Thursday, March 23, 2006

Gambar-gambar 2006

GAMBAR UMMU NUFAYL


Ummu Nufayl, Nufayl mengabadikan kenangan dengan Makcik Nida yang nak berangkat ke Yogya, & Makcik Salwa yang inai masih menyerlah di jari ;)


FitrahZH dengan pasangan pengantin baru, Salwa & Idham. Romantik betul, datang umah kiter jalan kaki malam-malam. Tauler dekat...tapi takut jugak!


Kenangan dgn Kak Zaza & famili time EidulAdha 1426h @ Kelantan ;)


7 of us together again! The intellian's girls...all not married yet. From left : Idah, Sarah, Bijah, Anisz, Dikna, Ronie & *Hany*. Erks, one of them have baby already lah. Even, one more baby is coming already at that time! Ahaks, thats me! Yang kawin paling awai (dlm geng kamilah). Alhamdulillah, dlm pertemuan ini...salah sorangnya umum paling cepat Ogos ni kami akan dpt saudara baru. Semoga dipermudahkan Allah membina masjid ;) So, lagi 5? :D


GAMBAR NUFAYL


Berus gigi dengan berus lantai yang baru jek dibeli. Besarnya berus gigi tu Nufayl! ;)


Buat apa tu? Galas handbag Ummi ya! Berapa kilo tu agaknya ek?!


Amboi, main computer game! Suka betul dgn Winnie The Pooh & the gang. [masa nih Nufayl pantang nampak komputer mesti demand nak main game]. Tapi, skrg dah ok sket...sbb monitor komputer tu rosak...so dah lama dia tak main la.

Aksi Nufayl masa makan Fish Oil. Suka ke tak Nufayl? heh...

~Tamat~

BOSAN

Lama tak menulis, sampai dah rasa tatau nak tulis apa.
Sedangkan sebelum ni, banyak yang bermain-main di minda...nak bercerita itu dan ini.

Kosong! Minda rasa kosong!
Null! Nil! Zero!

Nak kongsi gambar pun, belum download lagi drp kamera.

Nak cerita, tak ada mood.

Hmmmmmm...apa nak jadi nih?

Jadilah apa-apa yang boleh jadi, sementara kejadian itu masih wujud. :)

Bosan! Bosan! Bosan!! Bosan!!!

p/s: balik jumpa Nufayl lagi best. tengok senyuman dia, dgn pelukan dia. tenteram jiwa.


Eh...korang gih Pesta Buku Antarabangsa 24 Mac-2April kat PWTC? Kami maybe pi sabtu kot. jomsssssssssssssssssssss

Wednesday, March 08, 2006

4our

Menyahut seruan Kak Nita.

So here is My 4our :

Job
- Penjual Buah Kerkok
Nih kerja tetap masa sekolah rendah. Masa Darjah 3-5 la yg terutamanya. Tahu buah Kerkok? ;) Orang belah Kedah/Perlis tau la kot! Buahnya macam buah Ceri tapi kelat, kecuali yang betul2 masak & merah. Yang kelat tu sedap kalau cicah Garam Belacan. Yang dah masak, makan biasa pun sedap.
Asalnya, tolong bawakan utk Cikgu2 yang order saja. Tapi, lama-lama makin banyak permintaan. Mama pulak offer, sapa yang rajin kait buah Kerkok & jual...hasilnya sendiri bulehs pakai. Apalagi?! Saya offer kawan2 dekat rumah untuk join kait/panjat/kutip buah. Pokoknya berduri, skill kena tinggi kalau nak panjat. Saya pulak letih nak panjat tiap2 hari. So, bila kawan2 dtg tulung...jadi meriahla belakang umah saya tu. Sapa yang tulung dpt seplastik buah free. Depa suka. Saya pun suka! Sebab hasil jualan (3 kupang satu tin susu pekat manis) tu saya buleh nikmati sepuas-puasnya. Ni la masa jadi kaya! ekkekekek (masa tu kaya tak sangga la tu) :D

- Cikgu Anak Desa
Sambil-sambilan sebab memang suka mengajar
- Pembantu Jualan kat Kedai Nasik Ayam Wa kat Kangar
- Penolong Pengurus kat T*; khususly sbg Technical Support ND

Movies
- K3G
- Kuch Kuch Hota Hai
- Seniman Bujang Lapok
- Pendekar Bujang Lapok
*nampak sgt, citer Industan & P.Ramlee jer yg terkesan kan? Heheh...citer Industan tu kalau ulangtayang dgn Mama atau Cu la salunyer. Kongsi minat...huehuehuehh

Shows
- CSI
- Desperate Housewives
- House
- Gilmore Girls *tak bestnyer, dah xder musim baru yg disiarkan kat tv mesia :(.

Places live
- 1982-1986 : Tmn Ipoh Jaya, Ipoh
- 1987-1998 : Kg Pdg Melangit, Perlis
- 1998-1999 : Bukit Beruang, Melaka
- 1999-skrg : Cyberjaya & Seri Sentosa, Selangor

Place vacations
- Pangkor ; ada kenangan istimewa.
1. 1985-kali terakhir bercuti
dgn arwah abah ketika usia 5 thn.
2. 2004-Honeymoon slp sehari mengesahkan 'kewujudan' Nufayl dlm perut ;)

- Bangkok-1988 ; bercuti dgn Mama & Dik Id. Istimewanya, slp gembira melancong di ibu negara Thailand tu, dlm perjlnn pulang ke Perlis, kami terperangkap di Hadyai sbb banjir besar di Selatan Thai & Utara Semanjung M'sia. Jadi seolah pelarian sbb mknn, air & letrik takder. Makan hanya 1 biji goreng pisang yg dikongsi bersama 3 org.
- Makkah & Madinah ; lebih drp bercuti. Satu tempat yg dirindu kerana betapa bermaknanya dpt di'jemput' ke sana menjadi tetamuNya. :)
- Jordan-2001 ; menjejak warisan Anbiya' dlm Delegasi Cyber-Bumi Anbiya'.

Website daily
- My primary blog loop : Ummu Amiir, Zunnurain, Zueika, Tokmudin
- Blog Ibu-ibu: Ibu Amni, Ummu Auni, Yati, K.Zaza dlm yg ada dlm link kat sebelah.
- Berita : utusan/bharian/hmetro
- www.yahoo.com

Victims
- Ika
- Siti
- Mudin
- Mozaba

Update lain? Tokde. ;)


~~~
Hany FF