Thursday, April 15, 2004

Kalau takut dilambung ombak...

Salam 'alaikum...
rindunya pd semua sahabat-sahabat.
Dah lama jugak tak bersua muka, walaupun bertugas di bangunan yang sama!

Ika, Siti...masing-masing sibuk kan? Kita mungkin tetap punya luang...tapi luang kita tak selari, jadi kita tak bisa berjumpa (hatta bersapa jua).

Mudin...org penting ENC. Apa cerita? Dah tenggelam gamaknya. Selang dua tiga minggu, muncullah sekali yer? :P Mula-mula dengar-dengar, dpt laptop...pastu tenggelam...then, mai citer "parking" pulak! :P Hopefully sihat ;).

Rahimi...diam tak diam...dah edar kad. Heheh..lepas kawen nak dok kat mana? Dah ada rumah ke? Baik-baik prepare utk kenduri tuh...jgn sampai membazir ;) - nak bagi hadith pun malasla...rahimi dah tau dah hadith tu-

Nida...ilang pulak bakal doktor sakit puan nih! Hany nak tanya kemusykilan la! Dah lama tunggu tauuu...drp sbl xm Nida mula lagi...bila baru abih ni?? :P ekekekek...sibuk xm yer...btw...doa dr sahabat dr kejauhan..."ad'uuki binnajah fiddunya wal akhirah" :>

Kak Aza...Lina...Kak Nuun...Cat....dah berkurun rasanya tak dengar kabar berita. Harapkan YM? ermmhh...paham-paham je la. Msg pun payah nak sampai ;).

Yg last jumpa pun Laili & Jie - last 2 weeks, dan Akmar & Bush (baca : Bushairah) last week - Ada jugak yg sempat dipertemukan ya! (mana tahu...itu yg terakhir jua)

Dalam sibuk...dalam kalut...
masa pantas berlari. Kita yang di sini...andai masa yang berlalu kita abaikan...maka kita akan jadi manusia yang rugi. Dan, ketahuilah sahabat, yang terbaik bagi sahabat-sahabat kita...ialah bila kita bertanya khabar dan keadaannya.
Bagi kami berdua-Hany & Zainal, alhamdulillah semuanya bahagia ;). Maaf andai ada hak yang tidak tertunai pd kalian. Sama-samalah kita saling memperingati..."inna zikra tanfa'ul mukminin".

Hadis Nabi s.a.w :

" Dua org yg saling berkasih-sayang di antara satu sama lain demi kerana Allah,
meskipun dlm keadaan tidak saling bertemu, maka di antara dua org itu
yang paling di sayangi oleh Allah ialah yang paling menyayangi kawannya."

(HR Thabrani)

---
Hany FF
Kehidupan, satu perjalanan...seribu pengalaman.
25 Safar 1425 H~15 Apr 2004 M

No comments: