin keadaan aku sekarang menyebabkan perasaanku jadi begitu...selalunya dia pergi outstation pun, isterinya ini tidaklah berat sebegitu melepaskannya.
"Tuhan...selamatkanlah dia, dan kuatkanlah aku dalam keadaan ini..."
~Tunggu Laili untuk temankan aku malam nih sesorang kat umah :(~
~~~
"Syafakallah"
Hany FF
8 Jamadil Akhir 1425 H
26 Julai 2004 M
Thursday, July 22, 2004
Mendekati yang bernama hati...
Salam 'alaikum :)
Apa khabar sahabat. Mendekati yang bernama hati itu merupakan yang tersukar yang perlu kita lakukan. Kerana yang bernama hati itu sering mati. Ia sering layu. Alangkah sukarnya mengakrabi orang yang hampir mati, alangkah juga orang yang sudah mati...bagaimana pula? Begitu juga halnya dengan hati kita. Walau ia antara organ dalaman badan kita secara fizikalnya, namun secara spritualnya hatilah yang membentuk jahat baiknya insan...
antara hati yang mempu menyampaikan naluri, atau hati yang mendorong penguasaan nafsu.
Pilihlah sahabat, agar kita tidak tertipu setiap kali hati berbicara.
Pilihlah, agar bisikan hati itu menjurus kepada yang satu...mendekatkan diri kita kepadaNYA.
Semoga kita terpilih untuk menjadi hambaNYA yang sentiasa diberkati dan diredhai.
Renungilah Kata-kata Hikmah Khulafa' UrRasyidin ini sebagai santapan jiwa. :)
~~~~~~~~
Saiyidina Abu Bakar rha. Berkata :
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu
dibelanjakan bukan pada tempatnya.
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan
dipergunakan untuk kejahatan pula.
· Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara
berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.
Saiyidina Umar Al Khattab Rha. berkata :
· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan
dirinya akan terjaga.
Saiyidina Othman Ibnu Affan Rha. berkata :
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
· Hatinya selalu berniat suci
· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.
Saiyidina Ali Karramallahu Wajhah berkata :
· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada
perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil
pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat
warak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.
~~~
Hany FF
~Jiwa yang hidup adalah jiwa yang sentiasa mendekati Al-Quran~
4 Jamadil Akhir 1425 H
22 Julai 2004 M

Monday, July 19, 2004
Sesudah Hujan...
Salam 'alaikum ya sahaabaati...
Kembali jua daku ke persada kerja ini. Sekembalinya di sini, dapatlah sedikit sebanyak mengemaskinikan diri dengan info semasa & kerja-kerja tentunya.
Apa khabar sahabat semua? Maaflah, sepi sejak lama. Post terakhir pd 6 Julai lalu menandakan itulah my last attend to my office...dan hari ini, 19 Julai baru khidmatku bermula kembali. Lama bercuti, cuti sakit...cuti rehat serehat-rehatnya...daripada segenap tugas yang membelenggu diri. :)
Alhamdulillah...
Selepas keluar drp wad @ SJMC, ingatkan dah recover drp food poisoning & gastric...tapi rupa-rupanya ditaqdirkan untuk demam selesema & batuk pula. Mencabar sungguh!
:)
Sementelah, meniti usia kandungan bulan ke-7 ini, kusangka taklah begini payah. Makan tak lalu, muntah-muntah...semuanya kena berjaga.
Alhamdulillah...kini aku sudah cergas. Cuma suara yang agak 'kureng'...hehehe. Batuklah katakan.
Doakan semoga aku sembuh sepenuhnya. Kesian baby...seminggu lepas apalah agaknya zat yang diperolehi drp makanan ibunya ini. Syukurlah penjagaan Allah sentiasa bersamanya. Walaupun ibunya ini susut 1 kg dalam masa 5 hari menanggung sakit, dia masih naik 0.2 kg. Semoga dia sentiasa terpelihara! Ameen. :)
Catatan minggu ke-31;
~Tak sabar menunggu saat menatap wajahmu...
Hany FF
1 Jamadil Akhir 1425 H
19 Julai 2004 M

Tuesday, July 06, 2004
Mom's Diary - 7th months
Salams...
Baru pulang setelah lama tiada di pejabat ini.
Bersepah pejabat ini aku kerjakan...
5S? hihi..entahlah.
Aku sedang synchronise semula kerja-kerja aku setelah dapat satu timbunan tugas baru ;).
Cool! Tapi, yg pastinya...ada satu kotak lagi file aku belum buka. Bila eh? By this week. But not now! I'm crazy with my 5S!(?) ekekekek...
Oklah...
just to share my mom's diary with my dear frens.
FYI...in some other time...when you'll experience these.... ;)
How Your Baby Grows -- A monthly diary of your baby's development (MONTH SEVEN)
Your Baby
Fetus can open and close its eyes, suck its thumb and cry. Exercises by kicking and stretching. Fetus responds to light and sound. If born now, fetus has a good chance for survival. Fetus is now about 15 inches long and weighs about 3 pounds.
Your Body
If your ankles and feet swell from standing, lie down with your feet raised. If swelling lasts longer than 24 hours, or if hands and face swell suddenly, call your health care provider. Stretch marks may appear on the abdomen and breasts as they get bigger. You may feel false labor contractions, also called Braxton Hicks. This is normal but call your health care provider if you have more than 5 contractions in one hour. As your belly gets bigger, you may lose your sense of balance. This makes it easier to fall. Be careful!
Prenatal Care Guide - for my dear frens ;)
Visit your doctor or health care provider for one prenatal care checkup. Continue to eat a variety of foods that are good for you. You should gain 1 pound a week this month. Get plenty of rest -- your body is working hard. Start childbirth education classes soon. Most health care providers do a blood test for maternal diabetes at 28 to 30 weeks. By the end of the 7th month, the fetus is about 15 inches long and weighs about 3 pounds.

Subscribe to:
Posts (Atom)