Thursday, November 24, 2005

Brain's Pattern

Your Brain's Pattern
Your mind is a multi dimensional wonderland, with many layers.You're the type that always has multiple streams of though going.And you can keep these thoughts going at any time.You're very likely to be engaged in deep thought - and deep conversation.

Wednesday, November 16, 2005

Kisah Nufayl : 4 dalam 1

Sejak setahun nih...macam-macam dah perangai Nufayl. Apadia? 2-3 Ummu Nufayl catat di sini utk kenangan masa depan.

TAAA-TIIIHH!!!
2 malam lepas, Nufayl mula aktif menapak. Dia galak tatih.
Bermula dengan activate 3 langkah, dia pi 5 langkah kemudian drp hujung ke hujung rumah dia explore. Lambat tp cepat....ehehehe..
Akhirnya, dlm usia 1 tahun 3 minggu, dia pass berjalan. :D
Tapi kesiannya kat dia, bila dah letih berjalan...dia terduduk, dia still bangkit lagi dan melangkah walau hanya utk 2 tapak. Ciannn anak saya. Excited sungguh.

Semalam, dia berjalan dah sambil lambai2 tangan. dah tak gayat dah...


SOLAT YA!
-SITUASI 1 : Di dalam kereta-
Ummu Nufayl kata, "Nufayl dah solat belum? Solat cepat"
Nufayl : Angkat tangan macam takbiratul ihram. Mulut bunyi "awaaah"
Ummu Nufayl, "Pandai anak Ummi!"

-SITUASI 2: Di dalam bilik tamu, sebuah rumah yg buat Rumah Terbuka"
Nufayl baru sudah mandi.
Abu Nufayl sedang solat.
Sebaik saja Nufayl diletakkan di atas tuala. Zupp! Dia lari ke arah Abahnya yg sedang solat. Tapi, bukan terkam Abah, dia terus sujud atas sejadah.
Ohh! Nak solat rupanya. Sakit perut Ummu Nufayl & Cik Da Nufayl gelak.
Ummu Nufayl, "Nufayl, kot ya pun nak solat...tutup la aurat tu. Seurat benang pun tak der nih..." Jenuh ditarik, akhirnya dptlah dia dipakaikan pampers. Kemudian, segera dia kembali sujut di sejadah Abah. Adehsss anak. Nak solat ya!

-SITUASI 3: Di dalam bilik selepas Ummu Nufayl solat-
Ummu Nufayl kata, "Nufayl dah solat belum? Solat cepat"
Nufayl : Angkat tangan macam takbiratul ihram. Mulut bunyi "awaaah". Kemudian tundukkan badan seolah orang rukuk dlm solat sambil duduk. Kemudian, tertungging-tungging sujud (cium sejadah).
Ummu Nufayl, "oo0o0...Nufayl sujud bila ada sejadah saja ya!"

-SITUASI 4: Di ruang tamu FitrahZH-
Ummu Nufayl kata pd Abu Nufayl, "Abang tau tak, Nufayl tu bila kita kata solat kat dia...dia angkat tangan saja (takbiratul ihram) kan? Tapi, kalau ada sejadah baru dia sujud.
Abu Nufayl, "Patutla, kat Openhouse umah *** ari tu, lepas mandi terus sujud. Lama x kelih sejadah kot. Yela ...kat umah kita soh dia semayang kat ruang tamu jek."
heheh...

Sejak Nufayl belum cukup umur setahun lagi...dia cukup suka tiru bunyi azan. Dengan letak
tangan di telinga dia pun azan sama (bunyinya aaa aje) :D.
Kemudian, bila kita solat...dia pun sibuk sujud di sejadah. Kononnya solatlah tu. Selepas berlaku SITUASI 2 & 3 baru saya dapat tahu yg dia hanya sujud atas sejadah. Kalau diletak atas karpet pun dia x sujud. Adess anak...macam-macam! Do'a Ummi Nufayl membesar sebagai anak soleh yg taat pd ibu bapa & taat suruhan Allah. Moga besar nanti pun rajin solat ya!

Ammmaaa!
Nufayl sebut Abah.
"Abah"
Sebut Ummi.
"Ammmmaaa"
Ummi.
"Ammmmaaa"
Ummi.
"Ammmmaaa"
Sambil jelingan manjanya menusuk kalbu, dan dengan senyuman manisnya yg menggoda. Oklah, Ummi terima...tp besar sket pggil Ummi tau! :P

Lain-lain :
Lampu - "Appu"
Lantai - "Taiiii"
Nufayl- "Paiii"

Oh Nufayl, bila nak panggey Ummi betul2 nih. x sabarnya! :D

Saya Nak Basikal!
Di PM, Perlis ari tu dia ghalit main basikal kanak-kanak di rumah Cu Ma. Bila balik KL ari tu & dlm ziarah ke rumah sahabat keluarga Klate di Kajang...dia dalam diam menuju ke arah basikal kanak-kanak tu. Lepas tu dia cuit-cuit abang-abang (anak-anak tuan rumah).
"Eh! Eh!" Nufayl bunyi. minta kebenaran la tu kot. Kemudian dengan gumbiranya dia main.
Kemudian, di rumah FitrahZH. Nufayl sibuk tarikh keluar speaker hi-fi kat umah. Hairan Ummi & Abah apa tujuan Nufayl. Kemudian, dengan rileksnya Nufayl naik atas speaker dan bunyi.
"UuuuuUUUUuhhuuuUUU" (bunyi bawak keter...sambil kaki digoyang-goyangkan).
Tersenyum Ummi & Abah...Nufayl ni nak kena beli basikal kanak-kanak ni. Kreatif sungguh!
Errr...tapi tu bawak keter ke naik basikal?
heh heh...


~~~~
Ummu Nufayl
14 Syawal 1426 H
16 November 2005 M

Thursday, November 10, 2005

Kini hujan sedang luruh dengan lajunya, gelapnya bagai malam zulmat.
Terperuk di sini. Sajian tugasan tidak lagi sesegar pagi tadi. Mungkin catatan ini mampu mengembalikan diri yang masih 'bercuti' (dengan mood raya :D).

~~~~~~
PART 1 : CERITA RAYA, EIDUL FITR 1426 H

Alhamdulillah, rancangan kami disempurnakanNYA dalam EidulFitr kali ini!

Seperti perancangan awal, kami pulang ke Serambi Mekah seawal Jumaat (28 Oktober) malam untuk berpuasa sehari-dua di sana sebelum pulang beraya di Indera Kayangan.
Bertolak jam 12.15 am dr KL, dan kami sempat bersahur bersama keluarga di sana. Walau hanya 2 hari, tapi puas. Mungkin kerana Nufayl yg aktif menyelongkar segala ruang untuk ditawan, atau kerana dapat belajar buat nasi kerabu (yg pasti asing bagiku yg bukan warga negeri Cik Siti Wan Kembang), atau mungkin kerana sup kaki lembu dan sup belut sajian Abah yang tak dapat dilupakan. :) Alhamdulillah!

Setelah puas berpuasa di Kelantan, Isnin sesudah subuh kami memulakan perjalanan ke Perlis. Jam 12.45 tengahhari, kami sampai di Kangar. Berpuasa 3 hari di kampung halaman cukup buat kami yang bertugas di ibukota ini. Bukan mudah nak dapat cuti panjang sebelum raya untuk berpuasa di kampung.

Rabu, 2 Nov
Abang & Dik Id memulakan pagi dengan ke Pasar AidilFitri di Taman Sena Indah & Pasar Basah di Kangar untuk keperluan masakan hari raya. Saya pula sibuk membantu Tok menganyam ketupat daun ibus untuk santapan raya. Kemudian, dengan persediaan bahan-bahan tumisan & bahan-bahan untuk rendang. Dik Mimi dengan tugasannya proses daging, Mama proses ayam, Ayeh kupas bawang. Meriahnya, kami sama-sama bergotong-royong. Itulah antara indahnya beraya di sana. Adik-adik lelaki pun sama-sama membantu. Dulu, masa kami buat kuih raya...Dik Id & Ayeh pasti datang menolong jugak. Dik Id, sambil tolong tu...dia simpan kuih yg dia tingin nak makan...hoho ada udang ya! Ayeh pulak, sambil menolong tu berleter kat kiter macam ler dia tu mak nenek...eheheheh..penghibur di kala letih. Tapi, tahun nih kami tak buat kuih (sbb mixer rosak). Semua kuih ditempah khas oleh Mama (dia sambil2 jd dealer kuih raya di sekolah dia...hoho).

Ringkasnya, juadah raya yang wajib di rumah saya di Perlis :
1. Ketupat Daun Ibus (ketupat pulut)
2. Rendang Daging Mama (resipi mama)
3. Rendang Pedas Ayam (resipi turun-temurun)
4. Nasi Himpit (yang Nona/Adabi jek) :D
5. Kuah Satay Mama
6. Daging Satay special (utk dimakan dengan Nasi Himpit & Kuah Satay)

Memang drp malam raya dah sibuk rasmi juadah raya...heheh

Khamis, 1 Syawal
Lepas solat raya di Masjid Kg Pdg Melangit, sebelum sempat lagi bersalaman & ambil gambar sesama famili...golongan kanak-kanak dah mula sampai. Lepas layan depa, kalut-kalut & cepat-cepat abadikan kenangan beraya bersama keluarga & bermaafan. Then, jiran-jiran & pakngah & famili datang. Rumah kami penuh dengan tetamu sampai jam 3.00 petang. Kami cepat-cepat bersiap untuk ziarah kubur arwah Abah & ke rumah keluarga arwah Abah di Kodiang. Saya, Abang & Nufayl sempat singgah di Utan Aji ziarah Yuni (x-classmate), Abu Fatih & newly norn Fatih (dah 6 bulan daa). Kuit...ada lesung pipit! :D

Kemudian, ke Kodiang...rumah Tok Wan-makan buah limau bali cicah garam belacan. Rumah Mak Ngah Normah...makan cucuq pisang. Rumah Toksu Hj. Lah...jumpa PakNdak, MakNjang, & Maklang n famili...makan dodol best. Makan nasik ayam pulak di rumah Paklong. Rumah Tok Minah (mak arwah Abah)...jumpa maksu Not. Makan baulu & kuih karas best. Kami dah letih dengan sajian ketupat, rendang & kuih raya. So, makan benda lain pun best gaks!

Selepas Isya'. Tiba di PM. Tido.

Jumaat, 2 Syawal
Hari berkumpulnya anak-anak murid Mama yang tahun 1987 (SPM). Depa mai dengan keluarga masing-masing. Riuh jugaklah mama dengan cucu-cucu angkatnya. Petang, sambung ziarah ke rumah sedara belah Mama/Tok di Kg. Padang Melangit. Rumah Tok Su 'Aisyah, jumpa MakNjang Melah...makan coq kodok. Rumah Mak Ngah Ton, ada anak-anak dia semua & menantu-menantu dia. Sejuk hati tengok semuanya menutup aurat dengan sempurna. Makan apa? Laksa lemak yg best! :D

Sabtu, 3 Syawal
Oh...today is a big day. Upacara masak memasak dengan mama...sebab hari nih buat open house untuk kawan-kawan Intel 5AB SMKAA saya, kawan-kawan Dik Id & anak murid mama di SMTA. Drp jam 12.00 tghari sampai 6.00 petang penuh dengan tetamu. Usai semuanya, kami ke kenduri Wa Chom di Abi Batas Paip, dan kemudian saya, Abang & Nufayl sempat ke rumah Raudhah di Behor Genchor. Apa yang menarik di sana? Pertama, dah lama tak bertemu Raudhah sejak berkahwin & dia pulak sudah mendapat puteri. Rancangannya sekejap saja singgahnya, tapi alang-kepalang maghrib menjengah...kami maghrib di sana. Cadang saya, lepas maghrib terus pulang sbb Raudhah pun ada plan ziarah saudara. Tapi, Abang pulak yang ralit sembang dengan ayah Raudhah (Ust Fatah) & suaminya (Ust Ariff). Lastly, kami hanya bertolak balik setelah azan Isyak berkumandang. Kedua, Nufayl tunjuk aksi disaster kat sana. Tak cukup kuih dlm balang dihancurkan dengan garfu, dia explore sampai ke dapur...lepak sampai orang tutup lampu, kemudian menakut-nakutkan anak pertama Raudhah...x kasik bangkit. Adehs anak! Disasternya hari ini!

Ahad, 4 Syawal
Program ziarah seawal 10 am-10 pm. Tambahan ada sedara meninggal dunia eksiden. hmmmm...balik.

Isnin, 5 Syawal
Hari ini anniversary kami yg ke-2 mengikut tahun Hijrah. Pada hari ini juga...pd tahun lepas...saya & arwah kak nuun menunaikan janji buat kali pertama & terakhir utk beraya bersama di kampung halaman suami (huh...kawen orang klate pun ada pakatan tau).
Tapi, tahun ini kami tak sempat ziarah sakan...sbb nak berangkat pulang dah. Pagi ke Tabung Haji Kangar, and then bertolak balik KL, sambil ditemani program ziarah umah Cikgu Yusop @ Simpat Empat & servis KIA di A.Setar.

Apa yang menarik raya ni?
1. Nufayl yang galok nak berjalan ke rumah jiran seawal bangunnya daripada tidur tiap-tiap hari di Perlis. Nufayl jugak dah mula melangkah 3 langkah pd Jumaat malam b4 balik Klate...& 6 langkah masa di Selising. mueheheh.. (tp masa kat Perelih dia malas...x mo melangkah...awat ntah)

2. Nufayl pun suker sangat dapat 'jumpa' kucing balik ke klate & perelih kali nih. kat klate..dia mula meniru gaya kucing jalan. agaknya dah bosan merangkak cam manusia kot. dia merangkak macam kucing (angkat 2 belah lutut). dia suker kat kucing sampai kucing pun takut kat dia...sbb dia meramas-ramas kucing tu. cian kucin! :D
2. Sejuk hati melihat anak-anak Paklong; Kaklong, 6 tahun & Abg Ngah, 4 tahun yang sopan & tertib.
2.1 Kak Long tidak bertudung apabila saya sampai ke rumahnya. Tapi, apabila adik-adikku & suamiku sampai dia menghilang ke dalam bilik, lalu keluar bertudung litup. Cantik! Lalu, ketika kami sedang makan malam, dia berkata kepada adiknya, "Abg Ngah, dah sembahyang maghrib"
"Belum", jawab adiknya. "Ha, gih sembahyang!" suruhnya lembut. Sweetnya!
2.2 Abg Ngah pulak, selepas solat...keluar dan mengambil sesuatu dekat tv rumahnya. Kemudian seorang demi seorang kami diberi 20sen. Dia kata, ambil lah...Angah sedekah. Bila bagitau kat mak dia...mak dia gelak. Tak ada orang suruh, itu dia yang bagi... aduhai, murninya hati!

3. Tak teringat langsung pasal kerja. Enjoy sungguh. Errr...tapi asuik teringat pasal SATUUUU perkara yang memalukan! Apa dia? errrrrrrrrr...siapa yg terlibat je tau.. uhuks malu! (gelak sorang2).

Lastly :



Happy Birthday Cat (10 Nov) & Jie (11 Nov)!

~~~
Ummu Nufayl
8 Syawal 1426 H
10 November 2005 M