Wednesday, November 16, 2005

Kisah Nufayl : 4 dalam 1

Sejak setahun nih...macam-macam dah perangai Nufayl. Apadia? 2-3 Ummu Nufayl catat di sini utk kenangan masa depan.

TAAA-TIIIHH!!!
2 malam lepas, Nufayl mula aktif menapak. Dia galak tatih.
Bermula dengan activate 3 langkah, dia pi 5 langkah kemudian drp hujung ke hujung rumah dia explore. Lambat tp cepat....ehehehe..
Akhirnya, dlm usia 1 tahun 3 minggu, dia pass berjalan. :D
Tapi kesiannya kat dia, bila dah letih berjalan...dia terduduk, dia still bangkit lagi dan melangkah walau hanya utk 2 tapak. Ciannn anak saya. Excited sungguh.

Semalam, dia berjalan dah sambil lambai2 tangan. dah tak gayat dah...


SOLAT YA!
-SITUASI 1 : Di dalam kereta-
Ummu Nufayl kata, "Nufayl dah solat belum? Solat cepat"
Nufayl : Angkat tangan macam takbiratul ihram. Mulut bunyi "awaaah"
Ummu Nufayl, "Pandai anak Ummi!"

-SITUASI 2: Di dalam bilik tamu, sebuah rumah yg buat Rumah Terbuka"
Nufayl baru sudah mandi.
Abu Nufayl sedang solat.
Sebaik saja Nufayl diletakkan di atas tuala. Zupp! Dia lari ke arah Abahnya yg sedang solat. Tapi, bukan terkam Abah, dia terus sujud atas sejadah.
Ohh! Nak solat rupanya. Sakit perut Ummu Nufayl & Cik Da Nufayl gelak.
Ummu Nufayl, "Nufayl, kot ya pun nak solat...tutup la aurat tu. Seurat benang pun tak der nih..." Jenuh ditarik, akhirnya dptlah dia dipakaikan pampers. Kemudian, segera dia kembali sujut di sejadah Abah. Adehsss anak. Nak solat ya!

-SITUASI 3: Di dalam bilik selepas Ummu Nufayl solat-
Ummu Nufayl kata, "Nufayl dah solat belum? Solat cepat"
Nufayl : Angkat tangan macam takbiratul ihram. Mulut bunyi "awaaah". Kemudian tundukkan badan seolah orang rukuk dlm solat sambil duduk. Kemudian, tertungging-tungging sujud (cium sejadah).
Ummu Nufayl, "oo0o0...Nufayl sujud bila ada sejadah saja ya!"

-SITUASI 4: Di ruang tamu FitrahZH-
Ummu Nufayl kata pd Abu Nufayl, "Abang tau tak, Nufayl tu bila kita kata solat kat dia...dia angkat tangan saja (takbiratul ihram) kan? Tapi, kalau ada sejadah baru dia sujud.
Abu Nufayl, "Patutla, kat Openhouse umah *** ari tu, lepas mandi terus sujud. Lama x kelih sejadah kot. Yela ...kat umah kita soh dia semayang kat ruang tamu jek."
heheh...

Sejak Nufayl belum cukup umur setahun lagi...dia cukup suka tiru bunyi azan. Dengan letak
tangan di telinga dia pun azan sama (bunyinya aaa aje) :D.
Kemudian, bila kita solat...dia pun sibuk sujud di sejadah. Kononnya solatlah tu. Selepas berlaku SITUASI 2 & 3 baru saya dapat tahu yg dia hanya sujud atas sejadah. Kalau diletak atas karpet pun dia x sujud. Adess anak...macam-macam! Do'a Ummi Nufayl membesar sebagai anak soleh yg taat pd ibu bapa & taat suruhan Allah. Moga besar nanti pun rajin solat ya!

Ammmaaa!
Nufayl sebut Abah.
"Abah"
Sebut Ummi.
"Ammmmaaa"
Ummi.
"Ammmmaaa"
Ummi.
"Ammmmaaa"
Sambil jelingan manjanya menusuk kalbu, dan dengan senyuman manisnya yg menggoda. Oklah, Ummi terima...tp besar sket pggil Ummi tau! :P

Lain-lain :
Lampu - "Appu"
Lantai - "Taiiii"
Nufayl- "Paiii"

Oh Nufayl, bila nak panggey Ummi betul2 nih. x sabarnya! :D

Saya Nak Basikal!
Di PM, Perlis ari tu dia ghalit main basikal kanak-kanak di rumah Cu Ma. Bila balik KL ari tu & dlm ziarah ke rumah sahabat keluarga Klate di Kajang...dia dalam diam menuju ke arah basikal kanak-kanak tu. Lepas tu dia cuit-cuit abang-abang (anak-anak tuan rumah).
"Eh! Eh!" Nufayl bunyi. minta kebenaran la tu kot. Kemudian dengan gumbiranya dia main.
Kemudian, di rumah FitrahZH. Nufayl sibuk tarikh keluar speaker hi-fi kat umah. Hairan Ummi & Abah apa tujuan Nufayl. Kemudian, dengan rileksnya Nufayl naik atas speaker dan bunyi.
"UuuuuUUUUuhhuuuUUU" (bunyi bawak keter...sambil kaki digoyang-goyangkan).
Tersenyum Ummi & Abah...Nufayl ni nak kena beli basikal kanak-kanak ni. Kreatif sungguh!
Errr...tapi tu bawak keter ke naik basikal?
heh heh...


~~~~
Ummu Nufayl
14 Syawal 1426 H
16 November 2005 M

No comments: