Wednesday, March 08, 2006

4our

Menyahut seruan Kak Nita.

So here is My 4our :

Job
- Penjual Buah Kerkok
Nih kerja tetap masa sekolah rendah. Masa Darjah 3-5 la yg terutamanya. Tahu buah Kerkok? ;) Orang belah Kedah/Perlis tau la kot! Buahnya macam buah Ceri tapi kelat, kecuali yang betul2 masak & merah. Yang kelat tu sedap kalau cicah Garam Belacan. Yang dah masak, makan biasa pun sedap.
Asalnya, tolong bawakan utk Cikgu2 yang order saja. Tapi, lama-lama makin banyak permintaan. Mama pulak offer, sapa yang rajin kait buah Kerkok & jual...hasilnya sendiri bulehs pakai. Apalagi?! Saya offer kawan2 dekat rumah untuk join kait/panjat/kutip buah. Pokoknya berduri, skill kena tinggi kalau nak panjat. Saya pulak letih nak panjat tiap2 hari. So, bila kawan2 dtg tulung...jadi meriahla belakang umah saya tu. Sapa yang tulung dpt seplastik buah free. Depa suka. Saya pun suka! Sebab hasil jualan (3 kupang satu tin susu pekat manis) tu saya buleh nikmati sepuas-puasnya. Ni la masa jadi kaya! ekkekekek (masa tu kaya tak sangga la tu) :D

- Cikgu Anak Desa
Sambil-sambilan sebab memang suka mengajar
- Pembantu Jualan kat Kedai Nasik Ayam Wa kat Kangar
- Penolong Pengurus kat T*; khususly sbg Technical Support ND

Movies
- K3G
- Kuch Kuch Hota Hai
- Seniman Bujang Lapok
- Pendekar Bujang Lapok
*nampak sgt, citer Industan & P.Ramlee jer yg terkesan kan? Heheh...citer Industan tu kalau ulangtayang dgn Mama atau Cu la salunyer. Kongsi minat...huehuehuehh

Shows
- CSI
- Desperate Housewives
- House
- Gilmore Girls *tak bestnyer, dah xder musim baru yg disiarkan kat tv mesia :(.

Places live
- 1982-1986 : Tmn Ipoh Jaya, Ipoh
- 1987-1998 : Kg Pdg Melangit, Perlis
- 1998-1999 : Bukit Beruang, Melaka
- 1999-skrg : Cyberjaya & Seri Sentosa, Selangor

Place vacations
- Pangkor ; ada kenangan istimewa.
1. 1985-kali terakhir bercuti
dgn arwah abah ketika usia 5 thn.
2. 2004-Honeymoon slp sehari mengesahkan 'kewujudan' Nufayl dlm perut ;)

- Bangkok-1988 ; bercuti dgn Mama & Dik Id. Istimewanya, slp gembira melancong di ibu negara Thailand tu, dlm perjlnn pulang ke Perlis, kami terperangkap di Hadyai sbb banjir besar di Selatan Thai & Utara Semanjung M'sia. Jadi seolah pelarian sbb mknn, air & letrik takder. Makan hanya 1 biji goreng pisang yg dikongsi bersama 3 org.
- Makkah & Madinah ; lebih drp bercuti. Satu tempat yg dirindu kerana betapa bermaknanya dpt di'jemput' ke sana menjadi tetamuNya. :)
- Jordan-2001 ; menjejak warisan Anbiya' dlm Delegasi Cyber-Bumi Anbiya'.

Website daily
- My primary blog loop : Ummu Amiir, Zunnurain, Zueika, Tokmudin
- Blog Ibu-ibu: Ibu Amni, Ummu Auni, Yati, K.Zaza dlm yg ada dlm link kat sebelah.
- Berita : utusan/bharian/hmetro
- www.yahoo.com

Victims
- Ika
- Siti
- Mudin
- Mozaba

Update lain? Tokde. ;)


~~~
Hany FF

No comments: