Thursday, August 25, 2005

Kerana manisnya Rahim

~Monolog buat sahabat~

Kerana manisnya Rahim,
Kita bersatu dalam diam,
Atas tulus niat menyambung perjuangan,
dan silah ar-Rahim itu jadi manis, Sahabat.

Sahabat,
Kerana manisnya Rahim,
Hari ini jadi hari yang bersejarah,
Sejarah kaum wanita 25 tahun,
kerana dilahirkan 25 tahun dahulu,
dan terima kasih kepada ibumu,
perjuangannya jadi perjuangan seorang doktor wanita,
mengangkat martabat wanita yang berduka,
dalam resah gundah gelinjar nestapa,
betapa setiap wanita ada sakitnya,
dan kau bercita-cita menjadi syifa'nya.

Moga dipinjamkanNYA Syifa' yang agung.
Ameen.

Selamat Hari Lahir Nida, 25 Ogos 2005.

p/s: Selamat Hari Wanita ;)

:)

Salam dari Seri Sentosa,
-sahabat, Hany FF.
-ipar, Zainal.
-anak penakan, Nufayl.

Tuesday, August 16, 2005

Libur vs Wasiat Syuhada' II

Dah hampir sebulan saya tidak menyentuh blog ini rupanya!

1 : Libur

Semalam Allah beri saya libur. Penangan tekanan darah rendah, sampai petang saya tidak dapat bangun. Syukurnya pada DIA yang memahami. Akan rehat yang sedikit itu jadi cukup secukup-cukupnya. Sampai bilakah syukur ini akan berpanjangan. Lantaran diri yang sering menjadikan rungutan sebagai rutin sekarang. Dalam sedar, dalam redha...masih dan sentiasa dibuat perkara yang sama. Malunya pada Tuhan, malu pada suami, malu pada sahabat, malu pada semua. Tapi, kenapa masih tidak boleh berubah? Menerima seadanya dan berbuat sebaiknya.

Kerana benci yang tersirat di dada atau kerana iman belum cukup mantap? Lantas qadha' dan qadar Allah jadi persoalan?

Astaghfirullah!

Mungkin ini kafarah dosa. Tapi, saya tidak mahu keluarga terkorban dengan tuntutan dan tekanan tugas yang mengaut habis masa & tumpuan saya.

Buat yang mengenali saya ketika di kampus dulu, tentu faham. Di kalangan pelajar fakulti saya dahulu, saya sering dikata agak femenisme. Jgn salah faham, bukan perjuangan untuk menyamataraf wanita dengan lelaki yang diperjuang oleh golongan wanita yang tidak tahu arah tuju itu. Cuma saya sering mengangkat tajuk/isu berkenaan wanita untuk kajian. Antara topik yang pernah saya buat kajian ialah : Poligami & Kesan Terhadap Wanita, Wanita Berkerjaya, Wanita Sebagai Pendakwah & Keluarga Berkualiti.

Pengalaman yang paling manis ialah ketika menulis esei Poligamy & Its Consequences Towards Muslim Women. Dalam bahasa Inggeris pastinya, kerana untuk subjek English di Trimester 3, Pre-U di Melaka. Pensyarah saya ketika itu baru sahaja berkahwin dan sedang mengandung. Saya khuatir jika topik saya itu tidak diperkenankannya, kerana menuntut pemahaman yang tinggi untuk merestui usaha saya itu. Alhamdulillah, dia merestuinya. Yang pasti kesan positif yang saya tuliskan dalam esei itu banyak membantu rakan-rakan terutama wanita yang tidak pernah terfikir perkara itu untuk mula memikirkannya dari sudut positif. Dan, paling disyukuri apabila dapat markah A+ untuk subjek English dalam Trimester itu! :) Rezeki topik poligami agaknya. ;)

Berbalik kepada tajuk Wanita Berkerjaya. Tika tahun pertama, saya mengambil subjek Pengajian Islam. Dalam salah satu tugasan, saya memilih untuk melakukan kajian untuk wanita berkerjaya.

Seorang sahabat saya pernah bertanya saya tika itu,
"Kalau awak dah kahwin nanti, awak nak kerja?"
"Errmmm...mestilah, kalau suami saya izinkan."
"Kenapa?"
"Kerana untuk menunaikan cita-cita saya. Saya pursue study dalam Engineering. Saya mahu jadi Jurutera muslimah yang berjaya. Kalau tidak pun tidak berkecimpung dalam bidang Jurutera, saya mahu meneruskan dalam bidang pendidikan."


Ya, saya memilih untuk berkerja. Tapi, saya tidak memilih untuk jadi seorang wanita yang gila kerja. Saya hanya mahu bekerja membantu keluarga mengukuhkan status hidup. Jika ditaqdir saya tidak perlu bekerja, saya terima dengan senang hati. Namun, telah saya peringatkan awal-awal bahawa saya memang tidak boleh duduk diam-diam di rumah. Asalkan ada nanti aktiviti berfaedah untuk menjana minda (dan kewangan sikit-sikit), pasti itu jadi pilihan saya.

Hingga sekarang saya sedang mencari semula, siapa diri saya yang sebenar. Who I want to be?

I might have to reconsider my decision to work in this company, or to work abroads.
Pray to Allah to give hint & Hidayah to all of this.


2 : Palestin vs Israel di Gaza

Allah yassir wa la tu'assir!

Info lanjut baca di sini : Pendudukan 38 tahun Israel di Genting Gaza berakhir

Sedikit puisi nukilan peribadi untuk saudara di Palestin.

WASIAT SYUHADA' II
(Rintih Palestin yang tak henti merintih)


Jejak bumi Palestin. Bukan lagi janggal.
Mujahid, langkahmu di sini
satu semangat. Semangat yang
diwariskan wasiat.
Wasiat yang benar.
Ahya'!

"Min 'ilmulyaqeen"
Inginku mencari Ahya'. Pemuda
Palestin didikan Berlin.
Songsang di awal, sesat di pangkal.
Hijrah di Subra, hijrahnya ke syurga.
Tembus peluru, bukan tolehan.
Ahya' yang kucari.
Ahya' yang masih "hidup".

"Min 'ainulyaqeen"
Langkahnya kudengar. Ahya' masih di sini.
Nafasnya berbisik, akan pedihnya berdiam laku.
Getar marahnya terdesir, akan gelojak juang yang membara.
Berpaling.
Ahya' yang masih hidup!

"Min haqqulyaqeen"
Azamnya terpahat. Dalam, bukan changkat.
Ijtihadnya kukuh. Jelas, bukan keruh.
Kerana yaqeennya Ahya',
Dia memikul 16kg senapang itu,
Dia menggalas 20kg adik perempuannya,
Dan andainya masih punya daya,
Pasti ibu yang capek itu didukung bersama.
Tawakkal 'alaLlah!

Dia yaqeen menentang la'natullah,
Mencari nuur haq di bumi yang basah disimbah darah.
Mencari nafas muthma'innah di ruang yang jenuh disesak nafsu lawwamah.
Dengan kaki yang tinggal sebelah.

Allahu Akbar!

~~~
Hany FF

3 : INNALILLAHI WA INNA ILAHI RAAJi'UUN
Takziah untuk Syeikh Ahmad Deedat. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu, dan segala amal baikmu dihitung sebagai pahala yang berpanjangan di akhirat sana.



~~~
Life is too short to leave kind words unsaid,
Hany FF
11 Rejab 1426 H
17 Ogos 2005 M